Mengapa bayar lebih andai boleh dapatkan gambar percuma.
Berkualiti dan puas hati.
Di sini saya senaraikan 10 websites sumber gambar percuma.
Boleh guna untuk blog.
Boleh guna untuk iklan dan macam-macam.
Supaya conversion bisnes online berganda-ganda.
"Bukan ke boleh Google saja gambar?"
Boleh Google.
Cuma bukan semua boleh guna.
Setiap gambar ada lesen tersendiri.
Lesen ini menentukan sama ada gambar itu boleh digunakan bagi tujuan komersil atau tidak.
Website yang guna gambar secara ikut suka berdepan satu kemungkinan.
Pemilik website itu boleh disaman!
Kerana mencuri gambar hak milik orang lain.
Kebiasaannya lesen gambar itu ada 7 jenis:
Bagi bisnes online, cari gambar dari kategori CC 0, CC-BY dan CC-BY-SA.
(penjelasan secara ringkas berkenaan lesen ini saya tulis di bawah)
PIXABAY
Pixabay merupakan tempat gambar percuma paling saya sukai.
Ada lebih 1,000,000 koleksi gambar di dalamnya.
Kita tidak perlu daftar sebagai ahli untuk muat turun.
Masukkan kata kunci gambar.
Pilih gambar kesukaan. Kemudian pilih saiz gambar. Klik download.
PEXELS
Pexels ini sangat power!
Website ini adalah graphic aggregator.
Maksudnya, Pexels mengumpulkan gambar-gambar dari pelbagai macam website stock photos yang percuma seperti Unsplash.
Kemudian gambar itu dimasukkan dalam pengkalan datanya.
Jadi jumlah gambar dalam Pexels sangat banyak.
Taip kata kunci gambar. Klik gambar pilihan.
Kemudian klik ikon di hujung kotak download. Pilih saiz gambar. Klik download.
UNSPLASH
Unsplash ini hampir sama macam Pixabays.
Unsplash akan masukkan 10 gambar baru setiap hari.
Taip kata kunci gambar yang diinginkan.
Pilih kategori dan pilih gambar. Klik download di hujung kanan atas.
GRATISOGRAPHY
Gratisography adalah koleksi gambar yang dihasilkan oleh Ryan McGuire.
Boleh digunakan dan bebas dari sebarang hakcipta.
Dari sudut jumlah gambar, koleksi di sini sedikit terhad.
Namun kualitinya sangat bagus.
Kaedahnya sama. Masukkan kata kunci gambar.
Kemudian klik gambar pilihan. Klik ikon di bucu kanan untuk download.
PICJUMBO
PicJumbo menawarkan dua pilihan.
Pakej premium ataupun pakej biasa.
Kelebihan PicJumbo adalah gambarnya sentiasa dikemas kini dan ditambah setiap hari.
Masukkan kata kunci. Klik ikon cari.
Pilih gambar pilihan dan klik Free Download.
STOCK SNAP
StockSnap mempunyai koleksi gambar bisnes yang boleh tahan kualiti dan kuantiti. Satu feature menarik tentang StockSnap adalah hasil carian boleh ditapis mengikut pilihan seperti relevance, trending, view.
Masukkan kata kunci dan tekan enter.
Pilih gambar dan klik butang download.
FOODIES FEED
Ini adalah website khas bagi mendapatkan gambar berkaitan makanan.
Gambar-gambarnya mengancam!
Pilih gambar dan klik Show Image.
Kemudian klik download.
FLICKR
Flickr mempunyai sekitar 13 billion gambar dalam pengkalan datanya.
Namun bukan semua gambar boleh digunakan bagi tujuan komersil.
Masukkan kata kunci yang ingin dicari.
Kemudian pilih jenis license.
Seterusnya klik ikon download. Pilih saiz dan download.
SKITTER PHOTO
SkitterPhoto mengumpulkan gambar-gambar dari jurugambar amatur sehinggalah kepada profesional.
Satu fungsi menarik di SkitterPhoto adalah kita boleh menapis gambar mengikut tarikh dan kategori.
Taip kata kunci dan tekan enter.
Pilih kategori sekiranya mahu.
Klik gambar yang ingin didownload.
GOOGLE IMAGES
Google Images merupakan tool yang paling diminati.
Tools ini mudah dan pantas.
Namun hati-hati. Kesilapan sering terjadi.
Bukan semua gambar daripada Google boleh digunakan.
Bagi memilih gambar yang boleh digunakan untuk tujuan komersil, lakukan begini.
Masukkan kata kunci gambar. Klik tools.
Kemudian pilih license jenis labeled for reused atau labeled with reused with modification
FREEPIK
Freepik merupakan sumber gambar percuma yang sentiasa bertambah setiap hari.
Freepik memberikan kepelbagaian jenis gambar seperti stock photos, vector, PSD dan icons.
Koleksi Freepik dihasilkan oleh tim mereka sendiri.
Bagi menggunakan Freepik, taip saja kata kunci. Klik search.
Kemudian pilih gambar dan klik download.
(kebanyakkan gambar dari Freepik memerlukan kredit kepada pencipta)
Gambar termasuk dalam Creative Commons.
Lesen-lesennya digunakan bagi melindungi pencipta hasil itu.
Dan setiap lesen sah di seluruh dunia.
Jadi mengetahui jenis lesen adalah satu perkara penting.
Terutamanya apabila anda merancang untuk pergi ke tahap international.
Saya terangkan secara ringkas jenis-jenis lesen ini.
1. CC0
Boleh ubah ikut suka. Tidak perlu berikan kredit pada sesiapa. Heaven!
2. CC BY
Lesen ini membolehkan anda ambil, ubah dan buat sesuka hati. Hatta untuk tujuan komersil. Asalkan kredit itu diberikan kepada pencipta.
3. CC BY-SA
Lesen ini paling banyak digunakan dalam aplikasi Open Source. Wikipedia juga menggunakan lesen ini. Ianya mirip CC BY. Dengan sedikti tambahan. Andai anda ambil hasil rekaan CC BY-SA dan anda ubah, maka orang seterusnya mesti memberikan kredit kepada anda juga.
4. CC BY-ND
Hasilnya boleh digunakan untuk tujuan komersil. Asalkan tidak mengubah apa-apa.
5. CC BY-NC
Hanya boleh digunakan bagi tujuan bukan komersil. Boleh ubah dan tukar ikut suka. Kredit masih perlu diberikan kepada pencipta utama.
6. CC BY-NC-SA
Sama seperti no (4). Anda boleh ubah dan tukar sesuka hati. Cuma ianya tidak boleh digunakan untuk tujuan komersil. Kredit mesti diberikan. Dan sekiranya anda mengambil rekaan dari pengubah kedua, kredit juga perlu diberikan kepada pengubah kedua ini.
7. CC BY-NC-ND
Lesen paling tegas. Boleh download. Cuma tidak boleh ubah dan edit. Tidak boleh juga digunakan untuk komersil.
"Bagaimana mahu lihat jenis lesen?"
Bagi Google Images, skrol ke atas.
Saya sudah terangkan.
Setiap website penyedia gambar percuma mesti mempunyai satu page yang menjelaskan lesen ini.
Ada juga website yang mempamerkan lesen ini sewaktu mahu download.
Contohnya seperti gambar dari Pixabay.
Bagi pemilik bisnes online baru mula, kita mungkin belum ada tim photography.
Belum ada peruntukkan untuk ada jurugambar sendiri.
Jadi gunakan website-website gambar ini bagi mencari gambar berkualiti.
Mengikut Jeff Bullas, artikel yang ada gambar mendapat 94% lebih total views berbanding artikel tidak ada gambar! (94% weh)
Gunakan gambar.
Gunakan gambar secara bijak.
Akhir kata, ada satu soalan.
Boleh kongsikan apakah editing tools yang anda suka gunakan?
Adobe Photoshop?
Canva?
Komen di bawah ya.
mrhanafi
Oleh sebab itu saya suka letak gambar dari koleksi sendiri..
Namun jarang ada gambar yang menarik.
Akhirnya terpaksa guna gambar dari Facebook
Nik
Salam tuan, mungkin tuan boleh tambah freepik.com
Wan Yusof Wan Jeffery
Terima kasih Tuan. Saya sudah tambah. Gambar dalam Freepik kebanyakkannya dari kategori CC BY. Kredit mesti diberikan =)
mahamahu
Saya guna software PhotoScape untuk edit gambar bagi terang, jelas dan resolution.
Ustaz Amin
Terima Kasih Tuan. Perkongsian yang sangat bermanfaat. Nak lagi…
cikpinz
Banyak juga website gambar percuma. Saya buat editing guna Photoshop. Kadang-kadang guna gambar sendiri yang edit di Instagram.
anuar
Very nice info.. tq..
Lepas ni dah tahu dah dkt mana nak cari gambar menarik dan berkualiti secara percuma..
Ahmad Shafeq
Terima kasih Dr. Wan Yusof Wan Jeffery.
Sangat bermanfaat untuk kami membangunkan artikel yang berkualiti dengan imej-imej yang jelas terutama sekali untuk artikel-artikel berkenaan makanan. Saya suka imej-imej di FoodiesFeed.
Semoga terus maju jaya Dr Wan Yusof dengan artikel-artikel yang menarik selepas ini.
rika
Terima kasih perkongsian ni tuan, sangat bermanfaat. Sebelum ni google je cari gambar, tak pasal-pasal kena saman pula ambil gambar orang. Teruskan perkongsian menarik
Junaidy Jaimi
Terima kasih Dr.Wan tips dan perkongsian tentang gambar percuma…sebelum-sebelum ni memang main serkap jarang saja ambik gambar dari google.. bab saman tu yang merisaukan..
BestJan
I see you don’t monetize wanyusof.com, don’t waste your traffic, you can earn additional cash every
month with new monetization method. This is the best adsense alternative for
any type of website (they approve all sites), for more details simply search in gooogle: murgrabia’s tools