Digital Marketing Strategist Malaysia

I think in frameworks. I tell in stories.

(dari 2006 — still learning, still building.)

9 Website Ini Mudahkan Kerja Bisnes Online Anda. Kerja Siap Cepat, Jimat Wang (Tak Perlu Subscribe Mahal-Mahal) | Digital Marketing Strategist Malaysia

Ini adalah 9 website yang akan bantu bisnes online anda untuk siapkan kerja dengan cepat dan tak perlu habiskan banyak duit untuk bayar subscription mahal-mahal.

9 website ini adalah tools yang akan memudahkan hidup anda.9 website ini juga adalah website yang saya sering gunakan.Merangkumi collaboration tool, editing, project management dan email marketing.

DON’T MISS OUT: Saya ada kongsi Koleksi Copywriting Formula. Dalamnya ada formula-formula headline untuk anda guna dalam beriklan. Klik sini untuk open new tab dan baca.

TinyWow

tinywow

Ini adalah website yang memudahkan hidup anda. Hampir semua keperluan atau tugasan yang anda nak buat di dunia online diselesaikan oleh tinywow.com.Nak Remove Background? Gabungkan PDF, Convert Gambar? Buat QR? Compress Image dan macam-macam lagi…semuanya ada di website ini.Sudahlah banyak fungsi, percuma pula.

MagicEraser

magic-eraser

Saya panggil website ini website ajaib. Dan memang ajaib.

MagicEraser.io ini bantu anda untuk buang sebarang elemen dalam gambar sekelip mata.Bukan remove background saja! Remove apa-apa yang anda mahu.

Tengok contoh ini.

Ini pula contoh yang saya cuba sendiri.Saya nak buang orang yang sedang tengok dinding itu.

wall

Ini adalah hasilnya.

selepas magiceraser

OpenSourceAlternative

opensourcealternative

Kalau anda pembeli tegar tools di internet, anda wajib masuk ke sini.Kesemua software dalam OpenSourceAlternative ini open source a.k.a PERCUMA.Contohnya, kalau anda tengah cari alternatif kepada Zapier, boleh cuba Huginn.Kalau anda tengah cari alternatif kepada Notion, boleh guna Appflowy.Kalau anda tak mahu guna Evernote, boleh cuba Bangle-io.Ada banyak pilihan alternatif. Bergantung kepada apa yang anda mahu buat.

Jitter

jitter

Ini tempat untuk buat video motion dengan cepat dan mudah. Shhh…tapi jangan beritahu ramai orang, nanti semua pakat guna tool ini…hehe.Kalau anda tak ada masa nak belajar buat video motion,wajib cuba Jitter.Pelan percuma pun sudah cukup.

Nak buat pun senang. Pilih template dan edit.Kalau anda nak buat dari kosong, pun boleh.

Loom

loom

Kalau anda sering rekod video tutorial, gunakan Loom.Tool ini sangat mesra pengguna dan mudah digunakan.

Selepas anda rekod, anda bleh terus kongsikan link.Anda juga boleh edit klip video on the spot.

Setakat ini, Loom merupakan tool video collaboration kegemaran saya.

Tool ini berbayar. Tapi berbaloi.

Figma

figma

Kalau anda bekerja dari rumah atau suka buat collaboration online, gunakan Figma.Setakat ini, Figma adalah collaboration tool pilihan saya.Bukan setakat mudah nak guna, tapi yang paling best ikon, gambar dalamnya semuanya cantik-cantik.Macam-macam boleh buat guna Figma.Antaranya flowchart, mind map, funnel planning, wireframe.

MailNiaga

mailniaga

Ini khas untuk pengguna email marketing.Biasanya kalau anda sudah lama dalam email marketing, list anda pasti banyak.Kalau anda guna email software seperti Aweber, MailChimp, Klaviyo atau yang sewaktu dengannya, kos email ini memang mahal.Jadi untuk list yang sudah tak aktif, blast guna MailNiaga.Kosnya berganda-ganda jimat dan menguntungkan. Lagipun ini produk rakyat Malaysia.

Canva

canva

Kalau anda belum menggunakan Canva, anda wajib cuba.Canva bantu anda untuk desain poster cantik dengan cepat.Template dari Canva sendiri pun sudah banyak, kemudian ada lagi template-template yang dijual oleh 3rd party.Sekarang fungsi Canva buka setakat photo editor, tapi sudah berkembang.Anda boleh buat presentation, boleh buat website menggunakan Canva.

AppSumo

appsumo

Yang ini satu-satunya bukan website tool.Ini website untuk shopping tool.

Apa yang menarik tentang Appsumo?Kesemua tawaran adalah LIFETIME.

Harga pun memang murah. Biasanya bermula dari USD49.Cuma nak warning awal-awal…

Anda kena pandai pilih tool yang betul.Kalau tak, nanti setiap minggu asyik beli tool baru.

DON’T MISS OUT: Saya ada kongsi Koleksi Copywriting Formula. Dalamnya ada formula-formula headline untuk anda guna dalam beriklan. Klik sini untuk open new tab dan baca.

Pilihan Anda

Mana satu tools pilihan anda?Ada lagi website-website menarik yang menjadi kegunaan anda?Boleh kongsikan di ruangan komen.