Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Nama saya Wan Yusof Wan Jeffery.
Mungkin anda sudah kenal atau dengar cerita saya.
Saya merupakan marketing advisor kepada beberapa syarikat di Malaysia dan Indonesia.
Apabila mereka sudah buntu untuk pergi lebih jauh secara online, saya bantu.
Saya juga merupakan marketing executor. Saya dan tim terlibat secara aktif dalam industri online education, fesyen, elektronik dan kesihatan.
Sehingga hari ini kesemua kempen yang dijalankan berjaya cecah 5-6 angka sebulan kecuali satu kempen.
Kempen ini berjaya cecah 8 angka.
Apa yang saya nak beritahu adalah, sepanjang hampir 10 tahun dalam hutan belantara digital ini, saya sudah melalui segala macam pengalaman.
Saya sudah lihat dan saksikan strategi dan taktik yang berjaya.
Saya juga sudah merasai kempen-kempen yang tidak berjaya.
Sekarang ini saya tahu apa yang akan menghasilkan jualan…
Paling penting, saya tahu apa kempen yang tidak akan memberikan pulangan dan kenapa.
Apabila anda memilih untuk belajar dengan saya, ada dua syarat.
Pertama, anda harus komited untuk melaburkan masa, wang dan tenaga.
Kedua, anda berjanji akan melaksanakan apa yang telah diajarkan.
Hari ini sifu dan guru online banyak…
Saya tidak mahu jadi sifu atau guru.
Saya hanya mahu bantu bisnes anda terus maju.
Dan saya perlukan anda untuk setuju dengan dua syarat itu.
Setuju?