Menjelang 2018, apakah yang terjadi kepada dunia SEO. Apa teknik SEO 2018? Apa pula trend dunia SEO? Ada trik terbaru untuk muncul di Google?
Saya mengkaji dapatan dan ramalan dari blog terkemuka SEO seperti Moz, Search Engine Watch, Search Engine Journal, Backlinko dan banyak lagi.
Hasilnya saya buat rumusan dalam satu artikel panjang.
Sebelum itu lihat graf ini.
Perhatikan trend FB.
Makin membesar dari hari ke hari.
"Google sudah mati?"
Sabar!
Graf diatas ini tidak tepat sebenarnya.
Sedikit misleading.
Ada peningkatan pada carian di Facebook.
Tapi tidak dinyatakan adakah ini bermaksud carian di Google menurun?
Bagi mendapatkan data yang lebih tepat, lihat maklumat ini.
Google menunjukkan peningkatan sebanyak +3.4% sebagai saluran kemasukan pelawat ke website.
Berbanding Facebook yang menurun sebanyak -0.6%.
Jadi ini adalah peluang keemasan untuk anda.
Masukkan website dalam senarai top 10 hasil carian.
Bagi memudahkan anda membaca ramalan dunia SEO 2018, saya buatkan menu pantas.
Klik saja menu pilihan dan baca segmen berkenaan.
GOOGLE RANKBRAIN
“In the few months it has been deployed, RankBrain has become the third-most important signal contributing to the result of a search query.”
RankBrain ambil respon dan interaksi pengguna.
Katakan anda buat carian tentang "Cara Menjawab Soalan Temuduga".
Lihat hasil carian.
Anda klik hasil carian keempat.
"Wow! Ini yang saya cari selama ini"
Anda baca artikel itu satu persatu.
Dan betul-betul puas hati.
RankBrain akan catat reaksi ini dan ambil kira untuk naikkan ranking website anda.
Dalam masa yang sama, perkara yang sebaliknya pun boleh terjadi.
"Apa maksudnya?"
Anda klik hasil carian pertama.
Sekali artikel mengarut.
Terus tekan butang back.
Alert!
RankBrain ambil perhatian.
Dia tahu hasil carian pertama tidak relevan.
Jadi website itu akan diturunkan daripada kedudukan nombor 1.
Dua aspek utama dalam RankBrain:
1. Berapa lama pengguna berada di page itu (Dwell Time)
2. Berapa ramai yang klik hasil carian (CTR)
Bagaimana Meningkatkan Dwell Time
Mengikut kajian oleh SearchMetrics, purata dwell time bagi top 10 hasil carian adalah 3 minit dan 10 saat.
Jadi andai kata masa pengguna di website anda kurang dari 3 minit, maka website ini akan mengalami kesukaran untuk kekal di top 10.
Saya syorkan anda baca artikel Bagaimana Meningkatkan Masa Audien di Website.
Artikel ini menunjukkan senarai tips secara terperinci.
Semuanya praktikal dan sudah dicuba.
Bagi tujuan ini, saya senaraikan 9 teknikmenulis artikel mesra SEO ini sepintas lalu:
- 1Teknik Website Kurus - manipulasi mata pembaca menggunakan saiz lebar website.
- 2Teknik Bukit Bukau - menulis ayat pendek-pendek.
- 3Teknik SLS - memastikan wujud jarak antara satu line dan line seterusnya.
- 4Teknik Re-Engage - menukar-nukar 'angle' pembaca menerusi subheadline, divider, gambar, content upgrade.
- 5Teknik Listikel - menggunakan list.
- 6Teknik Typhography - memilih font sans-serif.
- 7Teknik Perbualan - menulis artikel dalam bentuk percakapan.
- 8Teknik Inkuiri Penemuan - mencetus rasa ingin tahu.
Bagaimana Meningkatkan CTR
Pengguna akan klik satu daripada 10 hasil carian.
Sekiranya tidak menarik mereka akan cari website lain.
Dalam 10 hasil carian itu, bagaimanakah anda dapat mempengaruhi pengguna.
Supaya mereka klik website anda?
Semakin kerap pengguna klik website anda, semakin tinggi peluang untuk website berada di kedudukan tiga teratas.
"Macam mana nak tahu website saya di kedudukan mana?"
Data CTR ini boleh dilihat menerusi Google Search Console.
Satu platform percuma dari Google yang berbaloi menggunakannya.
Saya ada terangkan panduan Google Search Console dalam artikel ini.
Sekarang kita terus saja tekuni beberapa tips yang dapat meningkatkan CTR
1. Menggunakan Modifier Pada Title Tag
Modifier adalah perkataan tambahan di hadapan atau di belakang kata kunci.
Modifier ditambah bagi tujuan mendapatkan pelanggan spesifik dan menampakkan kelainan berbanding website lain.
Modifier ada yang bersifat commercial intent dan ada yang bersifat informational intent.
Pemilihan intent bergantung kepada apakah tujuan artikel itu ditulis.
Contoh Modifier Kategori Commercial Intent:
2. Menggunakan Tajuk Yang Bersifat Emosi
Menurut Dr Jonah Berger, emosi ada banyak.
Dalam banyak-banyak emosi, ada dua kelompok emosi yang tinggi tahap viralnya.
Viraliti tinggi = senang viral.
EMOSI | Viraliti Tinggi | Viraliti Rendah |
---|---|---|
Positif | Gembira, Lucu, Inspirasi | Relaks, Puas hati |
Negatif | Takut, Marah, Cemburu, Stress | Sedih |
Usahakan cipta tajuk yang mempunyai emosi inspirasi atau marah.
Cuma berhati-hati.
Elakkan click-bait.
Click-bait akan beri kesan negatif pada RankBrain.
2. Menggunakan Teknik FECoS
Teknik ini adalah hasil dari kajian Larry Kim dan Brian Dean.
F = Format
E = Emotional
Co = Content Type
S = Subject
"Apa maksudnya?"
Saya tunjukkan contoh.
Format + Subjek + Jenis Konten + Emosi = TAJUK
"5 Strategi Marketing Luar Biasa"
"6 Sebab Utama Kenapa Gadis Cantik Ini Kahwin Lelaki Duda"
Perhatikan. Saya ubah suai sedikit formula ini dengan meletakkan emosi di belakang. Ini bagi menyesuaikan maksud ayat dalam konteks Bahasa Malaysia.
Boleh boleh?
Sekarang kita teruskan dengan trend SEO seterusnya.
SERP FEATURES
Perhatikan sesuatu.
Cuba buka Google dan taip "how to cook chocolate cake".
Lihat apa hasil carian.
Kemudian taip pula "cuaca di kota bharu".
Lihat hasil carian.
Taip pula "what is latissimus dorsi".
Nampak apa?
Perasan atau tidak kepelbagaian hasil carian.
Google bukan sekadar menunjukkan senarai website.
Bahkan Google mempersembahkan kepelbagaian hasil carian.
Perbuatan ini disebut sebagai SERP Features.
Website Tuan dan Cikpuan boleh muncul di dalam SERP Features.
"Bagaimana caranya?"
Tulis penerangan yang menjawab soalan-soalan pengguna.
Bagi mencari apakah soalan-soalan yang sering ditanya, taipkan carian bermula dari perkataan "How..."
Saya ulang, di dalam artikel, pastikan anda menjawab soalan yang ditanya itu.
Gunakan ejaan yang lengkap. Bukan singkatan.
SERP Features belum masuk sepenuhnya di Malaysia.
Tahun 2018 adalah tahun di mana fungsi ini akan mula berkembang.
"Kalau semuanya sudah ada jawapan di Google, maksudnya orang sudah tak masuk website?"
Betul.
Ini yang didapati oleh Moz.
Mereka mendapati bagi hasil carian yang bersifat soalan dan jawapan (contohnya cuaca, maksud perkataan, tukaran matawang dsb), hampir 75% pengguna tidak akan klik ke website.
Mereka berpuas hati dengan jawapan di Google saja.
"Jadi apa untungnya pada kita?"
Google sedang membuatkan pengguna Google ketagih.
Mereka makin suka mencari di Google.
Jadi secara teorinya, semakin mudah mereka dapat jawapan di Google, semakin kerap mereka guna Google.
Nampak tak permainan Google?
Fuh, dahsyat.
Bagaimana dengan trend ini pula?
Lagi dahsyat.
GOOGLE PREDICTIVE INTENT
Apabila taip sesuatu di Google, akan keluar cadangan carian.
Namanya Google Autocomplete.
Bagaimanakah Google tahu nak cadang apa?
Inilah yang dinamakan "predictive intent".
Google menggunakan robotnya.
Robot Google merakam perangai carian kita sebelum ini.
Kemudian carian itu disesuaikan.
"Bagaimana Google tahu perangai kita?"
Apakah servis Google yang anda guna?
Makin banyak servis Google yang digunakan, makin bijak robot Google meneka.
Cuma jangan paranoid pula.
Tidak mahu guna Google.
Disebabkan takut Google tahu semua perkara.
"Baik. Cuma apa kaitannya perkara ini dan SEO?"
Dari sudut kajian kata kunci,
kerja anda jadi mudah.
Data-data dari Google ini boleh digunakan untuk melihat apakah kata kunci yang sering dicari.
Seterusnya anda boleh gunakan maklumat ini untuk menghasilkan artikel yang mendapat klik.
Gabungkan Google Autocomplete dan Google Searches Related.
Saya tunjukkan contoh aplikasi teknik ini.
Katakanlah mahu tulis satu artikel bertajuk "Cara buat website".
Catat semua prediction oleh Google.
Google Autocomplete + Google Searches Related.
Pilih yang relevan.
Dari sini anda sudah dapat satu rangka artikel.
Atau dalam erti kata lain, sudah dapat subtopik yang ingin ditulis.
Kemudian tulislah artikel itu.
Contoh yang saya berikan ini adalah apa yang saya buat.
Sudah diuji keberkesanannya.
Sebelum ini bagi kata kunci "cara buat website", website wanyusof.com tidak ada dalam senarai.
Sekarang berada di kedudukan ketujuh.
Apa perasaan anda sekarang?
Berbaloi baca artikel ini?
Belum habis.
Saya teruskan dengan perkembangan seterusnya.
Bacaan yang sangat penting.
KONTEN KOMPREHENSIF dan USER SIGNAL
Sekarang ini ada sudah ada berbillion website di dunia.
Jumlah ini akan bertambah dari masa ke masa.
Dalam erti kata lain,
andai kata hari ini ada 1 website berkaitan penjagaan kucing,
tahun depan kemungkinan ada 100 website hanya berkaitan kucing.
Dari satu aspek, ini adalah bagus.
Perkembangan ilmu dan informasi.
Dari aspek SEO pula, ini bermakna persaingan makin sengit.
Makin ramai website bersaing merebut kedudukan di halaman pertama Google.
"Jadi siapa yang akan menang?"
Siapa yang mula dahulu dengan teknik yang betul.
Google sangat suka website yang kontennya komprehensif dan terperinci.
Komprehensif dan terperinci ini bukan sekadar diukur dari sudut jumlah patah perkataan, penggunaan multimedia, cara penyampaian dan gambar sahaja.
Bahkan yang paling penting USER SIGNAL!
Menggunakan RankBrain, Google dapat mendalami reaksi pengguna terhadap sesuatu website.
Maklumat ini kemudiannya digabungkan dengan dapatan dari media sosial.
Berapa jumlah share-nya.
Berapa jumlah like-nya.
Berapa jumlah komen-nya.
"Maksudnya kalau orang itu ada ramai follower di media sosial, untunglah dia?"
Benar.
Inilah kelebihan influencer.
Mereka menggunakan pengaruhnya bagi meningkatkan capaian kontennya.
"Apa patut saya buat sekarang?"
Pertama, jangan menggelabah.
Bertenang dan ambil nafas dahulu.
Fokus pada penghasilan konten berkualiti.
Sasarkan artikel yang mempunyai 1000 patah perkataan.
Lengkap dengan video dan gambar.
Dalam masa yang sama, mulakan bina jenama di media sosial.
Andai kata perlukan panduan, saya ada tulis satu catatan.
Namanya Nota Premium Content Mastery.
Ini adalah catatan yang saya gunakan bagi membangunkan personaliti Wan Yusof Wan Jeffery di Facebook.
BACKLINK BERKUALITI
Sewaktu Larry Page membina Google, dia memikirkan cara bagaimanakan mahu menyusun websit di Google.
Lalu dia datang dengan idea "backlink".
"Apa itu backlink?"
Backlink adalah link daripada website lain yang menuju ke website anda. Backlink ada yang berkualiti dan ada yang tidak berkualiti.
Apabila website yang relevan memberikan backlink kepada website anda, maka kedudukan website anda akan dinaikkan oleh Google.
Apabila website tidak berkualiti memberikan backlink kepada website anda, yang berlaku pula adalah sebaliknya.
"Macam mana nak dapatkan link dari website berkualiti?"
Ada pemain SEO yang membeli backlink dari website lain.
Maksudnya, mereka cari website berkualiti dan mereka bayar website itu bagi meletakkan link ke website mereka.
Perbuatan ini ada risiko yang tersendiri.
Bagi saya, fokus pada:
1. Cipta konten berkualiti
2. Sebarkan konten berkualiti kepada influencer
Apabila orang mengenali website anda sebagai website berkualiti, mereka secara sukarela akan memberikan backlink.
Cuma proses ini tidak berlaku sekelip mata.
Backlink yang paling bagus adalah backlink yang bersifat deskriptif.
Sepanjang artikel ini saya menggunakan link deskriptif. Cuma apa yang saya buat ini adalah internal link. Menghubungkan link dalam satu website yang sama.
Selain itu, backlink yang datang dari domain kerajaan (.gov) juga bernilai tinggi.
Tahniah kerana anda masih tekun bersama saya.
Saya nak dedahkan trend SEO seterusnya.
Ini memang boleh nampak jelas.
Spot on!
GOOGLE MOBILE-FIRST INDEX
Hari ini sudah lebih 60% carian dilakukan menerusi smartfon.
Fungsi smartfon semakin menjadi penting.
Atas sebab ini, Google sudah mewujudkan AMP.
AMP maksudnya Accelerated Mobile Page.
Accelerated Mobile Page mempercepatkan akses ke website berganda-ganda.
Malah sebagai ganjaran, Google akan memberikan simbol AMP kepada website yang ada fungsi ini.
"Apa keburukkan AMP?"
Website WanYusof.com pernah menggunakan AMP.
Saya dapati conversion sedikit menurun.
Walaupun website jadi sangat laju.
Kemudian saya tutup fungsi ini.
Kini saya akan memasangkan kembali AMP bagi menghadapi cabaran SEO 2018.
"Macam mana nak pasang?"
1. Pergi ke Plugin > AMP
2. Install dan aktifkan
"Itu saja?"
Ya. Benar.
Untuk makluman anda, Facebook juga peka pada perubahan ini.
Lalu Facebook perkenalkan Instant Articles.
Instant Articles mirip Google AMP.
Ianya mempercepatkan akses ke website serta merta.
Proses setup Facebook Instant Articles sedikit mencabar berbanding Google AMP.
Facebook Instant Articles melibatkan:
1. Plugin wordpress
2. Akses ke Facebook API
3. Facebook Page
Tonton video ini untuk tutorial memasang Facebook Instant Articles.
Point utama yang saya ingin sampaikan adalah kunci utama bagi Google Mobile-First Index adalah kelajuan.
Seandainya website anda sudah laju berdesup tanpa menggunakan Google AMP atau Facebook Instant Article, itu terbaik.
Point utama yang saya ingin sampaikan adalah kunci utama bagi Google Mobile-First Index adalah kelajuan.
Seandainya website anda sudah laju berdesup tanpa menggunakan Google AMP atau Facebook Instant Article, itu terbaik.
"Macam mana nak check kelajuan website?"
Punca-punca website perlahan dan cara mengatasinya ada saya tulis dalam blog ini. Kebiasannya berpunca dari gambar yang banyak dan server yang perlahan.
Pernah sekali saya bertanya pada Brian Dean, ada tak cara lain untuk lajukan website selepas kita optimize semua aspek.
Brian kata pilih server laju. "You get what you pay for".
Baik sekarang, kita pergi teknologi terbaru yang beri pengaruh terhadap kedudukan website di Google.
VOICE SEARCH
Selari dengan peningkatan penggunaan smartfon, carian menggunakan suara semakin meningkat.
Teknologi Voice Search semakin cekap memahami sebutan dan konteks ayat.
Menurut programmer di sebalik teknologi ini,
"Pada tahun 2012 kesilapan perkataan adalah 80%. Hari ini kesilapan itu hanya sekitar 20% sahaja"
Apatah lagi apabila tiga gergasi, Apple, Amazon dan Google sudah mula menghasilkan produk berasaskan teknologi suara.
Amazon Echo Dot
Apple Home
Google Home
Bagi memanfaatkan fungsi ini, gunakan teknik seperti Google SERP Features.
Banyakkan menjawab soalan dalam bentuk natural language queries.
"Apa pula natural language queries?"
Bahasa percakapan harian.
Bayangkan begini,
anda mahu gunakan Siri untuk cari restoran menarik di Kota Bharu.
Apa yang anda akan cakap?
"Siri mana restoran terbaik di Kota Bharu?"
Lihat apa jawapan SIRI
Dalam kes ini bagaimana Siri memberikan jawapan?
Siri menggunakan geo-based targeting.
Siri kenal pasti kedudukan saya di mana.
Kemudian dia lihat manakah restoran berhampiran yang ada.
"Tapi macam mana Siri tahu ada restoran apa di sekitar?"
Data.
Data dari Google.
Data dari media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Data dari Apple sendiri.
Senang cerita, asalkan data itu ada di internet, kemungkinan untuk Siri jumpa sangat tinggi.
Jadi langkah seterusnya, daftar Google My Business segera.
Ini meingkatkan kemungkinan dijumpai voice search.
Pengumuman.
Kita sudah hampir sampai ke penghujung.
Tahniah.
Sekarang saya mahu buat sedikit rumusan.
TEKNIK SEO 2018
Pernah dengar orang cakap "SEO is dead".
Kalau dengar, cepat-cepat lari.
SEO akan kekal dan terus berkembang.
Malah semakin lama, semakin menarik.
Hakikatnya mereka yang berkecimpung awal dalam dunia SEO akan beruntung.
Sebab website sudah berada di kedudukan yang baik di Google.
Pesaing yang baru masuk akan menghadapi kesukaran untuk melawan.
Untuk pengetahuan anda, saya akan melancarkan satu training khas SEO.
Saya beri nama SEOVersiti (singkatan dari Universiti SEO).
Apa ada dalam ini?
Training lengkap SEO untuk pemilik bisnes yang mahu mendapat tempat di Google.
Supaya mendapat pelawat ke website setiap masa.
Training belum dibuka.
Andai anda ingin berada dalam waiting list, klik sini.
Selamat mencuba.
P.S : Boleh Tuan bantu saya untuk sebarkan artikel ini. Supaya manfaatnya lebih tersebar luas.
Klik butang "SHARE" di bawah =)
mrhanafi
pendedahan dan kupasan yang sangat lengkap..
yang pasti boleh menjadi rujukan saya berkali-kali.
bukan itu sahaja.
saya turut rekomen kepada sesiapa yang berminat tentang blog untuk terus follow & apply illmu dari blog ini
Punk5sunda
Hallo tuan.. Anda blogger malaysia kah ?
norra
seoversiti tu lengkap utk beginner jugak kan
Belang Tarung
saya baca sampai perkataan terakhir…
seronok belajar seo ni…macam eksperimen…berjaya dan kurang menjadi dua hasil ini dibuat ujikaji…
looking forward utk tips seterusnya
Hedi
artikel ini saya pernah baca di backlinko dan sangat bagus sekali.
mrhanafi
saya membaca banyak kali artikel ini..
kira sambung satu bahagian ke bahagian yang lain
naim
penerangan yang sangat mantap.
Mr Yus
Pengisian padu, sy msih cuba mencerap segala ilmu yg dikongsikan, bermanfaat untuk dipraktikkan. Terima kasih tuan.
Brittany Wolfe
Wow! what an amazing article with informative points, it’s very helpful for us. Thank you so much for sharing.
Mazuki
Informasi yang sangat jelas tuan… Kalau yang baru nak bermula baca artikel tuan memang boleh faham apa yang perlu dilakukan untuk blog masing-masing.
key dia adalah tulis artikel yang relevan kepada pembaca cari…
backlink dah boleh tolak tepi dulu kalau blog-blog baru… tumpukan dulu pada konten yang berkualiti… insyallah akan di rank tinggi oleh google nanti…
itu yang saya cuba buat untuk blog saya juga… fokus kepada konten yang berkualiti padat dengan info dalam olahan yang teperinci..
ambil masa skek nak menulis tp berbaloi untuk masa depan..
Sheila Adziz
wow… sangat impresif…. sungguh banyak ilmu yg dikongsikan bg saya tahu baru nak bertateh belajar seo ni… terima kasih
fzh technology
We introduce our company that involved in IT Support Provider for CCTV, PABX, NETWORK.
cctv batu caves, cctv gombak, cctv bentong, cctv raub,
pabx batu Caves, pabx gombak, pabx bentong, pabx raub.
http://www.fzhtechnology.com.my
01127311203 / 0361781267