Pernahkah kita terfikir bagaimanakah robot Google membaca maklumat di dalam website kita? Apakah robot Google melihat sebagaimana kita melihat? Jawapannya tidak.
Robot Google hanya boleh membaca teks sahaja. Robot Google tidak boleh membaca gambar atau video. Sebab itu kebanyakkan website yang kandungannya adalah gambar sukar untuk melompat naik ke kedudukan teratas Google. Pengecualian adalah bagi pemilik website yang tersohor. Dalam kes ini, autoriti pemilik mempunyai markah yang tinggi yang seterusnya mempengaruhi kedudukan di Google.
Bagaimanakah Robot Google Membaca Website Kita?
Bayangkan website kita seperti sebuah pangsapuri yang ada 100 bilik. Bilik itu mewakili page yang ada dalam website kita. Kerja robot Google sekarang adalah masuk ke setiap rumah di pangsapuri berkenaan dan rekod apa yang ada dalam setiap rumah. Rekod itu disimpan di dalam sistem dan boleh diakses bila-bila masa.
Sebelum robot Google masuk ke rumah, robot ini perlukan pelan bangunan supaya dia dapat bekerja secara efisyen. Dengan adanya pelan bangunan, robot ini kedudukan setiap rumah. Jadi robot Google boleh merancang perjalanan dengan lebih efisyen.
Cuba kita bayangkan robot Google bekerja tanpa pelan. Lompat sana sini. Selesai rumah no 1, lompat rumah no 89, kemudian pergi rumah 70 dan seterusnya Tidak produktif dan membazir masa.
Maka untuk memudahkan robot Google membaca website kita, sedikan pelan untuk robot Google. Pelan website dikenali sebagai sitemap. Sitemap adalah panduan yang digunakan robot Google untuk melihat dan mencatat page yang ada dalam website.
Sitemap pula dibahagikan kepada dua iaitu sitemap dalam format html dan sitemap dalam format xml. Robot Google hanya membaca sitemap dalam format xml. Website yang mempunyai sitemap dalam format xml termasuk dalam kategori mesra SEO sekaligus mempengaruhi kedudukan dalam hasil carian Google.
Cara Menyemak Website Memiliki Sitemap Format XML?
Kaedah yang paling mudah adalah dengan memasukkan nama website anda dan ditambah ‘/sitemap.xml’ dihujungnya. Contohnya http://wanyusof.com/sitemap.xml. Sekiranya kita dipaparkan dengan contoh paparan di atas, maka website kita mempunyai sitemap format xml.
Sekiranya tidak ada, usah menggelabah. Sitemap boleh dicipta secara automatik. Andaikata kita menggunakan plug-in Yoast atau All in One, maka kedua-dua plug-in ini sudah dilengkapi dengan fungsi ini. Andaikata kita tidak menggunakan plug-in ini, boleh cari plugin Google Sitemap XML.
Leave a Reply