“Eh Abang beli apa ini?” Cikpuan isteri bertanya.
“Pomodoro” jawab saya pendek.
“Apakah pomodoro itu?” tanya dia kembali.
Pomodoro merujuk kepada sebuah jam tomato. Jam ini boleh ditetapkan masa. Apabila tiba masa yang ditentukan, jam ini akan berbunyi. Sama seperti fungsi ‘timer’.
Dari sini, lahirlah teknik Pomodoro. Teknik yang bertujuan meningkatkan produktiviti.
Teknik Pomodoro ini adalah satu kaedah kawalan masa. Proses mendisiplinkan diri untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
Teknik ini senang.
1) Kita tentukan tugasan yang hendak dilakukan.
2) Setkan masa kepada 25 minit.
3) Janji dengan diri untuk tidak lakukan apa-apa sehingga Pomodoro berbunyi.
4) Apabila Pomodoro berbunyi, raikan kejayaan dengan rehat sekejap.
Bagi tugasan yang panjang, gunakan 4 Pomodoro. Maksudnya kita perlukan sedikit rehat setiap 25 minit. Apabila selesai tugasan 4 Pomodoro, maka rehatnya panjang sedikit.
Falsafah yang digunakan adalah ‘Kejayaan kecil diraikan secara kecil, kejayaan besar diraikan secara besar’.
Teknik ini boleh digunakan dalam semua tugasan. Baca buku, buat slide, main game, main facebook dan macam-macam lagi.
Andainya tidak bertemu dengan Pomodoro berupa buah tomato, boleh guna bentuk lain. Andai tidak mahu Pomodoro dalam bentuk buah, boleh gunakan telefon pintar. Ada apps.
Pomodoro itu alat. Produktiviti dan disiplin itu matlamat.
Suhimi Nain
Macam nama jepun … 🙂