Ramai FB Ads player kata iklan sudah tak menjadi. Kos iklan meningkat naik. Salah satu punca iklan tak menjadi adalah kerana perubahan polisi iOS.
Kesannya data tracking tidak tepat.
Pixel tak berkesan.
Jadi apa solusinya?
Dalam perkongsian kali ini, saya akan terangkan dua strategi targeting di Facebook.
1. Pixel
2. Pixeless
3. <P&P> (pilihan saya, bawah sekali)
Pixel Targeting
Untuk strategi pixel targeting, ini adalah sebagaimana yang kita biasa gunakan.
Tanamkan pixel code,
kemudian FB akan uruskan semuanya.
Namun kelemahan kaedah ini muncul apabila iOS-14 update.
Disebabkan perubahan oleh polisi Apple,
maka data dari pengguna iOS hanya akan dihantar kepada FB dalam masa 3 hari.
Jadi anda mengalami data lag.
Contohnya, Sudin beli produk anda. Sudin guna iphone.
Data conversion Sudin tidak akan dihantar kepada FB pada hari yang sama.
Iklan anda tidak menunjukkan conversion pada hari itu WALAUPUN sebenarnya ada conversion.
Jadi proses buat keputusan sama ada iklan anda patut diteruskan atau tidak jadi kurang tepat.
Ada penyelesaian?
Gunakan strategi kedua.
Pixeless Targeting
Sebenarnya nama lain untuk strategi ini adalah in-app targeting.
Nama glamour dia pixeless targeting.
Kenapa pixeless?
Pixeless bermaksud teknik ini tidak menggunakan pixel sebagai pusat utama pengumpulan data anda.
Tak mahu bergantung kepada pixel.
Sebaliknya teknik ini fokus kepada ekosistem Facebook.
Prospek tidak keluar dari ekosistem Facebook.
Apabila prospek tidak keluar dari ekosistem FB,
maksudnya data yang anda dapat itu tepat.
Walaupun prospek guna iOS.
Contohnya beginiā¦
Anda buat kempen Video View.
FB rekod siapa yang tengok video itu.
Kemudian anda buat iklan kedua.
Kali ini target mereka yang tengok video tadi.
Iklan kedua ini pula instant experience.
Sama dengan video view,
FB rekod siapa yang tengok instant experience.
Dari sini anda boleh buat iklan conversion menggunakan chat bot.
Jadi secara teknikalnya, iklan anda semuanya berlaku dalam ekosistem FB.
Tidak perlu melibatkan campur tangan pixel.
Satu lagi contoh.
Anda buat iklan lead generation.
Iklan ini menggunakan FB form.
Bukan landing page.
Kemudian anda gunakan email marketing untuk jualan.
Idea utama dalam strategi Pixeless adalah mengurangkan sentuhan pixel sebanyak yang boleh.
Supaya data yang anda perolehi lebih cepat dan tepat.
Pixel & Pixeless Combo
Saya cenderung untuk menggunakan gabungan kedua-duanya buat masa ini. Seboleh-bolehnya saya maksimumkan prospek dalam ekosistem FB.
Kemudian bila prospek dikira sudah bersedia (HOT),
baru saya bawa keluar dari ekosistem FB.
Mereka akan buat pembelian di FB.
Cara ini setakat ini masih lagi berfungsi dan boleh scale up.
DON'T MISS OUT: Saya ada buat simple comparative study untuk iklan beberapa jenama popular di Malaysia. Cara copywriting dan creative mereka. Anda boleh baca di sini.
Leave a Reply