Suatu hari saya ke Starbucks.
Barista tanya nak order apa?
"Saya nak Frappucino Chocolate satu"
"Nak size besar tak? Tambah seringgit je" sambil barista tu tunjukkan size gelas besar.
Tambah seringgit? Wah macam berbaloi. "Ok!"
Apa yang terjadi apabila saya setuju untuk tambah seringgit?
Starbucks telah meningkatkan nilai belian.
Asalnya nak bayar RM16, sekarang sudah bayar RM17.
Anda mungkin kata, "hek eleh seringgit je..."
Katakanlah setiap hari ada 500 orang masuk ke satu cawangan Starbucks.
Dari 500 itu, ada 100 orang yang setuju untuk upgrade RM1.
RM 100 x 1 = RM 100
Ada berapa cawangan Starbucks di seluruh dunia?
RM 100 x 1 x 30,000 = RM 30,000
Dan ini RM 30,000 SEHARI!
Bayangkan kalau sebulan, berapa pertambahan duit Starbucks?
Ini adalah yang dikatakan Average Dollar Purchase (ADP).
Ada 3 cara yang biasa digunakan untuk meningkatkan ADP.
Cara #1 - Upsell
Upsell bererti kita tawarkan produk yang lebih mahal daripada produk yang dibeli. Sasarannya adalah untuk meningkatkan ADP berganda-ganda.
"Hmm...ada orang beli ke?"
Sebenarnya itu bukan kerja anda untuk tentukan orang beli atau tidak.
Kerja anda adalah untuk tawarkan.
Jadi tak perlu pening-pening fikir perkara yang tidak perlu.
Alternatif kepada upsell adalah...
Cara #2 - Downsell
Downsell pula bermaksud menawarkan produk yang lebih murah berbanding produk asal.
Kadar konversi downsell boleh mencecah 50%.
Bergantung kepada apa produk yang ditawarkan.
Russell Brunson menggunakan istilah order bump yang membawa maksud yang sama.
Ini adalah contoh order bump yang digunakan Todd Brown.
Order bump ini hanya ditunjukkan apabila pelanggan mahu checkout.
Dalam erti kata lain, order bump hanya ditawarkan SELEPAS pelanggan buat keputusan untuk beli produk utama.
Cara #3 - Cross Sell
Ini adalah kaedah ketiga untuk meningkatkan ADP.
Disebut sebagai cross sell.
Cross sell adalah teknik menawarkan produk yang melengkapi produk utama.
Contohnya Amazon menawarkan produk yang melengkapi pembelian kamera.
Nak Guna Yang Mana?
Tujuan utama upsell, downsell dan cross sell adalah untuk meningkatkan jumlah nilai transaksi dalam setiap pembelian.
Anda boleh gunakan ketiga-tiga cara ini secara berasingan.
Ataupun boleh gabungkan.
Kebanyakkan internet marketer yang menjual kursus online akan menggabungkan ketiga-tiga cara ini.
Begini mereka dapat memaksimumkan ADP.
Tugasan anda...
Pernahkah anda terkena dengan game ADP?
Cuba share di ruangan komen
Online Store
terima kasih, tuan..
boleh nak tahu cara dapatkan backlink?
a
Bagusnya outreach kau
Coffee Gold 916
Strategi pemasaran yang semakin luas penggunaannya melibatkan UpSell, DownSell dan Cross Sell. Peranan gifts juga meriah, namun sasaran pada memaksimumkan ADP.
I Dewa Agung Gede Wisnu Pramana
Artikelnya bagus. Saya mendapat wawasan baru jadinya. Jgn lupa kunjungi blog saya http://www.dewaagungwisnu.com. makasih 🙏🏻😊
Mohd Rawi
Terima kasih di atas pendedahan strategi pemasaran masa kini. Saya follow tuan punya blog artikel.