PERHATIAN : Khusus Untuk Pemilik Bisnes, Usahawan Yang Nak Explore "The Untapped Channel "

Strategi Ini Adalah Game-Changer. Leads Dapat. Jualan Meningkat.

Leads dan Jualan Meningkat 30% Selepas Menggunakan Strategi SEOVERSITI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kalau selama ini anda tertanya-tanya kenapa website orang lain bila cari di Google terus jumpa, tapi website anda hilang entah ke mana...

Maka anda berada di tempat yang betul.

Saya akan kongsikan bagaimana nak jadikan bisnes anda senang dijumpai di google.

Anda akan menguasai ilmu premium ini step by step.

Apabila anda tahu dan amal ilmu ini,

Website Bisnes Anda Akan Muncul di Page Pertama Google, Hasilnya Anda Akan Menerima Leads dan Pengunjung Yang Konsisten Setiap Hari

Seperti yang dialami oleh Tuan Handalah.

Nak tahu bagaimana?

Strategi yang akan saya dedahkan kepada anda ini adalah strategi yang sudah dicuba.
Bukan teori atau sembang kencang.

Strategi ini boleh buat terus.

Cuma saya beritahu awal-awal...

Strategi ini ambil masa. Jangan expect buat hari ini, esok terus dapat hasil. Tak logik.

Nak belajar?

Kelebihan menggunakan strategi ini adalah:

  • Bisnes anda senang dijumpai apabila prospek buat carian di Google
  • Apabila bisnes senang dijumpai, jumlah prospek yang hubungi atau masuk ke website anda bertambah.
  • Apabila jumlah pertanyaan bertambah atau jumlah trafik yang masuk bertambah, jumlah pelanggan akan bertambah.
  • DAN anda tidak perlu buat bayar siapa-siapa untuk semua ini. Free of charge!

Strategi ini merupakan strategi yang evergreen. Tidak lapuk dek masa.

Selagi mana anda masih menggunakan Google, maka selagi itulah strategi ini berkesan.

Dan strategi ini tidak memerlukan kemahiran teknikal yang dahsyat.
Anda hanya perlu buat apa yang saya kongsikan.

Macam nak on lampu.
Anda tidak perlu tahu macam mana aliran elektrik mengalir...litar siri..litar selari?
Anda hanya perlu tekan suis sahaja.

Kunci kejayaan strategi ini adalah buat sekarang dan buat berulang-ulang (konsistensi).

Strategi yang saya maksudkan adalah...

Bagaimana Nak Dapatkan Prospek dari Google Secara Percuma Menerusi

S.E.O.V.E.R.S.I.T.I

Strategi ini merupakan strategi yang berbeza daripada yang anda pernah dengar sebelum ini.


Ianya merupakan satu strategi yang unik untuk mendapatkan prospek daripada Google.

Apabila anda dapat prospek daripada Google secara konsisten setiap hari, jumlah pelanggan akan bertambah.

Kenapa...

Sebab prospek yang masuk adalah prospek yang NAK BELI produk anda.

Bukan prospek yang tak tahu apa-apa.

Prospek yang serius ini kita sebut sebagai high buying intent.
Mereka sudah bersedia untuk buat pembelian.
Tinggal lagi mereka mahu tahu apakah tawaran itu menarik atau tidak.

Macam Mana Nak Jadikan Website Saya Duduk di Ranking Atas Tanpa Bayaran

seo lokal

Apabila anda buat carian di Google, anda akan dapat hasil carian.

Contoh, saya taip "wan yusof", saya dapat hasil carian ini:

carian wan yusof

Sekarang cuba buka Google dan cari nama anda atau bisnes anda…

Muncul di Google?

Bayangkan dalam Malaysia ini ada berapa orang nama “Wan Yusof”?
Kenapa website saya berada di kedudukan teratas?

Jawapannya website mesra SEO.

Macam mana website mesra SEO?

Sebab website saya ikut panduan dalam SEOVERSITI.

Baiklah sekarang cuba taip “cara lajukan website”

cara lajukan website

Saya tulis artikel ini pada tahun 2017.
Sekarang tahun 2021.
Dan saya masih berada dalam senarai tiga teratas (top 3).

Mungkin anda tertanya-tanya...


"Apa kelebihan berada di halaman pertama Google?"

Mengikut kajian, 90% pengguna hanya lihat hasil carian di halaman pertama Google sahaja.
Dan daripada jumlah ini 60% hanya klik hasil carian 3 teratas!

kelebihan no 1 di Google

Jadi bayangkan…

Apabila website anda berada dalam senarai 3 teratas,
anda berpotensi menerima antara 11.4% hingga 32.5%.

Senang cerita, kita buat kira-kira mudah…

Kira-Kira SEO

  • Katakanlah jumlah pengunjung kesemuanya adalah 10,000 orang.
  • Website anda berada di tempat pertama.

32.5% x 10000
= 3250

Website anda bakal menerima 3250 prospek yang serius.
Secara PERCUMA!

Nak ke nak sangat?

Bagaimana Nak Tahu Keyword Apa Yang Kurang Pesaing Tapi Ada Permintaan Tinggi?

Apa yang kita taip di Google dikenali sebagai “keyword”.
Dalam bahasa Malaysia disebut sebagai kata kunci.

Contoh kata kunci di atas adalah “wan yusof” dan “cara lajukan website”.

Kata kunci “wan yusof” senang untuk dapat tempat pertama di Google sebab kata kunci ini adalah branded keyword.

Maksudnya…

Kata kunci ini sangat unik dan spesifik.

Apabila kata kunci sangat unik dan spesifik, persaingan kurang.
Jadi peluang untuk menang tinggi.

Berbeza dengan kata kunci “cara lajukan website”.

Kata kunci ini lebih kompetitif.
Sebab ramai orang nak tahu cara nak lajukan website dan kata kunci ini lebih umum.

Saya berikan satu lagi contoh.

Di Kota Bharu ada sebuah kedai komputer nama Monaliza Mastura.
Apabila saya taip di Google “Monaliza Mastura”

monaliza mastura

Kedai komputer ini terus muncul di Google.

Kata kunci Monaliza Mastura ini spesifik dan hanya mereka yang aware tentang jenama ini sahaja akan cari.

Sekarang saya akan cari “kedai komputer kota bharu”

kedai komputer kota bharu

Hasil carian kini ada tambahan kedai lain.
Cuma Monaliza masih menungguli hasil carian.

Ini bermakna Monaliza merupakan bisnes yang mesra SEO.

Sekarang bayangkan…

Bagaimana kalau bisnes anda pula yang mengungguli carta Google untuk kata kunci berkaitan produk atau bisnes anda…

no 1 di Google

Inilah ilmu yang anda akan belajar dalam SEOVERSITI.

Kita akan fokus kepada mencari kata kunci berkaitan bisnes anda.
Saya akan bimbing anda untuk mencari kata kunci umum dan spesifik.

Dan anda akan tahu macam mana nak dapatkan kata kunci yang banyak permintaan.

Makin tinggi permintaan, makin tinggi jumlah prospek yang akan masuk.

Pun begitu…

Makin tinggi permintaan = makin tinggi persaingan

Jadi triknya…

Kita akan belajar cara mencari kata kunci permintaan yang RENDAH persaingan. Ini dipanggil sebagai The Hidden Gold Keywords.

Apakah tools atau software yang boleh membantu dalam SEO?

Ini antara soalan yang sering orang tanya.

Sebelum menggunakan tools atau software, anda perlu faham ilmu asas (fundamental) dahulu.

Ilmu fundamental SEO adalah R.A.T.

Relevancy, Authenticity dan Technical.

Apabila faham tiga perkara ini, anda tahu nak buat apa.

Tools datang kemudian.
Tools ada banyak dan hanyalah sebagai pemudah cara.

Saya akan bantu anda.

Saya akan tunjukkan tools apa yang saya guna dan cara menggunakan tools ini.

Dan jujurnya…

Kalau anda tidak ada akses kepada tools ini pun tidak apa.
Selagi mana anda buat dan apply ilmu fundamental SEO.

Peluang untuk website anda muncul di Google masih cerah.

Sekarang Saya Kongsikan Real Case Study Kelebihan Bisnes Yang Berada di Halaman Pertama Google

Di awal tadi saya sudah beritahu.

Kelebihan SEO adalah anda berpotensi mendapatkan serius buyer tanpa perlu iklan.

Sekarang saya ingin kongsi beberapa kes studi.

Kes Studi 1 : E-Commerce Tudung

bawal exclusive

AS Galleria merupakan salah seorang klien saya.
Mereka mahu muncul di halaman pertama Google untuk kata kunci “bawal exclusive”

Kata kunci mempunyai 4000 permintaan sebulan.
Dan kata kunci ini bersifat “buying intent”.

Dan saya letakkan website AS Galleria di kedudukan keempat dan kelima.

Website ini belum berada di tiga teratas.
InsyaAllah tidak lama lagi akan naik carta.

Macam saya beritahu tadi.
SEO bukan buat hari ini dan terus dapat hasil esok hari.


Hasilnya, selain dari channel berbayar,
website ini juga mendapat prospek dari Google (organic search) secara percuma.

hasil SEO As Galleria

Kes Studi 2 : Website Niche Kesihatan

Apabila anda taip “cara nak kurus cepat”, anda dapat hasil carian seperti ini.

Perhatikan…

Tiga paling atas ada perkataan “Ad”, ini bermakna tiga paling atas itu menggunakan Google Ads.

Google Ads bukan SEO.
Google Ads bererti mereka bayar iklan di Google.

cara nak kurus cepat

Yang tidak ada "Ad" itu adalah SEO.
Yang itu adalah percuma.

Website klien saya adalah Neuroversiti.
Website ini tidak menjual ubat kurus.

Tetapi website ini berkongsi tentang ilmu kesihatan.

Website Neuroversiti mahukan prospek yang mencari ilmu-ilmu berkaitan kesihatan.

Jadi kita usahakan website ini muncul untuk carian kata kunci berkaitan kesihatan.


Apabila anda lihat laporan di bawah, website ini menerima 10,499 prospek sebulan.
Secara percuma. Hasil SEO.


Menarik?

hasil seo neuroversiti

Kes Studi 3 : Website Mencari Serius Prospek

Ini adalah projek 2017 yang telah selesai dan mencapai objektif dengan cemerlang.


Untuk projek ini, klien mahu dapatkan prospek yang mahu beli produk mereka.


Alirannya,
Cari di Google > Jumpa Klien > Isi Borang > Closing


Selepas sebulan, website berjaya muncul di top 3 carian Google.

Hasilnya, klien mendapat 1823 leads secara percuma.

Untuk pengetahuan anda SEOVERSITI ini telah diasaskan sejak dari 2017 lagi.

Dan sehingga hari ini saya masih aktif berkongsi.

Pelajar SEOVERSITI yang menyertai sejak 2017 menerima update secara percuma.

Mereka tidak perlu bayar apa-apa.

Dalam erti kata lain, melabur sekali, untungnya berkali-kali.

Lihat apa hasil mereka yang sudah apply ilmu dari SEOVERSITI.

Macam mana?


Sudah sedia untuk menyertai SEOVERSITI?

Teruskan membaca sebab saya ada tawaran istimewa untuk anda hari ini.

Bagaimana Nak Dapatkan Prospek dari Google

Secara Percuma

SEOVERSITI

PENTING:
Saya ingin ingatkan sekali lagi bahawa ilmu SEO ini memerlukan tindakan. Anda perlu buat, buat dan buat. Hasilnya insyaAllah akan datang.


Ilmu yang saya kongsikan ini adalah hasil daripada pembacaan, kajian dan eksperimen yang berterusan. Saya tidak kongsi apa yang saya tidak buat.


Dalam SEO, ada kata kunci yang dapat muncul dengan cepat. Dan ada kata kunci akan ambil masa. 

Daftar SEOVERSITI Hari Ini dan Kesemua Bonus ini Menjadi Milik Anda

Bonus #1 : Premium Facebook Support Group

“Ada soalan? Ada update baru? I have you covered!"

Nilai RM 199

Di FB Group Eksklusif ini saya akan berkongsi update terbaru daripada Google.
Paling menarik, anda boleh bertanya soalan secara terus.
Dan saya akan jawab dalam masa yang segera.

Kumpulan ini wujud sejak dari 2017 lagi. Ini bukan program yang one-off.
Melabur sekali, untung berkali-kali

Bonus #2 : SEOVERSITI 1.0

"Versi awal SEOVERSITI. Padat dan sarat dengan konten”

Nilai RM 99

seoversiti 2021 malaysia

Di FB Group Eksklusif ini saya akan berkongsi update terbaru daripada Google.
Paling menarik, anda boleh bertanya soalan secara terus.

Dan saya akan jawab dalam masa yang segera.

Kumpulan ini wujud sejak dari 2017 lagi. Ini bukan program yang one-off.
Melabur sekali, untung berkali-kali

Bonus #3 : Nota Premium Content Marketing

“Strategi Mencipta Tribe-Marketing dan Menulis Dengan Berkesan”

Nilai RM 49

Ebook Content Marketing

Ramai orang boleh menulis.
Tapi macam mana nak menulis dengan berkesan.


Nota Premium ini adalah ilmu wisdom yang saya kutip dari Guru.
Kemudian saya lakukan eksperimen. Tengok keberkesanan. Menjadi!


Ilmu ini adalah pelengkap kepada SEO.
Setelah menguasai ilmu ini, anda akan mula membina peminat tersendiri.
Yang akan sentiasa menanti konten anda hari demi hari.

Bonus #4 : Content Marketing Mastery

"Macam mana nak dapatkan prospek menggunakan content?”

Nilai RM 199

Orang yang ingat bisnes anda kerana produk, ingatan dan kesetiaan itu tidak akan kekal lama. Tetapi orang yang ingat bisnes anda kerana kualiti konten, ingatan dan kesetiaan itu kekal berpanjangan.

Anda akan belajar bagaimana mencipta konten dan menyebarkan konten secara efektif.
Course ini adalah limited dan premium. Saya tidak jual di mana-mana. 
Hanya untuk pelajar SEOVERSITI.

Dan anda tidak rugi apa-apa apabila menyertai SEOVERSITI.


Kenapa?


Anda dilindungi oleh jaminan yang super awesome...

Ini tawarannya:


Apabila anda sertai SEOVERSITI hari ini dan lakukan apa yang saya ajarkan, dan anda masih tidak dapat hasil, saya akan pulangkan kembali wang anda 100%.


Saya cipta course ini khusus untuk membantu anda.
Jadi value yang anda dapat adalah keutamaan saya.


Baiklah.


Sekarang, andai anda sudah sedia...

Sekarang Saya Tunjukkan SEMUA Yang Anda Dapat Hari Ini

  • SEOVERSITI 2021 - Video Course (bernilai RM299)
  • FB Eksklusif SEOVERSITI (bernilai RM199)
  • SEOVERSITI 1.0 - Lengkap dengan Kes Studi Bonus (bernilai RM99)
  • E-Book Nota Premium Content Marketing (bernilai RM49)
  • Content Marketing Mastery (bernilai RM199)

Nilai Keseluruhan : RM845

Daftar Sekarang

Hanya RM99

Terima kasih kerana sudi baca sampai ke hujung.


Macam yang anda saksikan, apabila anda bertindak sekarang, anda akan dapat semua tawaran ini pada diskaun 88%.


Anda jimat RM746!


Menarikkan.


InsyaAllah ini akan menjadi game-changer kepada bisnes anda.


Salam hormat,

Wan Yusof Wan Jeffery

P.S: Andai kata anda suka skip reading (macam saya), ini adalah summary tawaran untuk anda.


Apabila bisnes anda berada dalam halaman pertama Google, bisnes anda senang dijumpai prospek.
Apabila bisnes anda dijumpai prospek, maka peluang anda untuk buat jualan meningkat.


Inilah yang anda akan alami apabila anda belajar dan buat SEOVERSITI.


Lebih menarik, anda juga akan dapat kesemua bonus pada tawaran yang tak masuk akal. Nilai keseluruhan adalah RM845. Dan anda hanya perlu bayar RM99 sahaja.


Dan lebih dahsyat...

Anda dilindungi jaminan pemulangan wang 100%.
Tak ada caj tersembunyi. Tak ada syarat terselindung.


Jadi apa tunggu lagi...


Daftar SEOVERSITI Sekarang

Copyright SEOVERSITI 2021

Perlukan bantuan? Boleh whatsapp Customer Happiness Manager saya di talian 6019-6042080