Ini adalah Joseph Sugarman.
Atau orang panggil juga dengan nama Joe Sugarman.
Joe dikenali sebagai antara top copywriter dalam dunia ini.
Sugarman kata nak buat iklan ini mudah saja.
Rahsianya dia gunakan teknik Sugarman Slippery Slope.
Bayangkan ayat-ayat iklan itu macam gelongsor.
Tugas pertama anda adalah nak ajak orang baca ayat pertama dahulu.
Ayat pertama ini orang panggil headline atau hook.
Selepas mereka baca ayat pertama,
...mereka terdorong untuk baca ayat kedua
...kemudian mereka terdorong untuk baca ayat ketiga
...dan kemudian mereka terdorong untuk baca ayat seterusnya
...sampai habis.
Lihat contoh iklan dari Joe Sugarman.
Macam Mana Nak Mendorong Orang Untuk Baca Ayat Seterusnya?
Soalan yang bagus.
Selepas saya meneliti iklan-iklan dari Sugarman, saya dapati dia menggunakan teknik yang agak konsisten dalam iklan-iklan dia.
Sugarman Slippery Slope
Contohnya macam iklan BluBlocker tadi.
Sugarman guna Vision-Breakthough.
Seolah-olah macam penemuan besar. Kita pun terdetik nak baca lagi.
Selepas itu dia gunakan ayat yang betul-betul menyuntik rasa ingin tahu, "When I put on the pair of glasses what I saw I could not believe. Nor will you"
Framework yang digunakan dalam Sugarman Slippery Slope ini sebenarnya sama macam AIDA (rujuk koleksi copywriting formula).
Cuma dia terangkan dengan lebih jelas dan tunjukkan cara yang praktikal.
Sekarang masa anda untuk praktis dan kongsikan hasilnya nanti.
Leave a Reply