Bisnes dari rumah?
Bisnes online?
Bisnes bersyarikat?
Apa pun istilah dan jenis
Bisnes adalah perniagaan.
Perniagaan ada untung, ada rugi.
Ada risiko tersendiri.
Kata Warrent Buffet,
"Risiko bisnes berpunca dari buat apa yang kita tidak tahu"
Lalu bagaimana menambah tahu?
Tuntutlah ilmu bisnes dari pengamal bisnes.
Saya mahu kongsikan 15 podcast tip bisnes terbaik.
Ada tip bisnes online (content marketing, copywriting, facebook marketing dll).
Ada tip bisnes umum (strategi dan konsep).
Paling penting.
Kesemua tip ini datang dari pengamal bisnes.
Podcast Tip Bisnes (klik untuk lompat ke podcast pilihan)
Apa itu podcast & Bagaimana akses podcast
#1 : Marketing School
#2 : The Ultimate Entrpreneur
#3 : The GaryVee Audio Experience
#4 : Marketing Secrets
#5 : ConversionCast
#6 : Perpetual Traffic
#7 : Seth Godin's Startup School
#8 : Growth Mapping Podcast
#9 : PNR- This Old Marketing
#10 : The Smart Passive Income
#11 : The Tim Ferris Show
#12 : HBR IdeaCast
#13 : Copyblogger FM
#14 : Six Pixels of Separation
#15 : Marketing Over Coffee
Tindakan Sekarang (DOWNLOAD DI SINI)
Apa itu Podcast
"Podcast itu apa?"
Podcast = radio online.
Kita bebas pilih saluran.
1. Bagi pengguna iphone, cari aplikasi podcast.
2. Klik 'Search' (hujung bawah kanan)
3. Masukkan nama atau tajuk podcast yang ingin dicari.
4. Klik 'Subscribe' untuk melanggan. Tiada bayaran dikenakan.
Marketing School
Neil Patel & Eric Siu
Ini adalah podcast kegemaran saya. Mesti dengar setiap hari. Neil dan Eric akan kupas satu topik. Hanya dalam masa 5 minit. Mereka terangkan dan kongsi strategi dan taktik yang pernah digunakan.
The Ultimate Entrepreneur
Jay Abraham
Jay Abraham dinamakan Forbes sebagai 'Top 5 Executives In The World'. Beliau merupakan strategis yang mempopularkan The Strategy of Preeminence. Pandangan dan idea beliau luar biasa.
Link Podcast The Ultimate Entrepreneur
The GaryVee Audio Experience
Gary Vaynerchuk
Guru pemasaran digital yang akan membuatkan pendengar terkesima. Gary bercakap terus kepada poin. Tak ada selindung. Bagi sesetengah pengguna, mereka anggap Gary kasar. Gary tak peduli. Dia rempuh semua.
Link Podcast The GaryVee Audio Experience
Marketing Secrets
Russell Brunson
Pengasas Click Funnel. Sentiasa mendokumentasikan apa dan bagaimana dia melakukan kempen pemasaran. Dulunya podcast ini dikenali sebagai Marketing in Your Car. Sekarang dijenamakan semula.
Link Podcast Marketing Secrets
ConversionCast
Tim Paige
Podcast ini membincangkan strategi dan taktik yang diguna pakai oleh Leadpages. Sebuah platform terkenal bagi mencipta landing pages. Ada ketikanya mereka menjemput panel-panel bagi membincangkan topik-topik terbaru.
Perpetual Traffic
Keith Krance, Molly Pittman, Ralph Burns
Podcast ini dikendalikan oleh Digital Marketer menerusi kerjasama bersama Keith Krance. Topik yang disentuh pelbagai. Merangkumi strategi, taktik, rekomendasi dan perkembangan terkini.
Link Podcast Perpetual Traffic
Seth Godin's Startup School
Seth Godin
Ini merupakan rakaman latihan oleh Seth Godin. Ada 15 topik yang disentuh. Dari sudut konten, podacast ini layak mendapat 5 bintang. Cuma saya berikan 3.5 kerana podcast ini sudah tidak dikemas kini sejak tahun 2013.
Growth Mapping
Aaron Agius & Sujan Patel
Podcast ini unik. Di dalamnya, Aaron dan Sujan akan membedah strategi pemasaran yang dilakukan oleh pemain-pemain bisnes. Fokusnya adalah bagi meningkatkan jualan, mendapatkan lebih pelanggan dan membawa bisnes ke tahap seterusnya.
Link Podcast Growth Mapping
PNR: This Old Marketing
Joe Pulizzi & Robert Rose
Konten, konten dan konten. Semuanya tentang Content Marketing. Bagaimana mengaplikasi strategi Content Marketing dan bagaimana mengoptimumkan konten yang sedia ada. Joe Pulizzi dan Robert Rose adalah pakar rujuk dalam topik ini.
Link Podcast This Old Marketing
Smart Passive Income
Pat Flynn
Pat Flynn merupakan antara internet marketer yang dihormati dan dikagumi. Di dalam siri podcast SPI, Pat akan menjemput pakar-pakar dari pelbagi topik. Mereka berbincang dan mengupas teknik dan perkembangan terbaru dunia pemasaran internet.
Link Podcast Smart Passive Income
The Tim Ferriss Show
Tim Ferris
Bermula dengan blog, Tim Ferriss mendokumentasikan eksperimen kehidupan beliau dari pelbagai aspek. Kemudiannya satu buku dihasilkan The 4 Hour Work Week. Buku ini meletup sebagai bestseller. Di dalam podcast ini, Tim akan menemuramah panel jemputan dari pelbagai topik.
Link Podcast The Tim Ferriss Show
HBR IdeaCast
Harvard Business Review
Podcast ini dikendalikan oleh HarvardBiz. Panelis yang dijemput adalah tokoh-tokoh dalam pengurusan bisnes. Podcast ini padat dan sarat dengan informasi. Satu episod boleh didengar berulang kali, supaya dapat tangkap poin-poin tersembunyi.
Link Podcast HBR IdeaCast
Copyblogger FM
Sonia Simone
Sonia Simone merupakan Chief Content Officer Rainmaker. Fokus podcast ini sekitar topik Content Marketing, Copywriting, Email Marketing dan Conversion Rate Optimization. Rainmaker merupakan produk yang dilahirkan oleh Copyblogger. Copyblogger merupakan tempat rujukan ramai pengamal pemasaran konten.
Link Podcast Copyblogger
Six Pixels of Separation
Mitch Joel
Bagi mereka yang terlibat dalam agensi pemasaran digital, podcast ini adalah satu kemestian. Joel akan meleraikan kekusutan dan kompleksiti dunia digital kepada penerangan yang mudah dikuasai.
Link Podcast Six Pixels of Separation
Marketing Over Coffee
Christopher S. Penn & John J. Wall
Dinobatkan sebagai salah satu podcast terbaik didunia bagi kategori pemasaran dan bisnes. Gabungan pemasaran baru dan lama. Malah website podcast ini dicipta khas bagi mencatat setiap episod. Siap boleh muat turun (download) lagi.
Link Podcast Marketing Over Coffee
Tindakan Sekarang
Baik!
Sekarang mesti anda sudah tidak sabar mahu dengar.
Bahkan ada yang sudah klik dan mula dengar.
Betul tak?
Saya cadangkan mula dengan Marketing School.
Diikuti The AskGaryVee dan The Ultimate Entrepreneur.
Kemudian podcast lain, pilih dan dengar ikut keselesaan.
Kesemua podcast ini percuma.
Tinggal lagi untuk ambil nota, dan amalkan.
Supaya jualan bisnes laju dan kencang.
BONUS: MUAT TURUN PDF PERCUMA
Klik sini untuk muat turun senarai 15 Podcast Tip Bisnes. Dan mula dengar sekarang.
adzril
thanks tuan. kat Malaysia ni kurang pendedahan tentang podcast. atau mungkin saya yang belum terdedah. hehehe
Wan Yusof Wan Jeffery
Benar. Kurang pendedahan. Podcast adalah sumber galian ilmu yang sungguh banyak.
Sobri Mansor
Smart Passive Income by Pat Flynn. Saya ada subscribe channel youtube dia. Banyak yang beliau share tentang cara untuk buat podcast hanya dari bilik tidur. Buat lakaran karikatur untuk tujuan persembahan video.
Terbaekk mamat ni