Digital Marketing Strategist Malaysia

I think in frameworks. I tell in stories.

(dari 2006 — still learning, still building.)

11 Plugin SEO WordPress Terbaik Untuk Website | Digital Marketing Strategist Malaysia

Apakah plugin SEO yang menjadi pilihan anda?Banyak. Sedikit. Tak tahu nak pilih yang mana satu.Alright. Inilah tujuan artikel ini ditulis.Saya mahu berkongsi 11 plugin SEO WordPress mesti guna.Supaya website senang dijumpai Google.Dan ada peningkatan trafik yang berbaloi.

Sudah sedia?

Yoast SEO

yoast seo

Yoast merupakan plugin SEO yang paling banyak digunakan (most downloaded). Boleh dikatakan jatuh hukum wajib untuk install Yoast SEO. Plugin Yoast membantu pemilik website mencipta website mesra Google. Fokus Yoast bertumpu kepada on-page SEO dan teknikal SEO.“Contohnya?”Banyak sangat. Saya rekomen artikel dari WPBeginner ini yang menerangkan dengan terperinci fungsi-fungsi Yoast. Antaranya title tag, meta description, permalink, indexing, sitemaps dan macam-macam.Yoast didatangkan dalam dua pakej; pakej biasa dan premium. Pakej premium membawakan beberapa fungsi tambahan. Satu fungsi yang menarik di dalam pakej premium yang tidak ada pada pakej biasa adalah fungsi Redirection. Pun begitu fungsi ini boleh diwujudkan menggunakan plugin alternatif.“Redirection itu apa pula?”Ada saya terangkan di bawah.Teruskan membaca.

All in One SEO

Andainya baru bermula dengan SEO, saya syorkan plugin All in One SEO berbanding Yoast. Fungsinya hampir sama. Cuma plugin ini lebih senang digunakan. Fokus plugin ini juga bertumpu kepada on-page dan teknikal SEO.Plugin ini juga didatangkan menerusi dua versi. Premium dan percuma.Saya pernah cuba versi premium. Tidak ada beza sangat dari sudut kesan kepada ranking di Google.Jadi guna yang percuma sudah memadai.

SEOPressor

seo pressor plugin

Plugin ini menarik. Selain daripada aspek teknikal dan on-page SEO, plugin SEOPressor memberi tumpuan kepada konten SEO.“Apa maksudnya?”Plugin ini mempunyai satu fungsi yang dikenali sebagai Keyword SEO Score. Fungsi ini akan memantau perkembangan kata kunci anda.Selain daripada itu, dua perkara menarik yang saya suka tentang plugin ini juga adalah adanya:1. LSI keywords – bantu cari kata kunci LSI berkaitan2. Automatic smart linking – mencipta internal link dengan mudahDan untuk pengetahuan anda juga, SEO Pressor ini dicipta oleh orang Malaysia =) Malaysia Boleh!

Squirrly

seo squirrly

Ini adalah satu plugin baru. Menerusi plugin ini anda akan dapat melakukan proses optimisasi on-page dan teknikal SEO. Namun plugin ini tidak berhenti di sini.SEO Squirrly ini menawarkan satu lagi fungsi iaitu membantu kajian kata kunci. Terdapat satu ruang khas yang akan mempermudah proses kajian kata kunci dan mencari kata kunci LSI.Squirrly juga memantau perkembangan dan prestasi kata kunci anda setiap minggu. Dan siap ada cadangan headlines lagi.Plugin ini boleh digunakan bersama-sama dengan Yoast.Bagi bahagian teknikal, gunakan Yoast.Bagi tujuan konten, gunakan Squirrly.

Broken Link Checker

broken link checker

Semakin website berkembang, semakin banyak konten yang akan dihasilkan. Apakah yang berlaku seterusnya?Akan ada broken link.Broken link merupakan link yang sudah tidak wujud. Boleh jadi page itu sudah terpadam atau ditukar ke alamat lain.Menerusi plugin Broken Link Checker, anda akan dapat menyemak apakah page atau link yang bermasalah. Apabila sudah jumpa, gunakan plugin di bawah bagi mengatasi masalah itu.

Quick Redirection

quick redirection

Sekarang sudah tiba giliran redirection.Secara terjemahannya, redirection membawa maksud alih arah.Konsepnya begini. Bayangkan jalan yang anda lalui ditutup.Ada kerja baik pulih jalan.Jadi trafik akan dihalakan ke arah lain.Sama juga dalam kes ini.Apabila website semakin banyak konten, akan ada link yang tidak menjadi.Link tidak menjadi berpunca daripada:1. Perubahan permalink2. Konten dipadamkan3. Ada masalah teknikal yang menghalang pelawat akses pageLink yang tidak menjadi ini disebut sebagai broken link.Broken link boleh disemak menggunakan plugin di atas.Selepas semakan, baiki link yang rosak menggunakan plugin redirection.

Google XML Sitemap

Google XML Sitemap

Seandainya anda sudah menggunakan Yoast atau All in One SEO, maka plugin ini tidak diperlukan.

Plugin Yoast dan All in One SEO sudah berupaya mencipta XML Sitemap sendiri.Namun bagi yang tidak menggunakan kedua-dua plugin itu, aktifkan Google XML Sitemap. Plugin ini akan bantu anda mencipta sitemap.Sitemap merupakan peta website. Sitemap akan memberitahu Google ke mana harus Google pergi dan apakah fungsi setiap page di dalam website.

“Macam mana nak guna?”

Install dan aktifkan sahaja.Kemudian plugin ini akan buat kerja sendiri.

All in One Schema

rich snippets

Pernah dengar orang sebut Rich SnippetsRich Snippets pada asasnya adalah hak milik Google. Namun pemilik website boleh mempengaruhi Google menerusi penggunaan Schema.Memahami schema boleh tahan mencabar.Cuma usah bimbang dan pening kepala.Gunakan plugin ini.Plugin Schema akan membantu anda mencipta rich snippets untuk:1. Event2. Review3. People4. Recipe5. Product6. Video7. Articles8. Software/Apps“Erm..saya macam tak bersedia untuk schema lagi..”Tidak mengapa.Kita lihat plugin seterusnya.Lebih senang dan berbaloi menggunakannya.

SEO Friendly Image

seo friendly images

Salah satu komponen yang beri kesan kepada ranking adalah gambar.Apabila gambar itu bersifat seo-optimized, gambar senang dijumpai Google.Amalan terbaik dalam menjadikan gambar mesra Google adalah dengan menamakan Title dan Alt pada gambar itu.Cuma bagaimana andai kata sudah banyak gambar di muat naik.Dan gambar itu belum ada ALT.Andai kata nak set satu persatu, “tak mampu den”.Gunakan plugin PB SEO Friendly Image.Plugin ini akan bantu anda untuk cipta Alt dan Title dengan mudah.Jadi apa tunggu lagi.Terus install dan guna.

AMP for WP

Google AMP

AMP bermaksud Accelerated Mobile Pages.Ianya merupakan satu projek usaha-sama.Tujuannya bagi mempercepatkan kelajuan website apabila menggunakan smartfon.Google cenderung untuk meletakkan website yang ada AMP berada di atas bagi carian menggunakan smartfon.Malah siap ada logo AMP lagi.“Susah ke nak setup?”Senang sangat.Install dan aktifkan sahaja.Kemudian plugin ini akan bekerja untuk anda.

WP Rocket

WPROCKET

Fungsi WP Rocket adalah mempercepatkan kelajuan website berganda-ganda. Dan ternyata plugin ini melaksanakan fungsinya dengan betul. WP Rocket merupakan satu plugin berbayar yang berbaloi mendapatkannya.Kelajuan website memberikan kesan kepada kedudukan website di Google. Ianya berkait rapat dengan pengalaman pengguna (user experience). Apabila website perlahan, pengguna keluar.

Bounce rate meningkat. Average time spent menurun. Lalu Google menurunkan website anda.Cara menggunakan WP Rocket senang.Install dan aktifkan.Kemudian ikut sahaja panduan yang disediakan.No rocket science!

Kesimpulan: Nak Pilih Plugin SEO Mana?

Baik. Ini soalan cepu mas.Terutamanya selepas saya berikan 4 plugin SEO yang utama.Makin keliru mahu guna yang mana.Untuk permulaan, saya cadangkan,+ All in One SEO+ SEO Friendly Images+ WP RocketBagi yang sudah biasa dengan SEO,+ Yoast SEO+ Broken Link Checker+ Quick Redirection+ WP Rocket+ All in One Schema+ AMP for WPBoleh boleh?