Apabila website mesra Google, website senang muncul di Google.
Mesra Google = Search Engine Optimized.
"SEO? Teknikal sangat ini. Takut"
Sabar. Usah resah gelisah.
Saya hasilkan panduan SEO ini khas untuk anda.
Panduan ini memaparkan senarai semak teknik dan tools apa yang perlu dilakukan. Supaya website berada di halaman pertama hasil carian.​
Panduan ini pecah kepada 4 komponen utama: tools, on page, off page dan teknik seo.
Gunakan panduan SEO ini sebagai SOP website.
Download, cetak dan tandakan mana yang sudah buat.
(p/s: nak download panduan ini? link download ada di bawah)
Mula Panduan SEO (Tools)
Ini proses membina tapak. Guna platform yang sedia ada. Dari Google. Kesemuanya percuma. Kemudian tambah plugin dan website lain bagi memudahkan.
- ​Semak tahap kesihatan website di Makmal SEO.
- Daftar dan sambungkan Google Analytics.
- Daftar dan sambungkan Google Search Console.
- Semak kelajuan website di WebPageTest atau Test With Google.
- Install dan aktifkan plugin SEO: Sama ada Yoast atau All in One SEO Pack.
- Aktifkan fungsi sitemap menggunakan plugin Yoast atau AIO.
- Install SSL certificate.
- Daftar bisnes di Google My Business.
On Page SEO
Ini adalah perkara-perkara yang kita boleh buat terus di website. Kesan on page bersifat terkumpul. Makin cantik on page seo, makin cantik website pada pandangan Google. Artikel 13 Teknik On Page SEO adalah pelengkap kepada panduan ini.
- Masukkan kata kunci dalam Title Tag.
- Tukar settings permalink kepada post.
- Pastikan permalink tidak terlalu panjang.
- Masukkan kata kunci dalam meta description.
- Masukkan kata kunci pada dalam perenggan pertama artikel.
- Gunakan sinonim dalam artikel.
- Masukkan Image ALT yang relevan dengan gambar.
- Gunakan H1 (kebiasaannya tajuk utama) hanya sekali dalam satu post atau page.
- Gunakan H2 yang ada kata kunci sekurang-kurangnya sekali di dalam artikel. (pilihan)
Off Page SEO
Nilai off page sangat tinggi. Terutamanya apabila website mendapat backlink dari website berkualiti. Ianya seperti orang berkata, "Masuklah website ini, kontennya sangat bagus".
- Hantar konten kepada influencer supaya mereka berkongsi artikel dengan pengikutnya.
- Munculkan artikel di hadapan influencer.
- Jadi guest post di website yang berkualiti dan relevan dengan niche website sendiri.
- Siarkan konten di website berautoriti tinggi seperti Slideshare, Tumblr, Youtube.
- Menyusun atur internal link di website secara berstrategi. Supaya page authority meningkat.
- Cipta infografik menarik dan sebarkan. Letakkan alamat website pada infografik itu.
Content SEO
SEO dan konten bagaikan isi dan kuku. Hilang satu, pincang satu. Gabungan konten yang mesra SEO mempercepatkan kedudukan website melonjak ke halaman pertama.​
- ​Artikel mempunyai internal link ke page penting (cornerstone).
- Tulis dalam bahasa bercakap (conversational tone).
- Tebalkan (bold) atau gariskan (underline) poin-poin penting.
- Ulang kata kunci utama 2-3x di dalam artikel. Elakkan pengulangan terlalu banyak kerana ini dikira sebagai keyword stuffing.
- Masukkan multimedia ke dalam artikel seperti video, gambar.
- Usahakan panjang artikel 500-1000 patah perkataan.
- Artikel mempunyai link rujukan website lain (sekiranya perlu).
- Masukkan sinonim dalam artikel. Gunakan LSIgraph ataupun fungsi Google autosuggest.
- Semak persaingan kata kunci menggunakan tools seperti Google Keyword Planner atau Keyword Finder.
- Gunakan Teknik Modifier bagi mempengaruhi kadar klik.
Teknikal SEO
Elemen ini bersifat pelengkap kepada proses optimisasi website. Andai belum bersedia biarkan telebih dahulu. Andai sudah siap sedia, mulakan sekarang.
- Ada link do follow dan no follow yang relevan.
- Sitemap website sudah dihantar menerusi Google Search Console.
- Fail robot.txt diaktifkan menerusi plugin Yoast atau AIO.
- Semak website mesra smartfon.
- Usahakan panjang artikel 500-1000 patah perkataan.
- Mencipta website mesra Accelerated Mobile Pages - AMP. (Pilihan)
Media Sosial SEO
Media sosial adalah tempat mendapat pengunjung (trafik). Meskipun link yang datang bersifat no follow, namun usah bimbang. Ianya tetap beri kesan kepada nilai page itu.
- Cipta akaun media sosial bagi jenama produk itu: FB, Twitter, Instagram dan seterusnya.
- Pada kotak deskripsi, letakkan nama website.
- Kongsi link artikel di saluran media sosial yang relevan.
- Gunakan hashtag relevan pada setiap post di media sosial.
- Integrasi website dan Facebook menerusi Instant Articles.
- Kongsi konten terbaru di Google Plus.
Mengapa Mula Sekarang
Proses SEO ambil masa.
Ibarat menanam pokok.
Hari ini semai benih.
Hasilnya datang kemudian hari.
Bagi website yang mulakan proses optimisasi sekarang, mereka beruntung.
Website akan mula menunjukkan peningkatan dalam hasil carian.
Jumlah pengunjung akan bertambah.
Hari demi hari.
Secara konsisten.
Jadi usah tunggu.
Muat turun checklist ini dan mula sekarang.​
(p/s: tolong kongsikan dengan rakan-rakan)
azrinros
Terima kasih Dr.
Perkongsian yang detail dan wajib mula diamalkan sekarang.
mrhanafi
saya akan jadikan bacaan wajib artikel dalam blog ini..
sangat membantu.
Cik Lisa Wangi
Terima kasih Dr. Wan Yusof. Perkongsian yang terperinci dan saya memang perlukannya!
Teruskan berkongsi ilmu ya.
Terima kasih.
cikpinz
Terima kasih Dr. Banyak yang perlu ditambah baik selepas ini.
Azni
Wahh terbaik lah. Dah p kelas seo. Tp content nj lagi jelas
Wan Yusof Wan Jeffery
Selamat mencuba =)
Cik Ash
Terima kasih pengkongsian ni
mrhanafi
terima kasih tuan..
saya sangat berpuas hati..
terbaik dalam kela yang tersendiri..
Anuar
Terima kasih di atas info yang sangat mahal ni…. Terbaik tuan… 😉
Laila Mukhtar
Comprehensive Writting
Terima Kasih Tuan Dr. Wan!
El
Wow! Hebat.
Jazakallah.
Farah@ez-vitamin
Terima kasih Tuan..panduan yg sgt2 berguna..tapi sgt2 la terknikal..huhu
Naimah Wahab
Dah bookmark Dr. Wan Yusuf punya blog. Terima kasih sangat kerana sudi berkongsi ilmu. Mudah untuk diikuti.
fendypro
MEMANG TERBAIK. fendi sedang apply one by one. syukran jazilan Admin
Asyraf Asri
Terima Kasih Tuan Yusof.
Seriusli walaupun artikel ini basic je tapi dah buat saya tak sabar nak implement dekat blog untuk long-term live.
Arthur bin julius
Thanks So much to support me to give me panduan nak buat website dan tak lupa juga kepada Encik Wak yusop.
Pengedar Shaklee
Terima kasih tuan Yusof, ilmu yang sangat berguna sekali, tak sabar nak edit blog hehe..
SITI NURSYAADAH FAHRIZAL
Wow hebat !!
paklong
terima kasih content yang bermanfaat.
Nadia
Terima kasih. Sangat bermanfaat
Cikgu Ayu dot My
Terima kasih Dr, saya sedang buat semakan SEO di blog saya dan artikel ini sangat membantu!
happysus sait
Dr. wan, saya suka penulisan tuan. Mudah, ringkas dan menyenangkan. Betul, ramai yang takut pada SEO. Ada yang berpendapat bahawa SEO adalah nightmare kepada website mereka. Aspek yang dinyatakan di atas memang aspek yang penting kepada mereka yang ingin mengenali SEO. Saya tunggu share dalam blog Dr.
Saya suka theme ini, boleh share ke?
72.52.193.34
Alternate Links to Official Online Gambling Sites
Now in a great all-sophisticated era, everyone may
access the net very easily. Until now many free online games that
can be enjoyed by everyone, one example is online gambling games.
With the appointment associated with gambling that used to be only on terrain, now an online program has turned it
very effortless for many gambling participants
to channel their hobbies in the world regarding online gambling.
But before you want to play betting which is now online system.
You still have to learn the particular characteristics of trusted on-line
gambling sites. Why is usually that? Because in the particular online world there usually are still
internet gambling sites of which cheat.
Associated with Alternative Hyperlinks
An alternative link is usually a link provided by simply a trusted online gambling broker to prevent blocking whenever you want to enter or
access their web site.
How to Get Option Backlinks
When you currently know the meaning of alternative links, we will
give some steps to get alternative links:
1. A person can look at the key online gambling
sites. Usually they will will provide alternative website link information for their site.
2. The second step is to be able in order to directly contact Livechat,
an individual can directly ask typically the customer service on responsibility
3. You can see an alternative link to be able to your trusted online wagering site from your set of online gambling sites below.
Phat
Terima kasih atas perkongsian tuan. Semoga Allah limpahkan rezeki kpd tuan