CONTENT MASTERY
Bagaimana Menggunakan Strategi Content Marketing Bagi Meningkatkan Jualan Online Anda
Ini kisah 5 bulan yang lalu. Waktu itu saya aktif guna FB. Cuma tidak ada hasil. Apabila tulis, adalah dua atau tiga orang yang likes. Saguhati.
Satu hari, sedang asyik layan FB, nampak satu post dari Dato’ Roslan. “Personal Coaching Content Marketing”. Nampak menarik. Berfikir. Konflik dalam diri. Patut atau tidak sertai. Ada suara dalam kepala. Ini suara cicak. Sentiasa berbunyi “tak perlu…tak perlu…tak perlu”.
Saya berkata, “Ah, pedulikan suara cicak. Ini mungkin titik perubahan!”. Segera capai telefon. Tanya berapa yuran. Penganjur kata, “RM500 sahaja”. Hah? RM500?
Cicak kembali bersuara, “tak perlu…tak perlu…tak perlu”. RM500 untuk belajar ilmu ini. Berkira-kira. Adakah ini peleburan duit atau pelaburan duit?
Saya buat keputusan untuk sertai. Bengkel ini asalnya dijadualkan pada 13 dan 14 Februari. Tiket kapal terbang sudah beli. Sehari sebelum bengkel, tiba-tiba dapat mesej.
“Bengkel Content Marketing ditunda kepada 20 & 21 Februari”.
Terduduk seketika. Habislah terbakar tiket. Rugi RM200.
Satu suara lain datang. Sabar. Ini ujian. Ilmu mahal harganya mahal. Saya tanya penganjur, “Boleh saya tahu kenapa kursus ini ditangguhkan?”
Penganjur balas, “Dato’ Roslan pergi berguru dengan Puan Guru Ainon”.
Oh. Alhamdulillah. Dapat dua ilmu dalam satu masa. Tidak jadi kecewa. Malah rasa semakin teruja.
HARI YANG DINANTI TIBA
Hari yang ditunggu tiba. Hadir di kelas. Dua hari yang sungguh intensif. Dari pagi hinggal jam 12 tengah malam. Berasap kepala. Kelas ini hanya ada 10 orang sahaja. Semuanya fokus. Catat-catat dan catat. Dato’ Roslan dedahkan kepada kami:
MEMBINA PETA
#. Bermula dengan “End in Mind”
#. Memahami Personal Branding dalam Media Sosial.
#. Peluang peluang dalam era Maklumat dan Era Storytelling.
THE SWEET SPOT
# 3 Modal Permulaan. WIS: Modal Watak, Modal Ilmu, Modal Skill.
# Memanfaatkan Modak Keempat – Modal Orang.
# Menambah audiens (orang) kepada “Sweet Spot” kita.
KECENDERUNGAN KANDUNGAN (Konten)
# Memahami 7 Kuasa. Kuasa Kesedaran, Tujuan, Keyakinan, Cinta, Energi Positif, Konsentrasi, Keputusan.
# Menyerlah Misi Konten kita.
KEHADIRAN DUA HASBUL
Dato’ Roslan ajak 2 Hasbul, Tuan Hasbul Ariff’ dan Tuan Hasbul Aqill berkongsi ilmu. Mereka adalah pengamal konten marketing. Pengasas majalahniaga.com. Ilmu mahal mereka cerita. Satu persatu. Tangan saya tidak berhenti mencatat. Mutiara ilmu yang sangat bernilai. Kita dengar daripada pemain industri (industry player), bukan teori.
Intipati konten 2 Hasbul dicatatkan oleh Tuan Hasbul Aqill. Antaranya:
1) Menghasilkan content yang bagus dan evergreen dapat menarik audience untuk baca dan jadikan tulisan kita sebagai rujukan. Tulis sebanyak mana content yang 5-7 tahun akan datang pun orang tetap cari.
2) Consistency dalam menulis content sangat penting terutama pada peringkat mula. Dari situ akan cepat terbinanya 2K : kredibiliti dan kepercayaan. 2 perkara ini nilainya lagi tinggi dari wang ringgit. Ingat itu.
3) Jika anda rancang untuk menulis content di blog, sasaran akhir anda bukan pada jumlah visitor. 50,000 unique visitor masuk ke blog anda? Itu data yang belum cukup meyakinkan. Dapatkan lead (data) dari mereka. Nama emel no telefon. Itu dah cukup.
4) Boleh gunakan autoresponder Mailerlite. Lebih ekonomi dan jimat. Ataupun jika tidak mahu pening dengan hal teknikal dan bahasa jargon teknologi, guna sahaja Google Forms. Free.
5) Bagaimana nak dapat lead? Wujudkan perkara untuk exchange value dengan visitor. Exchange value bukan hanya bagi ebook percuma, boleh jadi kupon diskaun, laporan kes study, dan juga video bersiri. Lihat apa kesesuaian dengan bisnes anda.
6) Perlu diingat, pemilik bisnes jadikan blog sebagai medium pemasaran, bloggers/media publisher jadikan blog sebagai medium pendapatan. Mereka ‘jual’ data pelawat untuk tarik pengiklan sewa space iklan di mereka. ‘Gameplan’ kita berbeza.
7) Jika jualan bisnes anda sekarang 100% hasil dari Facebook Ads semata-mata, percayalah kata saya yang bisnes masih belum selamat dan belum cukup untuk mendabik dada berbangga dengan jualan sedia ada.
8) FB ini macam sungai yang sudah ramai pemancing dan umpannya. Ada banyak lagi sungai-sungai yang ikannya banyak tapi kekurangan umpan. Cari alternatif. Guna integrated marketing. Jangan fokus dan bergantung pada satu channel semata-mata!
9) Jaga hubungan sesama pelanggan. Guna formula GKG yang dikongsikan tuan Hasbul Ariff. Get. Keep. Grow.
PASCA BENGKEL
Sepanjang bengkel nota dicatat kemas. Berulang-ulang kali saya membaca. Sudah macam buku teks. Jadi rujukan. Dato’ Roslan pesan, “Ini ilmu buat. Apabila dapat terus buat”. Saya tidak tunggu lama. Terus praktik apa yang diajar. Guna Teknik Ikan. Buat, buat dan buat.
Hasilnya gaya penulisan berubah. Tulisan mula fokus. Apabila fokus, orang mula ambil tahu. Inilah rupanya penangan Content Marketing!
BERGKONGSI RAHSIA
Sekarang saya ingin buat pendedahan. Teknik yang diamalkan ini mahu diperturunkan. Anda mahu? Cuba jerit “NAK”(dalam hati).
Cuma ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira. Teknik ini bukan untuk semua orang. Teknik ini untuk mereka yang:
1. Ingin menguasai pemasaran menerusi content marketing.
2. Berjanji untuk konsisten buat, buat dan buat.
3. Mahu menikmati kesenangan di kemudian hari bukan segera (ini bukan skim cepat kaya)
4. Mahu patuh pada strategi dan taktik yang didedahkan.
Andai anda jelas empat perkara ini, maka Content Mastery ini sangat sesuai untuk anda. Anda akan diberikan satu Nota Premium. Nota ini ditulis seolah-olah anda berada dalam kursus itu. Perhatikan susunan ayat yang akan menggerakkan anda. Bukan main-main, serius.
Di dalam Nota Premium ini, anda akan menguasai:
1. Teknik T & C dalam pemasaran konten.
2. Bagaimana mahu menulis supaya orang suka baca.
3. Teknik Ikan berenand di lautan Facebook.
4. 25 Tip Menulis Premium – Dari Puan Guru.
5. Kayu ukur dalam Content Marketing
APAKAH FAEDAH YANG TUAN DAPATI
Ini adalah kursus berterusan. Continuous learning. Andai ditanya berapa nilai, saya akan katakan RM5000. Ini bukan kursus baca dan buang.
Anda dibekalkan nota premium + online coaching. Nota yang melalui fasa ujikaji. Nota ini hanya ditulis selepas segala teknik dan tip dicuba. Hanya yang berkesan diambil.
Kemudian nota ini sentiasas dikemaskini. Sekarang sudah edisi 3.0. Dan Tuan tak perlu bayar lagi untuk dapatkan versi kemaskini. Percuma. Secara automatik.
ONLINE COACHING
Ini adalah komitmen saya. Tuan dan Cikpuan akan menerima Online Coaching dalam kumpulan kita. Saya kupas nota ini dan tambah poin-poin terbaru. Tuan dan Cikpuan berpeluang tanya soalan. Kita akan berdiskusi.
Matlamatnya adalah supaya Tuan dan Cikpuan dapat hasil. Bukan beli setakat sertai Content Mastery dan duduk diam. Kita mahu perubahan.
Online Coaching Tahun Kedua
Content Mastery sudah menuju tahun kedua. Ini adalah komitmen sepenuhnya dari saya. Program ini berbentuk action-oriented.
Buat dan InsyaAllah hasilnya berbaloi-baloi. Topik-topik yang sedang dikupas:
1/ Konsep Content Maketing
2/ Content Type / Vehicle
3/ Content Marketing Funnels
4/ TOFU, MOFU dan BOFU
5/ Content Lifecycle
6/ Content Repurpose
7/ Content Image Hacks
8/ Content Anayltics
9/ Content Marketing untuk blog
10/ Content Marketing untuk FB
11/ Content Distirbution and Promotion
Masih Risau Tak Menjadi?
Ini adalah program buat, buat dan buat. Andai Tuan dan Cikpuan komited mahu buat, InsyaAllah ada hasilnya. Seandainya Tuan dan Cikpuan tak puas hati, usah dikhuatiri. Saya beri jaminan pemulangan wang 100% InsyaAllah.