Apabila sebut On Page SEO, pasti ramai yang berfikir tiga perkara: Title tag, meta description, permalink.
Kali ini saya tak nak kongsi definisi dan teori.
Nak fokus terus kepada teknik yang anda boleh buat sekarang.
Dan kita nak pergi lebih daripada tiga elemen yang disebutkan tadi.
Lebih menarik lagi, anda tak perlu faham semua terma pelik-pelik ini.
Saya sediakan artikel ini langkah demi langkah. Ikut saja.
Ada checklist lagi untuk muat turun.
Let’s crack on.
Rahsia PERGUNAKAN Google Untuk Tarik Pelanggan Berkualiti?
Dalam SEOVERSITI, saya kongsikan strategi dan taktik bagaimana mahu tarik pelanggan berkualiti. Klik sini.
1. Manipulasi Title Tag
Apabila buat carian di Google, baris pertama yang kita akan baca adalah title tag.
Title tag = tajuk.
Tajuk menentukan adakah kita akan klik atau tidak.
Tajuk juga menjadi panduan kepada Google bagi memaparkan website kita atau tidak.
Contohnya, apabila taip “Wan Yusof”, Google akan cari website yang tajuknya ada perkataan Wan Yusof.
Jadi bagi memudahkan website muncul di Google, masukkan tajuk yang ada kata kunci berkaitan.
Andai mahu target pengguna yang cari “baju raya 2017”, cipta title tag Baju Raya 2017.
Andai mahu target pengguna yang cari “pil cepat kurus”. cipta title tag Pil Cepat Kurus.
Bagi pengguna wordpress, ini adalah langkah bagi melakukan perkara ini.
1. Pergi ke menu Plugins. Cari All in One SEO. Klik Install Now dan aktifkan.
2. Plugin All in One SEO dicadangkan bagi yang masih baru dengan SEO. Andai sudah biasa, boleh gunakan Yoast SEO.
3. Yoast SEO lebih terperinci dan sedikit kompleks. Klik Install Now dan aktifkan.
4. Kemudian cipta post atau page baru. (Create new post)
5. Masukkan konten seperti biasa. Kemudian turun ke bawah. Lihat kotak Title dan ubah suai Title.
2. Masukkan 'Modifier' Pada Title Tag
Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan bagi memaksimumkan title tag.
Ini yang saya nak dedahkan. (teruskan membaca)
Teknik ini dipanggil Teknik Modifier.
Modifier adalah perkataan tambahan di hadapan atau di belakang kata kunci.
Modifier diwujudkan bagi mendapatkan pelanggan yang spesifik.
Contohnya, anda menjual produk suplimen.
Produk ini ada 10,000 agen di seluruh Malaysia.
Semua agen ini menulis blog berkaitan produk suplimen ini.
Jadi bagaimana anda mahu berada di hadapan 9999 agen yang lain itu?
Nak tahu?
Jadi penembak tepat!
Pilih pengguna yang ada commercial intent.
Intent merupakan satu tajuk yang saya kupas dalam Teknik SEO Sempoi.
Tajuk ini tajuk penting.
Bagi tujuan ini kita fokus pada commercial intent dahulu.
Commercial intent = mereka yang mencari kerana mahu beli.
Normal Intent | Commercial Intent |
---|---|
baju raya | diskaun baju raya 2017 |
vivo phone | buy vivo phone lazada |
shaklee vivix | COD shaklee vivix shah alam |
Gunakan modifiers ini pada title tag.
Modifier yang boleh digunakan:
- Beli
- Promosi
- COD
- Murah
- Diskaun
- Online
- Lokaliti
- Deal
- Jualan
Masukkan modifier pada ruangan kotak Title Tag.
Masukkan di bahagian hadapan ataupun bahagian belakang.
3. Cipta Struktur Permalink Optimum
Permalink adalah alamat setiap page dan post di website.
Disebut juga sebagai URL.
Neil Patel melakukan kajian.
Dia melihat kesan panjang permalink terhadap kedudukan di Google.
Dia mendapati,
- URL website yang berada di halaman pertama Google secara puratanya ada 37 huruf.
- URL website yang berada di halaman kedua Google secara puratanya ada 35 huruf.
- URL website yang berada di halaman ketiga Google secara puratanya ada 39 patah perkataan.
- URL website yang berada di halaman keempat Google secara puratanya ada 41 patah perkataan.
- URL website yang berada di halaman kelima Google secara puratanya ada 36 patah perkataan.
Neil Patel buat rumusan. URL yang mengandungi 35-40 huruf cenderung untuk muncul di Google.
Berbanding URL yang panjang.
Cuma ini bukanlah satu keputusan mutlak.
Sebaiknya andai kita dapat pendekkan url, usahakan url yang pendek.
Caranya?
1. Pergi ke Settings.
2. Pilih Permalinks.
3. Setkan pada Post Name atau Custom
4. Masukkan 'KK' Dalam Permalinks
Apabila KK ada dalam Title Tag, Permalink dan Meta Description, website cenderung untuk muncul di halaman pertama Google bagi kata kunci itu.
KK = kata kunci.
Lihat hasil carian "wan yusof" ini.
Perkataan "wan yusof" ada dalam title tag.
Perkataan "wan yusof" ada dalam permalink.
Amalan terbaik dalam mempraktikkan teknik ini adalah dengan memasukkan kata kunci dalam title tag, permalink dan meta description.
1. Cipta new post atau new page.
2. Pada permalink, klik edit. Masukkan kata kunci. Klik ok.
5. Copywriting Versi Google
Saya mulakan dengan pernyataan.
Meta Description tidak mempengaruhi kedudukan SEO.
Namun meta description mempengaruhi kadar klik. (CTR)
Saya terangkan sekarang.
Meta description ibarat copywriting pendek.
Tujuannya mempengaruhi pencari untuk klik atau tidak.
Apabila meta description ada kaitan dengan title Tag dan permalink, pencari lebih cenderung untuk klik pada website ini.
Amalan terbaik dalam mengoptimumkan meta description adalah dengan memasukkan kata kunci ke dalam meta description.
1. Cipta New Post. Masukkan konten seperti biasa.
2. Turun ke bawah.
3. Masukkan kata kunci ke dalam kotak description (meta description).
6. Rancang Internal Link Berkesan
“Apakah topik yang paling sesuai bagi saya yang baru nak belajar SEO?”
Ini adalah fundamental.
Ini adalah ibu kepada segala rahsia SEO.
SEO Mapping adalah satu proses merancang struktur website.
Apabila jelas struktur website, maka kita boleh susun internal link dengan betul.
Internal link adalah link yang dicipta.
Link ini menghubungkan satu page dengan satu page yang lain.
Dalam website yang sama.
Apabila saya mencipta link untuk topik SEO Mapping, maka saya telah mencipta satu internal link.
Google memandang page yang menerima banyak internal link sebagai page yang paling penting.
Jadi bina internal link yang mendorong pelawat website untuk pergi ke page paling utama.
Page paling utama diputuskan menerusi proses SEO Mapping tadi.
Lihat contoh di bawah.
Page utama = Tempah Homestay Kuala Lumpur.
Page bukan utama = Long tail 1, Long tail 2, Long tail 3.
Pelawat ditarik masuk menerusi artikel long tail.
Apabila mereka membaca artikel long tail, mereka akan didorong untuk ke page Tempah Homestay Kuala Lumpur.
7. Beri External Link
Link dari website kita ke website lain = external link.
Apabila satu website berikan link kepada website lain, website itu kehilangan kredit.
Website yang menerima link itu pula mendapat kredit.
Makin banyak website menerima link dari website lain, makin banyak kreditnya.
Makin banyak kredit website itu, makin teguh kedudukannya di halaman pertama Google.
Atas sebab itu maka ramai blogger SEO takut untuk berikan external link kepada website lain. (takut kehilangan kredit)
Sebenarnya apabila berikan external link kepada website lain, kita memudahkan Google mencari website kita.
Bahkan website kita juga dipandang sebagai website berautoriti dan berkredibiliti lantaran ada rujukan dan kredit kepada mereka yang berhak menerimanya.
Baca artikel Empat Kunci On-Page SEO. Saya terangkan dengan lebih terperinci cerita external link ini.
Brian Dean, Guru SEO berikan tip external link. Kata beliau,
"Masukkan external link bagi setiap 1000 patah perkataan"
8. Jumlah Perkataan Disukai Google
Sekarang kita masuk kepada satu rahsia.
Ini adalah strategi yang tak ramai orang Malaysia mahu tahu.
Apatah lagi mahu buat.
Jadi apabila anda buat, anda akan berada beberapa tapak di hadapan.S
Saya cakap berdasarkan pengalaman dan pembacaan.
Ini betul-betul. Bukan cubaan.
Jumlah patah perkataan mempengaruhi kedudukan website di Google.
Jumlah patah perkataan mempengaruhi persepsi pembaca yang masuk ke website anda.
Mengikut dapatan daripada serpIQ, jumlah patah perkataan yang disukai Google adalah 2000-3000 patah perkataan.
Secara logiknya, kita boleh memahami website yang menulis 2000-3000 patah perkataan adalah website yang bersungguh-sungguh.
Website ini panjang adalah website berkualiti.
Apabila website berkualiti, Google suka.
Misi Google adalah memaparkan hasil carian yang berkualiti.
Dalam mengejar misi ini, saya cadangkan mulakan secara berperingkat.
Andai kita biasa mengarang artikel sepanjang 200 patah perkataan, letakkan sasaran baru kepada 300 patah perkataan.
Andai kita biasa mengarang artikel sepanjang 500 patah perkataan, letakkan sasaran baru kepada 700 patah perkataan.
Begitulah seterusnya. Tingkatkan ikut kemampuan. Usah terburu-buru.
Bagi menyemak panjang artikel, gunakan beberapa tools mudah dan percuma seperti Microsoft Word, WordPress dan Word Counter.
9. Guna Heading Tag Dengan Betul
Pernah tak anda terfikir bagaimanakah Google mengenal pasti apakah poin-poin penting dalam satu artikel?
Google gunakan Heading Tag.
Heading Tag disusun ikut hierarki.
Apabila mahu beritahu Google ini adalah poin penting, gunakan heading 1.
Pastikan hanya ada satu H1 dalam satu page atau post.
H2, H3, H4 boleh ada banyak.
H2 biasanya digunakan sebagai subtitle.
Contohnya dalam setiap post di website wanyusof.com, tajuk utama artikel adalah H1.
Manakala kesemua subtitle menggunakan H2.
Pilihan heading ini boleh didapati pada paparan wordpress. Klik pada ikon kecil di tepi perkataan paragraph.
Bagi menyemak sama ada heading tag wujud ataupun tidak dalam page kita, install Moz Bar.Ini adalah tool percuma yang sangat berguna.
1. Masuk ke moz.com. Cari SEO toolbar.
2. Download dan install. (ada versi berbayar, guna yang percuma saja)
3. Apabila mahu melakukan semakan, tekan ikon "M" (1). Kemudian klik ikon "On-Page (2).
10. Tingkatkan Kelajuan Website
Bayangkan masuk kedai makan.
Tunggu 30 minit tak ada orang layan.
Apa anda buat?
Sama juga di website.
Apabila pelawat website masuk website, mereka mahu tengok paparan dengan segera.
Andai asyik loading, mereka lari keluar.
Semak kelajuan website di pingdom speed test.
Kelajuan website dipengaruhi banyak faktor. Antaranya,
- Jumlah gambar dalam page
Sebaiknya, kurangkan jumlah gambar dalam setiap page. Gambar yang berkualiti tinggi boleh memperlahankan website.Alternatifnya, muat naik gambar dalam format jpeg. Format ini lebih ringan - Jumlah Plugin
Plugin yang terlampau banyak akan memperlahankan website. Aktifkan plugin yang tidak perlu. Utamakan yang perlu sahaja. - Kelajuan Server
Bagi mengatasinya, tukar kepada hosting yang baru. Tanya kepada mereka yang pakar server yang sesuai. Ataupun gunakan CDN. - Susunan Kod
Apabila kod pengaturcaraan tidak kemas, website jadi perlahan. Seeloknya dapatkan khidmat dari programmer yang mahir. Atau gunakan theme yang terbukti berkesan.
11. Cipta Website Mesra Smartfon
Majoriti pengguna melayari website menggunakan smartfon.
Website yang mesra smartfon diutamakan Google apabila carian dibuat menerusi smartfon.
Bagi menyemak adakah website anda mesra smartfon atau pun tidak, layari website Google Mobile Friendly.
Masukkan website dan lihat paparan.
Andai website tidak mesra smartfon, hubungi developer.
Anda boleh menukar paparan website supaya mesra smartfon menerusi dua cara.
- Menggunakan plugin mesra smartfon.
- Mendapatkan theme yang mesra smartfon (mobile responsive).
12. Gabungkan Google dan Facebook
Apabila kita kongsi link artikel di media sosial, perbuatan ini boleh menarik trafik.
Makin banyak orang share, makin tinggi jumlah pelawat yang akan masuk website.
Timbul persoalan, “Kalau link website di-share ramai orang di facebook, banyakklah kredit ke website sayakan”. (lihat topik external link di atas).
Jawapannya.
Link dari media sosial dikenali sebagai Nofollow link.
Link ini tidak dikira dalam menentukan kedudukan di Google.
Namun usah kecewa.
Sabar dulu.
Ada ‘sesuatu’ di sebalik link ini.
Link dari media sosial berpotensi menarik trafik.
Link dari media sosial berpotensi juga menarik influencer.
Influencer = orang berpengaruh.
Apabila orang berpengaruh berkongsi artikel kita, maka website kita mendapat perhatian.
Perhatian ini nilainya sangat tinggi.
Ibarat seorang artis popular yang mencadangkan kepada peminatnya supaya membeli produk kita.
Maka berduyun-duyunlah peminat artis ini datang ke kedai kita.
13. MUAT NAIK GAMBAR MESRA GOOGLE
Ini adalah kesilapan ramai pemilik website.
Mereka upload gambar ke internet tanpa strategi yang betul.
Akibatnya, apabila orang cari gambar produk mereka, tak jumpa.
Lebih malang lagi, jumpa produk pesaing.
Mahu tahu kenapa?
Ramai orang suka upload gambar yang bernama 20022.jpeg, IMG10001.png.
Nama-nama gambar ini tak ada makna.
Google tak faham.
Tukar nama itu kepada deskripsi produk.
Contohnya penapis-air-coolway.jpeg, tudung-paridah.png.
Seterusnya selepas muat naik gambar dengan nama yang betul, masukkan juga ALT TAG.
Gunakan ALT TAG yang sama dengan nama produk itu.
ALT TAG membantu Google mengenal pasti gambar produk itu.
1. Sebelum muat naik gambar, rename terlebih dahulu.
2. Apabila muat naik, setkan Title dan Alt Text.
WHAT'S NEXT
Panduan ini memang panjang.
Syabas dan tahniah kerana berjaya sampai ke penghujungnya.
Anda adalah orang yang hebat.
Andai kata anda mahu pergi deeeep lagi untuk belajar SEO, saya jemput anda sertai SEOVERSITI.
Di sini anda akan belajar strategi dan taktik bagaimana nak jadikan website anda boleh tarik pelanggan berkualiti. Detailnya saya terangkan di sini.
ruggedmom
Bagus artikel ni, sesuai untuk saya yang bukan IT savvy.
Wan Zawawi
Terima kasih Tuan dnegan perkongsian ini , banyak yang perlu saya semak kembali dalam On page SEo ini
Master Salwa
Terima kasih tuan… banyaknya ilmu
kena baca pelan2 dan berulang2 kali ni baru faham
terima kasih sangat2
Master Salwa
Tuan saya nak tanya, boleh ke all in one seo dan yoast digunakan serentak
terima kasih tuan
rahimah majid
Setahu saya guna salah satu sahaja sebab fungsinya sama.
Wan Yusof Wan Jeffery
Seeloknya guna satu saja. Ini bagi tujuan mengelakkan konflik dan meringankan website.
Hadee Roslan
Salam..
Kedua dua plugin All In One dan Yoast mempunyai fungsi yang sama..
Kalau guna dua dua serentak nanti akan clash.. sebab dua dua nak manage tag yang sama.
Den tak pernah la guna dua dua serentak tapi den rasa kedua dua plugin akan beri notis suruh disable salah satu kot.
Gunakan mana yang rasa lebih sesuai untuk anda.
😀
Wan Yusof Wan Jeffery
Otai datang melawat. Hehe. Terima kasih.
Saya gunakan contoh All in One dan Yoast sebab dua ini paling banyak digunakan.
Benar seperti kata Tuan Hadee, satu website guna satu jenis plugin saja =)
mrhanafi
saya baca sampai habis dan perlahan-lahan ..
memang terbaik la tuan..
terima kasih banyak-banyak
Ezani
Perkongsian yang sangat terperinci. Teruskan berkongsi.
sabhi alif wahab
as-salam, artikel yang menarik dan banyak maklumat berkaitan seo dikongsi, terima kasih encik wan yusof 🙂
Wafi
Wow, panjang sengoti artikel ni. dan habis 1 cawan kopi!!!
Sani Yunus
Saya baca sampai habis. Ada yang dah apply dan ada yang perlu dipertingkatkan lagi.. Thanks boss 🙂
Wan Yusof Wan Jeffery
Terima kasih Tuan Sani. Nanti kongsi dengan saya hasilnya =)
Khairulcushion
Wow terperinci tuan (Y) jarang jumpa blogger malaysia yang buat terperinci macam ni biasa orang luar je ^_^
Noor Azlan
Terima kasih kepada artikel ini, banyak input yang saya dapat untuk memperbaiki blog saya.
MaMa Chantique
Tq tuan artikel yg sangat bermanfaat untuk saya yg baru berjinak dengan wordpress ni…
Tq banyak²…
Pengedar Shaklee Farha IbuCergas
MasyaAllah, detail sekali penerangan tuan. Agak mencabar jika baru awal2 nak menjinakkan diri dengan SEO. Banyak saya belajar dar tuan.
happysus sait
Berikut adalah beberapa faktor jika kita nak SEO sesuatu website pelanggan. Ada beberapa SEO yang mempengaruhi prestasi anda:
1) Sejarah SEO (Adakah pertama kali anda melakukan SEO untuk laman web ini?)
2) Kuantiti dan kualiti kandungan (Adakah anda mempunyai halaman yang cukup dengan kandungan segar dan tidak nipis?)
3) Backlink sihat (Berapa banyak link yang menunjukkan ke laman web dan adakah mereka terlibat dalam spam?)
kawasantogel
Thanks for share great blog
https://sites.google.com/view/bandartogelonlineterbaik/home