Kelajuan website mempengaruhi ranking sesebuah website. Makin laju website, makin berpotensi website itu untuk naik ke kedudukan atas.
Mengapa Ini Terjadi?
Pernah tak anda melayari mana-mana website dan website berkenaan sangat perlahan untuk loading. Apa perasaan anda? Geram, nak marah. Akhir sekali apa yang anda buat? Tekan butang pangkah!
Ini namanya bounce rate. Kadar pengguna keluar dari website anda. Ada banyak sebab yang menyumbang kepada bounce rate. Kelajuan website adalah salah satu daripada sebabnya.
Jadi sebab itulah Google mengambil berat faktor kelajuan kerana ianya berkait rapat dengan bounce rate. Bounce rate yang tinggi menunjukkan website itu tidak mesra pengguna.
Bagaimana Melajukan Website?
Kenal pasti punca kelembapan website. Kebiasaanya website jadi sangat perlahan apabila penggunaan imej dan plugin yang terlalu banyak. Bagi masalah ini, kurangkan jumlah imej dan plugin sahaja.
Satu lagi punca adalah pemilihan web hosting. Apabila website kita berada di hosting yang perlahan atau jauh, maka website akan jadi perlahan. Untuk masalah ini, tukar hosting (server) yang dekat dengan audiens atau gunakan CDN.
Apa itu CDN?
CDN bermaksud Content Delivery Network. Ianya merupakan satu sistem sebaran yang unik. Website anda akan diletakkan di dalam server utama CDN. Server ini bersambungan dengan rangkaian server CDN lain di seluruh dunia.
Apabila audiens dari Malaysia ingin melayari website anda, server utama CDN akan menghantar website anda ke server rangkaian yang berhampiran dengan Malaysia. Hasilnya capaian akan jadi pantas.
CDN disarankan bagi website yang mempunyai banyak trafik. Bagi website baru, anda boleh letakkan CDN dalam senarai produk yang akan dilanggan nanti.
inchenaim
Saya pakai cloudflare percuma setakat ini sebagai CDN pun sudah rasa puas hati.
Kalau ada rezeki lebih, hendak juga melanggan servis CDN yang premium..