Digital Marketing Strategist Malaysia

I think in frameworks. I tell in stories.

(dari 2006 — still learning, still building.)

Masalah Iklan FB Tak Menjadi? Ini Cara Simple Untuk Fix

Apabila iklan FB tak menjadi, selalunya advertiser akan buat iklan baru.

Iklan tak menjadi = tak ada jualan

Amalan begini lama kelamaan akan menyebabkan advertiser jadi burnt-out sebab setiap hari asyik kena fikir iklan baru.

Sebenarnya bukan semua iklan yang tak ada jualan berpunca dari iklan tak menjadi.

Saya terangkan cara simple dan cepat untuk tengok punca dari mana.
(kalau anda nak go deep lagi, kita sembang masa lain)

Apabila tidak ada jualan, kita nak tahu:
1. Adakah masalah iklan
2. Adakah masalah sales page atau tim sales

Ini kerana penyelesaiannya berbeza.

Kalau masalah pada iklan, kita hanya perlu baiki copywriting atau creative atau targeting.

Tapi kalau masalah pada sales page, prioriti utama adalah baiki offer.

Lihat carta alir versi simple.

Apabila saya sebut baiki offer, ianya bukanlah bermaksud buat harga murah semata-mata.

Ada 7 elemen yang mencipta irresistible offer.
Saya akan kongsi di tulisan akan datang.