Ini adalah koleksi copywriting formula dari macam-macam rujukan. Saya kumpulkan di sini untuk rujukan sesiapa sahaja. Feel free to share dan guna. Copywriting formula ini akan ditambah dari masa ke masa.Memandangkan koleksi copywriting ini panjang, saya pecahkan kepada 2 kategori utama:1. Struktur Copywriting2. Formula Headline
By the way, kalau anda mahu belajar cara buat iklan di TikTok, boleh baca artikel baru Cara Buat Iklan TikTok
Struktur Copywriting
Tujuan copywriting adalah menampakkan nilai lebih tinggi dari duit yang akan dibelanjakan.
Jadi jangan bahas panjang atau pendek.Fokus pada tujuan.
Kalau dengan copywriting pendek, sudah dapat capai tujuan, gunakan versi pendek.Kalau tujuan itu tercapai dengan versi panjang,gunakan versi panjang.
As a rule of thumb copywriting ini sebenarnya berkadar lansung dengan tahap kesedaran prospek anda.Macam Eugene Schwartz beritahu.
kredit: Course Creator Academy
Kalau prospek yang menjadi target itu memang pernah membeli dengan anda, copywriting tak perlu panjang pun. Straight forward je.
Cuma kebiasannya kita hanya guna satu salespage untuk semua prospek.Itu yang jadi panjang lebar.
Jadi sekarang saya nak kongsi beberapa formula simple menyusun atur copywriting sama ada pada iklan atau di salespage.
Formula A.I.D.A
A.I.D.A
- A = Attention = Emotional Hook
- I = Interest = Fact/Consequence
- D = Desire = Offer/Proof
- A = Action = Urgency
Ini adalah struktur paling klasik.Dan yang paling sering saya gunakan.
Dalam struktur ini, anda akan bawa prospek dari nak usha-usha kepada terus bertindak.Saya dah bagi cheat code apa elemen penting untuk setiap bahagian itu.
Contoh macam ini…
Attention |
Kalau nak anda stop main telefon tanpa perlu rampas atau menjerit… |
Interest |
Kajian pada tahu 2016 mendapati kanak-kanak yang asyik main telefon berada dalam situasi bahaya.Mereka berisiko tinggi untuk mengalami masalah mental. Terutamanya kemurungan.Bayangkan anak anda berjalan lemah longlai, muka tunduk, wajah sugul…Dia beritahu dia tak dapat handle tekanan…Dia tak nampak jalan dah.. |
Desire |
Berita baik. Anda boleh cegah sebelum terlambat.Hadiahkan anak anda buku ini.Dan anda tak perlu beritahu dia apa nak buat.Semua jadi sendiri…ala-ala automatik.”Seronok anak2 pulak berebut dengan saya…sebab first thing, kanak2 ni memang suka dengan gambarajah yang berwarna-warni””Saya letak buku ini di meja makan. Bila pulang tengok buku hilang. Cari-cari tak jumpa…alih2 rupanya anak saya yang ambil. Dierang tengah baca buku tu. Ajaib!”Apa yang peliknya buku ini?Buku ini menceritakan bagaimana tidur, aktiviti dan makanan dapat meningkatkan prestasi otak TAPI dengan cara yang berbeza:✅ Dalam bentuk visual yang eye-catching✅ Warna-warni dan cetakan kertas lembut✅ Bahasa yang mudah sangat nak fahamSebab itu anak-anak dapat terima dan suka. Mereka rasa seolah-olah macam buku komik. Tapi versi sains. |
Action |
CUMA…Saya ada berita sedih. Ini adalah cetakan terakhir. Jadi kalau anda terlepas peluang, memang 😭 |
Kemudian anda gabung kesemua kombinasi tadi.Maka jadilah satu copywriting iklan.
Formula P.A.S
P.A.S
- P = Problem
- A = Agitate
- S = Solution
Ringkasnya, dapatkan satu masalah yang kritikal.Masalah yang betul-betul menyebabkan prospek tidak dapat tidur.Kemudian besarkan masalah itu.Beri mereka penyelesaian.
Sekali lagi, ini juga formula simple dan power.
Problem |
Anak asyik melawan, tak dengar kata |
Agitate |
Setiap kali balik kerja, makin stress.Rumah bersepah macam kapal pecah.Dah pesan banyak kali anak tak dengar cakap.Makin kita marah, makin dia melawan.Last-last guna rotan hikmat. Baru ikut. Tapi sampai bila nak jadi macam ni?Takkan nak jadi mak bapak kaki pukul? |
Solution |
Macam mana kalau anda boleh bercakap dengan anak dan anak dengar apa yang anda pesan…tanpa drama, tanpa rotan hikmat. Klik sini |
Formula H.V.O/H.S.O
H.V/S.O
- H = Headline
- V/S = Value, Story
- O = Offer
Ini struktur kegemaran saya.Teknik macam variasi kepada PAS.
Kalau anda pilih V, copywriting anda akan bertumpu kepada manfaat.
Kalau anda gunakan S,anda akan sampaikan manfaat dalam bentuk cerita.
Antara V dan S, pastinya S lebih power.Tapi kalau kena V yang betul, tetap boleh buat jualan.
Contoh penggunaan struktur ini ada pada formula Ini Rahsia.
Formula Headline
Headline juga disebut sebagai hook.Fungsinya untuk tarik perhatian.
Bayangkan anda berada di pasar.Penuh manusia. Macam semut. Bising bukan main.
Macam mana anda nak buat orang yang lalu lalang berhenti di kedai anda?Kalau jerit belum tentu kedengaran.Anda gunakan ‘headline’ yang betul.Headline yang betul akan menarik perhatian audien yang betul.
Saya kongsikan formula headline yang berkesan.Formula-formula ini saya pilih dari ratusan formula yang anda.Yang pernah saya guna…
Formula P.A.S
P.A.S
- Pain = Apakah masalah yang dihadapi prospek
- Agitate = Tambah kesakitan masalah itu
- Solution = Berikan penyelesaian kepada masalah itu
Formula ini antara yang paling mudah dan senang digunakan.Kuncinya pada mencari masalah yang betul-betul membuatkan prospek tidak senang duduk.
Formula ini sangat sesuai disampaikan dalam bentuk storytelling.
Formula R.T.O
R.T.O
- Result = Hasil
- Time-frame = Masa yang diambil untuk dapatkan hasil
- Objection = Apakah persoalan yang menghalang prospek untuk beli produk anda.
Kelebihan formula ini adalah anda boleh menukar atur kombinasi RTO ini.Boleh jadi ROT.Boleh jadi TOR.
Contohnya…Result = Hilang 4kg berat badanTime-frame = 4 mingguObjection = Kena jaga makan?Sekarang kita jadikan R+T+O = Hilang 4kg berat badan dalam masa 4 minggu tanpa perlu jaga makanR+O+T = Hilang 4kg berat badan tanpa perlu control makan dalam masa 4 mingguKombinasi adalah bergantung kepada kreativiti anda.
Formula Siapa
Siapa
- Siapa tak nak [Hasil]?
- Siapa [Prospek] tak nak [Hasil]?
Yang ini simple dan power.Terutama kalau kena dengan hasil yang diidamkan.
Contoh…Siapa mak ayah yang tak nak tengok anak dapat result cemerlang?Siapa tak nak iklan ROAS 10X?
Formula TTT
TTT + [Hasil]
- T1 = Tak ramai
- T2 = Tahu
- T3 = Teknik Ini…
Formula ini fokus kepada ekslusiviti.Ayatnya akan membuatkan prospek rasa rugi kalau tidak termasuk dalam kelompok ini.Fear of missing out (FOMO).Contoh…
Tak ramai tahu teknik XYZ ini boleh buat jualan 6 angka.
Tak ramai tahu cara ini boleh jimatkan elektrik sehingga RM1019 sebulan.
Formula SHINE
SHINE
- S = Specificity
- H = Helpfulnes
- I = Immediacy
- N = Newsworthiness
- E = Entertainment Value
Formula ini dikongsikan daripada KissMetrics. Formula ini sangat sesuai untuk headline di blog.
Teknik SHINE menggabungkan value dan social currency.
Contoh…
Ini Adalah Video 2 Minit Yang Paling Berbaloi Untuk Ditonton. Ada 7 Cara Simple Untuk Jaga Otak Supaya Lambat Tua.
Formula P x D = C
P x D = C
- P = Pain
- D = Desire
- C = Clicks
Tujuan headline adalah untuk memujuk audien baca baris kedua.Tujuan baris kedua pula untuk memujuk audien baca baris ketiga.
Begitulah seterusnya sehingga sampai ke baris terakhir.
Tujuan baris terakhir adalah untuk mendapatkan klik.
Dalam formula ini, kenal pasti apakah kesakitan sebenar pelanggan dan gabungkan dengan keinginan mereka.
Gunakan gambar atau video untuk memperbesarkan kesakitan itu.
Contoh…
Nak kurus tanpa perlu bersenam setiap hari
Nak anak stop makan jajan tanpa perlu berleter panjang
Formula I.C.MU
I.C.MU
- I = Ini
- C = Cara
- MU = Mudah
IC.MU ini IC. Man Utd. Khas untuk peminat Man Utd.
Kalau anda tak minat bola atau dari tim lain, panggil formula I.C.M saja.Formula ini simple tapi memang dapat klik.
Contoh…
Ini cara mudah untuk masak breakfast
Ini cara mudah untuk hapuskan lipas dalam kereta
Ideanya adalah membentuk persepsi mudah dan hasil yang diidamkan.Selain dari perkataan mudah, boleh juga ditukar kepada:1. Cepat2. Jimat
Formula Manfaat
Manfaat
- Kenalpasti apa manfaat utama yang pelanggan akan dapat
- Fokus pada manfaat itu sahaja
Formula ini antara yang paling simple.Dan kalau kena, pulangannya boleh tahan.
Formula ini sangat sesuai untuk iklan TikTok.
Kenalpasti apa elemen yang paling digilai oleh prospek dalam tawaran anda.Fokus pada yang itu.
Ingat, jangan syok sendiri. Kalau anda main rasa-rasa, tak menjadi.Mesti betul-betul pasti apa keinginan prospek.
Kalau anda tak pasti disebabkan baru beriklan,lakukan split test atau A/B test.Lihat yang mana lebih memikat.
Contoh…
Diskaun 70% Hari Ini.
Free Shipping. Beli Sekarang.
Formula 3 Beradik
3 Beradik
- Variasi 1: Bagaimana Caranya + [Outcome 1], [Outcome 2] dan [Outcome 3]
- Variasi 2: Bagaimana Caranya + [Outcome 1], [Outcome 2] TANPA [Main Objection ]
Kalau anda clueless dan tak tahu nak pilih formula mana dulu,gunakan formula 3 beradik ini.
Dapatkan 3 hasil yang betul-betul diidamkan oleh prospek anda.Jangan main teka. Sama ada anda tanya pelanggan.Atau baca testimonial.Kenalpasti outcome yang berulang.
Selepas itu gabungkan dalam satu ayat.
Contoh,
Bagaimana caranya nak tambah follower, buat content FYP dan dapat income dari TikTok.Bagaimana caranya nak tambah follower, buat content FYP TANPA perlu joget-joget macam tak ada maruah!
Formula Quotation
Quotation
- Dapatkan kata-kata, testimonial, fakta.
- Gunakan bersama tanda buka kata (“) dan tutup kata (“)
Ini antara formula kegemaran saya.Formula ini sebenarnya killing 2 birds in one stone.
Apabila anda menggunakan testimoni,ianya bukan sahaja menarik perhatian bahkan memberikan social proof kepada audien.
Gabungkan formula ini dengan elemen lain.Guna struktur AIDA atau PAS.
Contoh…
“Saya letak buku ini di meja makan. Bila pulang tengok buku hilang. Cari-cari tak jumpa…alih2 rupanya anak saya yang ambil. Dierang tengah baca buku tu. Ajaib!”
Apa yang peliknya buku ini?Buku ini menceritakan bagaimana tidur, aktiviti dan makanan dapat meningkatkan prestasi otak TAPI dengan cara yang berbeza:✅ Dalam bentuk visual yang eye-catching✅ Warna-warni dan cetakan kertas lembut✅ Bahasa yang mudah sangat nak fahamSebab itu anak-anak dapat terima dan suka. Mereka rasa seolah-olah macam buku komik. Tapi versi sains.
Formula Cara
Cara
- Cara _______ untuk __(hasil yang diidamkan)__
Untuk menggunakan formula ini, pastikan anda fokus pada 3 elemen sahaja:1. mudah2. senang3. cepat
Perkataan lain boleh tapi kesannya tidak berapa kuat.Gabungkan formula ini dengan unsur spesifik.
Contoh…
Cara mudah untuk trade saham sehingga untung 30%
Cara cepat turunkan 13kg berat badan dalam masa 27 hari
Cara senang buat duit geli-geli RM100/sehari
Formula Selektif
Selektif
- Pilih audien yang anda mahu secara spesifik
- Sebutkan nama kelompok atau ciri kelompok itu
Satu kelebihan formula ini adalah ianya membantu anda memilih audien dengan spesifik.
Hanya audien yang kena dengan target anda akan membaca hook ini.
Sekiranya anda banyak menggunakan kempen broad,formula ini antara formula yang terbaik untuk anda.
Contoh…
Khas untuk mereka yang sedang cari rumah sewa
Hanya untuk ibu-ibu yang nak anak dia jadi pandai
Formula ini boleh diberikan variasi dengan memasukkan kata arahan seperti:
PERHATIAN peniaga yang masih tak dapat customer
EKSKLUSIF untuk mereka yang nak belajar duit dari website
JANGAN baca kalau anda tak nak website anda jadi no1 di Google
Formula Amaran
Amaran
- AMARAN! Apa yang anda akan ….
- AMARAN! Ini adalah sesuatu yang …
“Amaran” adalah antara mental trigger yang kuat.Perkataan amaran secara automatik akan menyebabkan pembaca terhenti.
Anda perlu menggabungkan “Amaran” dengan sesuatu yang menimbulkan rasa ingin tahu (curiosity).
Contoh…
AMARAN! Teknik yang saya akan dedahkan kepada anda ini berbeza daripada apa yang orang lain beritahu.
AMARAN! Apa yang anda akan baca ini mungkin bertentangan dengan apa yang anda tahu sebelum ini.
Formula Kenapa
Kenapa
- Variasi daripada formula AMARAN
- Kenapa fokusnya lebih kepada mencetus rasa ingin tahu
Formula ini boleh digabungkan dengan formula lain.Ataupun berdiri sendiri.
Formula ini sangat sesuai digunakan apabila anda ingin memberikan value dalam iklan anda.
Contoh…
Kenapa orang pakat berebut nak dapatkan produk ini?
Kenapa orang dulu bina rumah tak ada paku?
Kenapa anak susah nak dengar cakap?
Formula Result
Result
- Macam Mana [Jenama/Syarikat] Dapat [Result] Dalam [Tempoh Masa]
Formula ini antara formula yang efektif dan kuat.Formula ini lahir daripada testimoni.
Apabila produk atau servis anda mempunyai testimoni yang mengandungi hasil dan tempoh masa, maka anda boleh gunakan formula ini.
Kalau syarikat itu dikenali ramai, itu adalah bonus untuk anda.
Contoh…
Macam mana Syarikat K Dapat buat Jualan 7 Angka Dalam Masa 3 Jam 21 Minit
Macam mana Jiji Hilang 8 kg Dalam Masa 31 Hari
Formula X + P
X + Perkara
- X = nombor
- P = perkara/pelajaran
Formula ini antara formula yang sering digunakan dalam storytelling.Ianya boleh menjadi hook yang mudah dan efektif.
Contohnya…
7 perkara yang saya belajar dari berbisnes dengan orang cina
9 perkara yang saya belajar selepas bekerja 12 tahun di bank
Anda boleh juga menggunakan kata sifat atau adjektif untuk menambah perencah.
7 perkara penting yang saya belajar dari Chef A
3 pelajaran bernilai yang saya belajar dari jutawan ini
Formula Ana, Nom dan Has
Ana, Nom & Has
- Ana = analisa
- Nom = nombor
- Has = hasil
- Kami [ANA][NOM] subjek dan [HAS]
Sumo.com mengatakan ini adalah formula killer yang sering mereka gunakan. Kelebihan formula ini adalah ianya mengadungi unsur social proof.
Formula ini adalah inovasi dari formula X+P.
Contoh…
Kami menganalisa 1979 headline dan ini apa yang kami temui
Kami melakukan kajian terhadap 120,301 orang dan ini apa yang kami dapat
Ada boleh menggantikan perkataan analisa dengan perkataan lain.Cuma setakat yang saya test, perkataan analisa mempunyai kesan yang paling efektif.
Formula NBG
NBG
- N = nombor
- B = besar
- G = ganjil
Kalau anda mahu mendapatkan klik, anda tidak akan dapat lari daripada nombor.
Kebanyakkan marketer suka menggunakan nombor ganjil kerana nombor ini dikatakan mempunyai klik yang tinggi.
Dalam formula ini, anda akan menggunakan nombor ganjil yang banyak.
Contoh…
71 Cara Untuk Dapatkan Duit Geli-Geli
91 Website Untuk Belajar Iklan TikTok
101 Cara Untuk Jadi Jutawan Sebelum Umur 29 Tahun
Formula Ini Rahsia
Ini rahsia
- Ini rahsia [common desired outcome]
- Value
- Offer
Dalam formula ini anda mulakan headline dengan “Ini rahsia untuk…”
Kemudian anda kongsi manfaat yang pelanggan akan hadapi.Selepas itu baru berikan tawaran.
Gunakan unsur scarcity dalam tawaran supaya mereka lebih terdorong untuk klik.
Contoh…
Ini rahsia supaya anak lebih fokus…Jaga waktu tidur mereka.Itu saja? Ya.Pastikan tidur mereka paling kurang 8 jam.Apabila mereka dapat tidur 8 jam,otak mereka makin tajam.Kalau anda nak belajar lagi teknik-teknik simple dan power untuk anak anda,dapatkan buku ini.Sekarang ada tawaran istimewa.
Terbaik bos
Dah ada 2-3 formula buka minda saya. Terima kasih Tuan
Terima kasih Dr
Terima kasih atas ilmu ringkas dan padat.
Terbaik back to basic 👍
terima kasih ilmu Doc
Bermanfaat. Terima kasih atas perkongsian!
Alhamdulillah, mudah, kemas dan berkualiti
Terbaik. Terima kasih share ilmu
Terbaik. Terima kasih share ilmu ni Doct.