Pada 23 April 1985, Coca-Cola telah melakukan sesuatu yang tidak dijangka-jangka.
Coca-Cola telah memperkenalkan “New Coke”.
Sepanjang 99 tahun, formula Coca-Cola tidak pernah diubah.
Ianya digunakan bagi menghasilkan berjuta-juta tin Coke.
Namun kali ini Coca-Cola mengambil langkah berani.
Mereka memperkenalkan formula terbaru.
Dalam formula New Coke ini, rasanya hampir menyerupai Diet Coke. Cuma ianya sedikit manis
Malangnya, apabila New Coke diperkenalkan, reaksinya ternyata mengejutkan.
Peminat Coke marah sungguh!
Pejabat Coca-Cola menerima 40,000 panggilan telefon dan surat daripada peminat.
Mereka menyatakan kemarahan dan kekecewaan terhadap Coca-Cola.
Bahkan ada satu surat yang meminta tandatangan Goizueta. Katanya, tandatangan “one of the dumbest executives in American business history” ini akan menjadi bernilai di kemudian hari.
ADAKAH NEW COKE PRODUK TANPA VALIDASI?
New Coke bukanlah produk yang direka sesuka hati.
New Coke sudah melalui proses validasi.
Projek ini dinamakan projek Kansas.
Coca-Cola melakukan eksperimen. Mereka memberikan rasa Coke asli, Pepsi dan New Coke kepada satu kumpulan.
Majoriti kumpulan tersebut mengatakan rasa New Coke lebih sedap berbanding yang lain.
Hasil dapatan kajian ini maka Coca-Cola yakin New Coke akan berhasil!
Pada ketika itu ada juga cadangan supaya tidak diwujudkan New Coke.
Sebaliknya tambah perisa baru.
Cadangan ini ditolak.
Namun hasil dari validasi tidak seperti yang diharapkan.
New Coke hanya bertahan 79 hari.
Akhirnya ditamatkan.
WEBSITE BARU WEBSITE "NEW COKE"
Ada lebih 1 billion website di dunia hari ini.
Ini berdasarkan statistik yang dilaporkan oleh NetCraft pada Oktober 2014.
Daripada jumlah ini, berapa banyakkah website yang jadi “New Coke”.
AMARAN
Adakah Website Anda = Website "NEW COKE"?
Website ini asalnya dicipta dengan penuh semangat.
Namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan.
Website ini cantik dari sudut desain.
Namun kosong tanpa pelanggan.
Lebih menyedihkan lagi, website ini tidak pernah dihiraukan.
BAGAIMANA ELAK WEBSITE JADI "NEW COKE"
Apabila orang minta nasihat saya, “Aku mahu buat website. Ada nasihat?”.
Saya pandang orang ini.
Dalam hati saya lahir sedikit kegusaran, “Apakah ini New Coke edisi terkini?”.
Ramai usahawan mampu memiliki website.
Namun tak ramai yang mampu menghidupkan website.
Mencipta website dan menghidupkan website adalah dua tujuan yang berbeza.
Punca kegagalan pertama website adalah kerana tidak jelas tujuan website.
Apabila tidak tahu tujuan, bagaimanakah mahu sampai ke destinasi idaman?
Ibarat mahu pergi ke Kuala Lumpur, namun tidak tahu jalan dan kenderaan.
Tujuan website umumnya boleh dibahagikan kepada tiga:
1. Menjual produk atau servis
2. Mendapatkan prospek
3. Mewujudkan kredibiliti
TUJUAN CIPTA WEBSITE
1. Menjual produk atau servis
2. Mendapatkan prospek
3. Mewujudkan kredibiliti
Tujuan 1: Menjual Produk Atau Servis
Website yang menjual produk juga disebut sebagai e-commerce.
Website ini menjadi trend masa kini.
Semua orang mahu ada kedai sendiri.
Cuma, perhatikan ini. Apabila kita membuka e-commerce sendiri, ianya sama seperti kita membuka kedai di Kampung Tapang.
“Kat mana Kampung Tapang tu?”.
Ya. Di mana letaknya Kampung Tapang? Bagaimana mahu pergi ke situ?
Ertinya, apabila buka e-commerce sendiri, tak ada orang yang tahu.
Lalu bagaimanakah kita mahu buat jualan?
Website e-commerce hampir pasti menjadi New Coke apabila pemilik website tidak memahami strategi mendapatkan trafik.
Di hujung artikel ini saya terangkan apakah strategi terbaik bagi pemilik bisnes baru untuk mendapatkan trafik.
Teruskan membaca.
Tujuan 2: Mendapatkan Prospek
Dalam corong jualan, bakal pelanggan kita dibahagikan kepada tiga peringkat.
Peringkat kedua dan ketiga adalah peringkat di mana bakal pelanggan sudah berminat dengan produk kita.
Bakal pelanggan sedar mereka ada masalah.
Bakal pelanggan tahu ada penyelesaian.
Bakal pelanggan tahu produk kita boleh menyelesaikan masalah mereka.
Bakal pelanggan pada ketika ini disebut sebagai prospek.
Bagi website yang ingin mendapatkan prospek, cabarannya juga sama seperti website e-commerce.
“Trafik”.
Apakah strategi terbaik website ini bagi mendapatkan prospek? (lihat bawah untuk jawapannya)
Tujuan 3: Mewujudkan Kredibliti
Kredibilti berkait rapat dengan kepercayaan.
Kita cenderung untuk beli produk dengan orang yang dipercayai.
Tanpa kepercayaan, tak ada jualan.
Informasi Penting
Malah dalam satu kajian, didapati hampir 70% pembeli membaca review produk terlebih dahulu sebelum membeli.
Mereka lihat review kerana mereka mahu tahu apa yang orang lain kata.
Kata-kata orang lain itu akan menentukan sama ada produk itu boleh dipercayai atau tidak dipercayai.
Dalam bahasa mudahnya, website yang ingin mengikatkan kredibiliti mestilah mencipta konten yang betul.
Konten itu memang direka bagi tujuan meningkatkan kredibiliti.
BAGAIMANA MENCIPTA STRATEGI WEBSITE YANG BETUL
Selepas kenal pasti tujuan website, lakukan SEO Mapping. Ini adalah strategi pembinaan website yang tidak ramai mengetahuinya.
Dalam strategi ini, kita menentukan apakah page utama website.
Page utama disebut juga sebagai cornerstone page.
Apabila mengetahui page utama, kita akan mencipta website yang mendorong pembaca untuk pergi ke page itu.
Jadi pembaca yang masuk ke page utama adalah pembaca yang sudah ada minat yang betul.
Pembaca ini tahu apa masalah.
Pembaca ini tahu penyelesaian.
Begini website bekerja untuk kita. Bukan lagi kita bekerja untuk website.
STRATEGI TARIK TRAFIK KE WEBSITE
Punca kebanyakan website gagal adalah kerana tidak ada pelawat.
Lalu bagi mengelakkan kegagalan ini, rangka strategi menarik pelawat.
Andai kita budak baru, bajet kita terhad.
Lawan kita pula budak-budak besar.
Mereka ada bajet banyak.
Mereka ada peruntukan ribuan ringgit bagi buat iklan tarik pelawat ke website.
Bagi mengatasi cabaran ini gunakan strategi Content Marketing.
Content Marketing bererti mencipta konten yang relevan kepada audien sasaran secara konsisten. Bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Secara mudahnya begini.
Kita cipta konten.
Konten itu khusus untuk target audien.
Konten itu dicipta dengan tujuan mempengaruhi audien.
Supaya audien akhirnya mendapatkan servis kita.
Kuasa content marketing sangat dahsyat. Ini adalah ilmu yang berbaloi-baloi menguasainya.
Kebanyakan figura yang dikenali di dunia media sosial adalah figura yang menggunakan content marketing.
Mereka menghasilkan konten. Seterusnya konten disampaikan kepada peminat mereka. Disebarkan. Diulang tayang.
Saya sendiri melakukan kajian. Pada Mac 2016 projek ini dimulakan. Setiap hari saya akan menghasilkan post berkaitan SEO.
Setiap konten saya disusun dengan teliti menggunakan Teknik Tulang Ikan.
Pada ketika ini matlamat utama saya adalah mengumpulkan mereka yang minat SEO bagi menjadi follower.
Di peringkat awal proses ini tidak ada sambutan. Jumlah Like tidak sampai 10 orang.
Namun saya tidak putus asa. Saya faham content marketing adalah ilmu yang perlukan masa bagi menuainya.
Hari demi hari berlalu. Saya melihat peningkatan demi peningkatan pada jumlah mereka yang mengikuti.
Dari jumlah friends yang hanya 3000, kini friends sudah penuh.
Bahkan jumlah follower saya sudah melebihi 3000 orang.
Bayangkan Tuan dan Cikpuan semua, topik yang saya kongsikan adalah SEO.
Ini topik asing.
Topik teknikal.
Topik tidak popular.
Namun dengan strategi content marketing yang betul, Alhamdulillah saya berjaya mendapatkan peminat tersendiri.
Dan saya percaya, Tuan dan Cikpuan boleh melakukan perkara yang sama terhadap produk Tuan dan Cikpuan.
Menggunakan strategi Content Mastery bagi meningkatkan jualan.
Content Mastery adalah satu training yang dicipta khas bagi membantu pemilik-pemilik bisnes online merancang dan mengaplikasi content marketing.
Training ini diadakan secara online.
Apabila menyertainya, Tuan dan Cikpuan akan mendapatkan video-video latihan. Dikepilkan bersama Nota Premium Content Marketing sebagai rujukan.
Dan lebih menarik lagi ada kumpulan rahsia Facebook dan webinar bulanan.
Kesemua ini disusun bagi memastikan hasil yang diperolehi berbaloi-baloi.
Andai berminat, sertai sekarang dan ada bonus istimewa menanti. Klik sini.
mrhanafi
dikesempatan pada tahun mendatang saya datang belajar dengan tuan tentang konten marketing