Ramai marketer buat iklan dengan satu harapan.
“Semoga orang klik.”
Tapi bila tengok betul-betul…
Mereka tak tahu siapa yang patut klik.
Mereka tak tahu kenapa orang perlu klik.
Dan mereka langsung tak tahu…apa yang orang rasa bila klik.
Mereka main keyword.
Main targeting.
Main AI.
Tapi mereka lupa satu perkara.
Iklan bukan tentang produk.
Iklan adalah tentang manusia.
Dan manusia…tak respon pada ciri-ciri.
Mereka respon pada RASA.
Bila anda sebut “kualiti premium” – mereka dengar “iklan biasa.”
Bila anda kata “limited stock” – mereka rasa anda menipu.
Bila anda tulis “jimat RM20” – mereka fikir, “kenapa patut aku peduli?”
Dan ini bukan salah mereka.
Ini salah kita yang terlalu nak jual,
sampai tak sempat fikir macam prospek.
Iklan yang bagus tak nampak macam iklan.
Iklan yang bagus tak mula dengan,
“Kami menawarkan…”
Iklan yang bagus mula dengan rasa.
“Aku tahu apa yang kau sedang lalui. Dan aku tahu jalan keluarnya.”
Kalau iklan anda tak buat orang rasa difahami,
tak kisah berapa cantik gambar,
berapa tinggi reach,
atau berapa banyak emoji yang anda letak.
Tak menjadi!