Kajian kata kunci (keyword research) ini nyawa SEO. Asas yang sangat-sangat penting. Bahkan inilah yang membezakan antara pemain SEO baru vs pemain SEO lama.
Saya ada tulis satu artikel terperinci berkaitan kajian kata kunci. Saya syorkan anda baca artikel itu dahulu sebelum kita teruskan topik ini.
Dalam artikel ini saya akan kongsikan 7 kesilapan dalam kajian kata kunci:
Kesilapan ini biasa dan sering dilakukan.
Baik sekarang saya terangkan satu persatu.
Dengan terperinci.
Syok Sendiri
Kesilapan #1
Ini yang mengungguli carta.
Kata kunci syok sendiri!
Apa maknanya?
Saya ada kedai.
Nama kedai = Kedai Makan Ah Long.
Maka saya pun tulis artikel.
Nak rank untuk kata kunci Kedai Makan Ah Long.
Seminggu kemudian semak ranking di Google.
Yahooo...no 1!
Tapi tak ada trafik pun yang masuk daripada situ.
Dalam erti kata lain, tak ada orang search di Google "Kedai Makan Ah Long".
Nah, inilah yang dikatakan kata kunci syok sendiri.
"Tapi ini-lah kesempatan untuk saya rank-kan jenama sendiri di Google?"
Benar.
Apabila jenama kita masih baru, maka inilah peluang untuk kita rank dengan cepat di Google.
Kerana kata kuncinya bersifat unik dan tidak ada persaingan.
Cuma kita kena ingat jangan bergantung kepada kata kunci ini sebagai sumber kemasukan trafik.
Kalau tidak nantinya krik, krik.
"Jadi bagaimana nak atasi syok sendiri?"
Lihat volume carian.
Gunakan tools seperti KeywordFinder.
Daripada jadual di atas, kita dapati kata kunci pinjaman wang berlesen mempunyai 3600 carian.
Jadi secara mudahnya, andai kita mahu dapatkan trafik, lebih baik tulis artikel bertajuk pinjaman wang berlesen.
Cuma sebelum tulis artikel itu, lihat kesilapan kedua dahulu.
Ekor Pendek
Kesilapan #2
Semasa saya mula-mula didedahkan dengan ilmu SEO ini, banyak idea tercetus.
"Kalau aku dapat rank untuk kata kunci iphone....pergghh masyuk trafik!"
Kata kunci = apple
Apple = short tail
Berlumba untuk kata kunci short tail adalah perbuatan sia-sia!
Terutama bagi pemain baru yang tidak ada pengalaman.
"Kenapa?"
Satu persaingannya sangat tinggi.
Kedua nilainya tidaklah padan.
Saya terangkan sebab musabab di bawah.
(lihat kesilapan keempat)
Baca artikel Konsep Kata Kunci Long Tail untuk memahami topik ini dengan lebih terperinci.
Sasarkan kata kunci long tail.
Kata kunci long tail adalah kata kunci yang bersifat deskriptif.
Biasanya 3-4 patah perkataan.
Contohnya review iphone XR 2019.
Tidak Guna LSI
Kesilapan #3
Semenjak dua menjak ini kebolehan enjin carian Google semakin hebat.
Google sudah boleh membaca dan meneka kehendak pencari.
Dulu, best practice SEO adalah satu artikel satu keyword.
Kemudian kalau nak rank keyword seterusnya, buat satu lagi artikel.
Cuma itu sudah tidak berlaku.
Artikel perlukan kata kunci LSI.
Kata kunci LSI adalah perkataan-perkataan berkaitan dalam artikel itu.
"Macam mana saya nak dapatkan kata kunci LSI?"
Saya suka gunakan Google terus.
Ada dua cara.
Pertama Google Autosuggest.
Ini adalah perkataan-perkataan yang akan muncul apabila kita mahu taip sesuatu di kotak carian.
Kedua Google Searches Related.
Ini pula adalah perkataan-perkataan cadangan yang muncul di ruang paling bawah.
Alternatif kepada kaedah ini adalah menggunakan tools seperti KeywordFinder, Ahrefs, LSIGraph dan macam-macam lagi.
Selepas mendapatkan kata kunci LSI, masukkan kata kunci LSI yang relevan ke dalam artikel.
Itu saja. Full stop.
Tidak Lihat 'Orang Sebelah'
Kesilapan #4
Di awal tadi, kita semak volume.
Volume = jumlah carian dalam sebulan.
Katakanlah anda jumpa kata kunci yang volume-nya banyak, adakah anda patut terkam terus?
Kalau "Ya", itu bahaya!
Dalam permainan SEO, kita mahu menang secara bijak.
Lihat 'orang sebelah'.
Lihat pesaing.
Persaingan yang terlalu padat memberikan jawapan kepada kita sejauh mana kita perlu bersiap.
Ibarat lawan menentang lipas vs lawan menentang beruang.
Di KeywordFinder, ada dinyatakan tahap kesukaran (SEO Difficulty).
Jadi ini boleh dijadikan rujukan.
Makin tinggi nilai SEO Difficulty bermaksud semakin sukar untuk kita atasi pesaing.
Cuma jangan berhenti di situ.
Gunakan Eye Ball Technique.
Masuk ke top 3 pages dan lihat sendiri konten.
Contohnya lihat konten dari caridestinasi, saji, ibusyurga.
Dan tanya soalan berikut,
1. Adakah aku boleh lawan konten itu?
2. Bagaimanakah aku mahu lawan?
Dapat dua jawapan itu, buat keputusan.
Lupa Commercial Intent Keywords
Kesilapan #5
Pada kesilapan kedua, saya sebutkan bahaya kata kunci short tail.
Walapun cariannya tinggi, tapi nilainya rendah.
Terutama bagi mereka yang mensasarkan serious-buyer.
Bayangkan begini.
Anda mahu beli iphone XS MAX.
Apakah yang anda akan taip di Google?
Adakah anda akan taip hanya "iphone XS MAX?"
Kemungkinan besar anda akan taip "iphone XS Max price in Malaysia" atau "iphone XS lazada cheap".
Anda cenderung menggunakan kata kunci long tail yang ada commercial intent.
"Hmm...macam mana nak dapatkan kata kunci long tail yang ada commercial intent"
Di sini pentingnya kita mengenal pasti Searcher Intent.
Video ini menerangkan bagaimana mengenal pasti searcher intent.
Formula Lokal
Kesilapan #6
Sambungan dari kata kunci long tail.
Ini tips khas untuk pemilik bisnes lokal.
Mereka buat artikel.
Sudah masuk Google.
Cuma berada di halaman kedua.
"Jadi bagaimana mahu masuk ke halaman pertama Google?"
Tambah kata kunci lokal.
Contoh Kata Kunci Lokal (Kata Kunci + Lokal)
Perkataan lokasi akan membantu anda muncul di Google dengan lebih cepat.
Dan mendapat audiens yang tepat.
Baik sekarang kita masuk kepada kesilapan terakhir.
Mengabaikan Teknikal SEO
Kesilapan #7
Satu topik yang tidak digemari ramai dalam SEO adalah SEO Teknikal.
Kerana ianya terlalu asing bagi pemilik bisnes.
Jadi saya tidak bercadang mahu kupas perkara teknikal yang pelik-pelik.
Fokus kepada dua elemen saja.
Pertama - kelajuan website.
Baiki kelajuan website.
Website yang perlahan akan terkesan dari sudut SEO.
Kenapa?
Kerana website perlahan memberikan pengalaman pengguna (user experience) yang teruk.
Saya rekomen anda baca artikel Cara Lajukan Website.
Dalam artikel itu saya terangkan dengan lebih terperinci punca-punca website perlahan dan cara mengatasinya.
Kedua - tidak ada integrasi antara Google Anyaltics dan Google Search Console
Kedua-dua tools ini percuma dari Google.
Tools ini akan bantu anda untuk memberikan maklumat yang sangat banyak.
Maklumat-maklumat ini boleh digunakan bagi menaikkan kedudukan website di Google.
Contohnya, menerusi Google Search Console, saya dapat tahu adakah website mendapat klik daripada pengguna.
(makin ramai pengguna klik ertinya website kita relevan dengan hasil carian)
Andai berminat, anda boleh baca Panduan Google Search Console.
Dalam artikel ini saya terangkan dari asas sehinggalah kepada strategi menggunakan tools ini.
Percuma =)
Kesimpulan
Sekarang saya sudah terangkan 7 kesilapan dalam kajian kata kunci.
Bagaimana anda boleh mengelakkannya.
Apa kata cuba buka website sendiri dan lakukan audit.
Adakah kita pernah melakukan kesilapan-kesilapan di atas.
Komen di bawah andai anda ada cadangan dan mahu berkongsi pandangan.
Selamat mencuba.
nikkhazami
selalunya leka dan tak lihat orang sebelah.. sebenarnya keyword tu competition tinggi.
Syed Mustaffa
Terima kasih berkongsi info mangtools di blog Tuan Wan Yusof, walaupun saya sudah terbiasa dengan squirrly, serp checker dari mangtools beri saya insight dari sudut berlainan.
Teruskan mendidik ummat, selamat maju jaya.
amkasim
Terima kasih atas sharing yang tuan buat terutamanya
orang macam saya yang baru nak berjinak dengan SEO.
Plaster Ceiling Kuala Langat
wmafendi
Terima kasih tuan
Muhamad Naim Abd Manaf
Alhamdulillah, panduan yang sangat berguna untuk saya.
Terima kasih sifu tuan yusof 🙂
mrhanafi
Kupasan Yang menarik dan mudah faham .
Terima kasih tuan
Tehokaw.com
Memang betul agak sukar untuk teknik2 seo yang kita mahukan..perlu pratikkan saru persatu ia perlukan masa serta tempoh yang lama dlm bernain seo ni..thanks share sangat2 berguna
https://www.tehokaw.com/2020/11/terperinci-mengenai-pengeluaran-akaun-1-kwsp.html
My SEO
Great sharing about keyword research. keep up!