Anda sedang pandu kereta pada kelajuan 100km/j.
Tiba-tiba ada sebuah kereta potong anda. Anda rasa dia bawa pada kelajuan 110km/j.
Anda pun potong kembali.
Kali ini anda tekan 120km/j.
Sekali dia potong kembali.
Sesi potong memotong ini akan berterusan selagi mana tidak ada pihak yang mahu mengalah.
Tapi cuba bayangkan…
Sewaktu kali pertama dia potong anda, anda terus pecut laju meninggalkan dia.
Anda bawa pada kelajuan 180km/j (amaran: ini contoh sahaja).
Agak-agak dia boleh potong kembali?
Inilah beza antara 2X vs 10X.
Apabila kita buat kerja 2X lebih bagus dari orang lain, hasil kerja itu masih boleh diatasi.
Tapi apabila anda 10X lebih daripada orang lain, sukar sekali untuk dikejar.
Konsep ini boleh diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan anda.
Orang yang bekerja 2X, kerjanya penat tapi hasilnya biasa-biasa saja.
Orang yang bekerja 10X, kerjanya penat juga, tapi hasilnya luar biasa.
Saya bagi contoh satu lagi.
Anda nak dapatkan RM100,000.
Anda nak jual produk RM1 kepada 100,000 orang ATAU
anda nak jual produk RM10,000 kepada 10 orang?
Mungkin anda kata, pada teori senang. Tapi nak jual produk RM10,000 ini bukan mudah.
Betul. Tidak mudah.
Sebab itu apabila anda fokus pada 10X, cara fikir anda juga berbeza.
Cara fikir untuk jual produk RM10,000 TAK sama dengan cara fikir untuk jual produk RM1.
Leave a Reply