Sekitar tahun 1950, instant cake mixes diperkenalkan. Sasaran jualannya tinggi kerana ianya akan memudahkan suri rumah buat kek. Buka paket, masukkan ke dalam oven. Siap!
Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Surirumah TIDAK MAHU beli kerana ianya menyebabkan proses memasak kek menjadi terlalu mudah.
Mereka beranggapan perbuatan ini merendahkan kemahiran memasak mereka.
“Apa yang syarikat pengeluar buat?”
Mereka melakukan sedikit perubahan.
Kali ini instant cake mixes memerlukan campur tangan suri rumah.
Surirumah perlu memasukkan beberapa biji telur ke dalam ramuan ini. Kemudian masukkan ke dalam oven. Hasilnya surirumah rasa ini adalah ‘air tangan’ mereka.
Kesannya jualan meroket.
Fenomena ini juga dialami oleh mereka yang membeli di IKEA.
Pembeli produk IKEA memasang sendiri produk yang dialami. Perbuatan memasang sendiri perabot IKEA telah menyebabkan pembeli rasa dialah yang mencipta perabot itu. Kesannya mereka jatuh cinta pada IKEA. Biarpun perabot itu tidak menjadi seperti mana perabot yang dipamerkan.
Dan Ariely dan Daniel Mochon menggelarkan fenomena ini sebagai The IKEA Effect.
Secara rumusannya, apabila pengguna memberikan sumbangan dalam apa jua bentuk, mereka merasakan sebahagian daripada program atau produk itu.
Laila Raihana
Info yang menarik..
Razali Rashad
Rujukan yang bermanfaat.
Diah
Ikea dapat menutup product perabot kayunya dengan kemasan laminate yang cantik. Banyak perabotnya diperbuat daripada kayu serbuk.
Zawiah
Sangat menarik.