Ini adalah tutorial cara buat domain verification untuk Facebook. Domain verification kini adalah sesuatu yang wajib dibuat oleh FB Ads advertiser.
Apabila domain anda sudah disahkan, baharulah anda boleh menghubungkan dengan assets yang lain ataupun berkongsi dengan business manager yang lain.
Panduan ini akan saya kemas kini dari masa ke masa.
Kenapa FB Mahu Bisnes Buat Verification?
Proses verification ini menyulitkan advertiser.
Tapi FB mempunyai sebab yang tersendiri kenapa mereka mahu wajibkan fungsi ini.
Salah satu sebab utama adalah untuk mengurangkan clickbait dan juga spam.
Apabila bisnes itu mempunyai verifikasi, maka FB sudah boleh menapis sebahagian daripada spammer.
Dalam erti kata lain ini adalah salah satu proses bagi meningkatkan sekuriti.
Kebaikkannya adalah untuk advertiser dan user juga.
Baiklah sekarang kita terus kepada cara untuk melakukan domain verification.
2. Klik Add untuk menambahkan domain
3. Masukkan domain tanpa https dan www. Terus kepada domain itu contoh wanyusof.com. Kemudian klik Add Domain
4. Ada 3 pilihan untuk melakukan verifikasi. Pilih meta-tag verification.
5. Sekarang copy code yang diberikan dan kita akan masukkan ke website. Bagi tujuan memasukkan di website, saya gunakan plugin PixelYourSite. Sekiranya anda tidak menggunakan plugin ini, lihat cara alternatif di bawah.
6. Pergi ke website, cari plugin PixelYourSite dan klik Head and Footer.
7. Paste kod yang disalin (copy) tadi dan klik save.
8. Setelah itu, kembali ke Facebook Business Manager dan klik verify.
9. Dan anda telah pun siap melakukan FB Domain Verification. Tahniah.
Cara Alternatif Untuk Paste Kod Dari FB
Selain dari PixelYourSite, anda boleh menggunakan beberapa alternatif lain. Kuncinya adalah untuk memasukkan kod tadi ke dalam Header.
Jadi mana-mana plugin yang menawarkan fungsi ini boleh melakukan fungsi ini.
Thrive Theme
Pergi ke Thrive Dashboard > Analytics & Script > Kemudian masukkan kod tadi pada bahagian Before<head>
HFCM
Ke menu HFCM > Add New Snippet dan masukkan kod ke dalam Code Snippet.
Macam mana?
Proses ini straight forwad. Andai kata ada masalah boleh komen di bawah dan saya akan bantu.
Rizal
salam tuan… sy cuba follow instruction, tapi still tak boleh verify… ada sumber rujukan lain ke/hehe