Satu hari saya berbual dengan seorang kawan. Pemaju. Dia cerita “Aku buat FB Ads RM20 dapat 2 pelanggan”. RM20 untuk dua buah rumah yang harganya lebih kurang RM300,000. Berapakah pulangan pelaburan itu?
Kemudian saya terus beritahu, “Bagus. Teruskan”.
Kawan tanya, “Ya. Akan teruskan. Cuma kau rasa apa masalah pada kaedah ini”.
Saya berikan analogi FB Ads seperti minyak kereta. Andai tak diisi, kereta tak jalan. Andai tak buat FB Ads, maka jualan kurang. Malah mungkin tak ada lansung.
Kawan, “Jadi bagaimana mahu dapat jualan secara konsisten”.
Gunakan dua strategi. Tribe marketing dan Content Marketing.
Tribe Marketing
Disebut sebagai pemasaran puak. Puak adalah satu kelompok manusia yang berkumpul atas dasar minat yang sama. Dalam puak ada ketua. Ketua ini adalah guru yang berkongsi ilmu atau maklumat tentang minat itu.
Ambil contoh artis. Setiap artis ada peminat mereka. Peminat ini adalah tribe. Ketuanya adalah artis tadi. Apabila ada album baru, peminat ini akan berlumba-lumba untuk beli. Apabila ada konsert baru, peminat ini juga akan berebut-rebut beli.
Sekarang mari kita lihat tribe hebat di Facebook. Antaranya Puan Ainon, Dato’ Roslan, Tuan Khairul Hakimin. Mereka tidak dikenali seluruh rakyat Malaysia. Namun cukup terkenal di kalangan tribe mereka. Apabila mereka berkongsi sesuatu, tribe akan segera sedar dan peka. Tribe ini bantu mereka. Demikian kehebatan tribe.
Bagaimana Mahu Mulakan Tribe Marketing
Apabila mahu menggunakan strategi tribe marketing, kita perlu faham yang ini adalah proses. Bermaksud ada elemen masa. Tribe tidak dibina dalam masa sehari dua. Ambil masa berhari-hari. Malah berbulan-bulan.
Tribe marketing sangat berkait rapat dengan Content Marketing. Sebab itu saya amat tekankan dua kaedah ini dalam nota premium terbaru: Content Marketing.
Bagi membina tribe, kita perlu tentukan apakah tribe yang ingin dibentuk. Apakah ciri-ciri yang kita mahu. Apa yang kita ingin tawarkan pada tribe itu. Stephen Covey sebut Begin With The End In Mind.
Selepas kita tentukan ciri-ciri tribe yang ingin dibangunkan, barulah kita bergerak kepada kaedah. Kaedah ini bantu untuk tarik tribe yang betul. Nama kaedah ini adalah Content Marketing.
Content Marketing
Pengguna di media sosial bertambah dari masa ke masa. Sama ada di instagram atau di Facebook. Pengguna akan terima ratusan mesej setiap hari. Buka newsfeed ada berita terbaru. Tunggu 10 saat, ada yang lagi baru. Dunia media sosial sangat-sangat bising. Jadi bagaimanakah kita mahu mengatasi kebisingan itu.
Bayangkan begini. Dalam kelas yang semua pelajar sedang menjerit, bagaimanakah mahu pastikan jeritan kita paling didengari?
Jawapannya: Content Marketing
Apabila guna kaedah Content Marketing, kita tak perlu cari pengguna. Namun pengguna yang akan cari kita. Malah mereka pula yang ternanti-nanti perkongsian dari kita.
Content Marketing ini merujuk kepada perkongsian konten yang diminati secara berstrategi. Konten disusun dengan hati-hati. Setiap konten dibina dengan tujuan menarik minat audien. Seterusnya mereka berminat menyertai tribe. Akhirnya mereka menjadi tribe.
Content > Sedar (awareness) > Tertarik > Minat > Tribe
Bagaimana Mahu Mulakan Content Marketing?
Seorang pahlawan hebat bersama senjatanya. Seorang pengamal Content Marketing, hebat bersama tulisannya.
Content Marketing adalah ilmu buat. Dalam Nota Premium Content Marketing, saya berikan penekanan banyak kali. Untuk menguasai ilmu ini, kita mesti buat, buat dan buat. Apabila konsisten buat, hasilnya mula datang.
Selepas tentukan ciri-ciri tribe yang ingin dibina, kita rancang konten. Konten disusun. Salah satyu teknik yang boleh digunakan adalah Teknik Tulang Ikan. Kemudian mula lancarkan konten. Pilih platform di mana audien kita berada.
Tulis, tulis dan tulis setiap hari. Usah berhenti. Usah peduli apa orang kata sebab tak ramai yang faham. Manusia suka makan buah, manusia tak lihat akar. Tanpa akar, buah tak akan ada. Manusia hanya akan dengar apabila kita sudah berjaya. Pada ketika itu barulah mereka meminta-minta tip kejayaan.
Gabungan Tribe Marketing dan Content Marketing
Inilah strategi kejayaan ramai Sifu-Sifu diluar sana. Perhatikan tribe mereka. Saya belum jumpa Sifu yang tak ada tribe. Tanpa tribe, mereka tak boleh jadi sifu!
Ilmu Tribe Marketing ini dipelopori oleh Tuan Seth Godin. Beliau menulis dalam buku dan blognya. Boleh baca di sana. Rumusannya telah saya kongsikan dalam artikel ini.
Menyedari kepentingan ilmu ini, maka saya hasilkan satu program. Disebut Online Coaching Content Marketing. Dalam program ini, saya kongsikan nota premium. Nota ini panduan untuk perbincangan. Seterusnya sebulan sekali, ada sesi FB Live. Dalam sesi ini, nota akan dikupas dan teknik-tenik terbaru akan dikongsi.
Program ini unik. Tuan hanya perlu dapatkan nota ini sekali sahaja. Kemudian apabila keluar versi terbaru, Tuan akan dapat secara percuma. Saya akan umumkan dalam kumpulan rahsia. Sekarang nota ini sudah nak masuk versi ketiga. Edisi kemas kini.
Tujuan program Online Coaching Content Marketing ini untuk bantu pemilik bisnes yang baru nak mula. Strategi ini tak guna sebarang kos pengiklanan. Sangat-sangat sesuai untuk mereka yang baru nak mula. Saya akan bimbing Tuan langkah demi langkah.
Kesemua strategi Content Marketing yang dikongsikan adalah strategi yang saya sendiri cuba. Hasilnya saya kongsikan dalam kumpulan. Jadi andai Tuan berminat, klik link ini dan gunakan kod SPECIAL.
Leave a Reply