Baru-baru ini ada kawan datang mengadu masalah. Jualan makin menurun. Kalau dibiarkan makin bahaya.
Saya pun mulakan strategic call. Nak tahu apa puncanya.
Selepas dengar penjelasan, jumpa puncanya.
Kesilapan yang biasa dilakukan.
Strategi bisnes dia hanya fokus pada….
Sebelum itu, saya nak kongsikan 2 formula paling penting.
Kalau anda faham formula ini, anda jelas nak rancang strategi marketing apa.
Formula ini saya belajar dari Adam Khoo 10 tahun yang lepas.
Sampai sekarang masih guna dan akan terus guna.
Formula 1
New Customers = Number of Leads(NOL) X Conversion Rate(CR)
Untuk mendapatkan pelanggan baru, anda boleh baiki NOL atau CR atau kedua-duanya.
NOL adalah berkaitan saluran.
Sama ada anda gandakan lagi kewujudan anda di satu saluran atau anda tambah saluran baru.
CR pula berkait rapat dengan tawaran anda.
Tawaran wujud di dua tempat.
Satu di sales page dan satu lagi di skrip jualan.
Formula 1 penting dan kritikal apabila anda mula berbisnes.
Formula ini bawa cash flow yang positive.
Tapi…
Untuk bertahan dalam bisnes,
Anda perlukan Formula 2.
Formula 2
Sales Revenue = NOC X Average Order Value (AOV) X Repeat Purchase (RP)
(dulu saya gunakan ADP, sekarang tukar kepada AOV)
AOV adalah berapa jumlah perbelanjaan dalam satu transaksi.
Contohnya saya pergi ke Starbucks dengan niat nak beli kopi bersaiz grande berharga RM14.
Tiba-tiba jurujual beritahu tambah RM1 dapat upgrade ke size Venti.
Saya pun terus tambah RM1.
Jadi niat asal tadi dari RM14 sudah bertukar menjadi RM15.
Inilah rahsia bagaimana Starbucks boleh buat extra RM30,000 sehari
RP pula ada belian ulangan.
Idea utamanya mendapatkan pelanggan untuk buat belian kedua, ketiga dan seterusnya.
RP ini boleh dicapai dengan pelbagai cara.
Yang terkenal adalah program membership atau loyalty points.
Ataupun pelancaran produk baru.
Untuk sesebuah bisnes itu bertahan dan berkembang,
anda wajib gunakan formula 2.
Tapi kesilapan ramai pembisnes baru…macam kisah kawan saya tadi…
Mereka terlalu terpesona dengan mencari pelanggan baru. Formula 1.
Semua iklan kerjanya mendapatkan pelanggan baru.
Semua kempen marketing bertujuan mendapatkan pelanggan baru.
Pelanggan sedia ada? Krik..krik.
Kos mendapatkan pelanggan baru akan sentiasa meningkat.
Tapi kos menjual kepada pelanggan sedia ada murah.
Bahkan dalam banyak kes, kos marketingnya percuma.
Bayangkan…
Kalau anda ada 100,000 pelanggan yang pernah membeli.
Dan mereka buat belian ulangan sebanyak RM10 sahaja.
100,000 x RM10
= RM1,000,000
Anda rasa kenapa Apple perkenalkan iPhone baru setiap tahun?
Atau kenapa McD akan perkenalkan menu baru setiap bulan?
Atau Starbucks perkenalkan new signature drink setiap musim?
Majoriti syarikat yang anda beli berulangkali produknya bertahan sampai sekarang.
Strategi Formula 1 dan 2
Untuk guna formula 1 dan 2 ini senang saja.
Cari kertas dan pen.
Atau buka notepad atau google doc.
Kemudian tulis balik formula 1 dan 2.
Selepas itu, pilih elemen mana yang anda ingin bina kempen marketing.
Tetapkan target secara spesifik.
Contohnya nak naikkan NOL kepada 1000 pelawat ke website sehari.
Kemudian senaraikan aktiviti yang perlu dilakukan untuk capai 1000 pelawat sehari.
Senaraikan sebanyak yang boleh (brainstorm bersama tim).
Akhir sekali pilih 3 aktiviti yang paling beri kesan dan lakukan.
Senang atau mudah sangat?
Apabila anda bina kempen marketing menggunakan kaedah ini,
halatuju kempen marketing anda jelas.
Tak terikut-ikut dengan orang.
Kalau anda nak lagi senang, download template Marketing Planner di sini.
Percuma. Tak perlu bayar apa-apa.
Ada soalan? Boleh komen.
Leave a Reply