"Bolehkah saya nak tempah meja"
"Bila tu encik?"
"Tengahari ini..jam 1.30pm"
"Oh. Tak tahu meja ada ke tak. Kenapa encik tak call awal. Encik tempah esok hari boleh?"
"Saya sudah call jam 9.30 pagi. Operator beritahu buka jam 12 tengahari. Dia suruh saya tinggalkan contact no..saya dah bagi. Saya tunggu sampai jam 1210 tak ada orang call pun. Jadi saya call balik jam 1215 ni"
"Oo.encik nak tempah untuk berapa orang"
"14 orang"
"Alamak. Tak pasti sempat ke tak. Banyak kerja nak kena buat. Nak kena siapkan meja."
Perbualan sudah nak jadi panas. Saya beritahu diri sendiri supaya tenang dahulu.
Barangkali yang jawab telefon ini tidak pernah menerima latihan.
Minggu lepas baru saja saya tempah meja. Dan memang tempat ini lengang. Mustahil akan penuh.
Saya berfikir selepas kejadian ini.
Banyak syarikat terlepas pandang perkara kecil yang boleh menjadi besar.
Mereka tidak melatih pekerja mereka menjawab panggilan telefon.
Pernah sekali saya hubungi sebuah kedai. Yang menjawab senyap sahaja. Dia tunggu kita mulakan perbualan.
Walaupun pelanggan yang menelefon, paling kurang kita nak dengar ucapan sapaan seperti "Hello, Nama kedai, ada apa boleh saya bantu..."
Guru saya beritahu ini adalah ilmu balairong seri. Cara atau kaedah memuliakan tetamu.
Tetamu yang merasakan diri mereka dimuliakan, mereka akan bercakap-cakap dan datang berulang kali.
Dalam istilah moden kita panggil ilmu ini sebagai Customer Service.
Apabila kita pergi ke tempat-tempat eksklusif, mereka sangat menitik beratkan ilmu balairong seri ini.
Dari sekecil-sekecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara.
Ok sekarang kita pergi ke digital marketing...
Bulan Mac adalah bulan yang mencabar bagi kami di Digital Brain.
Kempen-kempen yang berprestasi menjunam jatuh.
Apa yang kami buat adalah kembali kepada asas.
Apabila anda berhadapan dengan kempen yang tidak berjaya, kita semak minimum 4 perkara.
1. Teknikal
Lakukan semakan adakah masalah berpunca daripada server crashed, website tak dapat masuk, ada error, lupa letak link pada butang dan macam-macam lagi.
Masalah teknikal apabila berjaya dikesan dan diatasi akan menunjukkan perubahan positif terus pada kempen.
2. Ads Creative atau Copywriting
Masalah ini kita boleh lihat menerusi metriks Link Click, Unique Click Through Rate, CPC, Engagement, Quality ranking.
Caranya bandingkan dengan iklan atau prestasi sebelum ini. Kalau Unique Link CTR sebelum ini 2%, sekarang 0.75%, maka kita semak copywriting atau creative.
3. Targeting
Lihat CPM. CPM ada yang sebut sebagai vanity metriks. Maksudnya metriks yang tidak direct. Apabila tidak direct maka nak abaikan boleh.
Saya gunakan CPM untuk melihat keberkesanan targeting. Apabila targeting kita kena dengan audiens, CPM murah.
Tapi apabila targeting ke laut, maka CPM akan meningkat.
Cara nak tengok CPM naik atau turun adalah dengan merekodkan data sebelum-sebelum ini dan bandingkan dengan data sekarang. Ataupun gunakan fungsi compare pada ads dashboard.
CPM juga dipengaruhi oleh musim. Contohnya pada Q4, kos CPM secara umumnya akan meningkat kerana itu adalah musim membeli belah.
CPM juga dipengaruhi oleh engagement. Kalau iklan itu tak menarik, iklan itu dilabel sebagai low quality. CPM akan meningkat. CPC akan meningkat dan akhirnya kos untuk seorang pelanggan juga akan naik.
4. Sales Page
Klik ke website sudah tinggi. CPM pun ok. Trafik yang masuk banyak. Tapi conversion tak ada. Ini masalah sales page.
Kalau ini berlaku, baiki sales page. Dalam artikel ini saya ada kongsikan 14 elemen yang boleh membantu meningkatkan conversion sales page.
Setelah semakan, kami dapati masalah berlaku pada nombor 2 dan nombor 3.
Jadi kami mulakan proses tambah baik.
Alhamdulillah, jualan dapat kembali ke landasan dan capai target.
Leave a Reply