Saya bertemu dengan sebuah pemilik kedai. Dia ada website.
Saya tanya berapa ramai pelawat sehari?
Dia kata dalam 200 orang sehari.
Lalu saya tanya apa yang terjadi pada 200 orang itu?
Dia geleng kepala. “Tak tahu”.
“Dapat email?”
“Tak ada. Kalau ada pun satu atau dua saja”.
Saya tidak teruskan pertanyaan.
Daripada maklumat ini sudah ada tanda-tanda penyakit.
Penyakit sebegini biasa melanda website bisnes lokal.
Mereka ada jumlah pelawat yang masuk secara konsisten,
sayangnya, gagal di fasa conversion.
Pelawat yang mereka dapat ini sudah bersifat spesifik.
Kekurangannya adalah pada daya upaya menukar pelawat kepada pembeli.
Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi 7 langkah meningkatkan conversion bagi pemilik bisnes.
Tip ini adalah sambungan daripada artikel Panduan SEO untuk Bisnes Lokal.
Kesemua langkah ini telah dicuba.
Dan berkesan!
Mari kita mulakan.
1. GOOGLE FORM
“Hah Google Form?”
Betul.
Google Form merupakan satu tools percuma yang berbaloi menggunakannya.
Jadikan Google Form sebagai alat penangkap email.
Saya tunjukkan langkahnya satu persatu.
Pertama pergi ke Google Drive.
1. Klik New > Google Forms > Blank Form
2. Cipta soalan-soalan atau data yang ingin diperolehi
3. Klik butang Send dan salin kod Embed HTML
Kod yang disalin boleh diletakkan pada post baru.
Kod ini boleh juga dihubungkan dengan gambar.
Apabila gambar diklik, mereka dibawa ke form ini.
Menerusi teknik semudah ini, saya mendapat leads hampir setiap hari!
“Kalau tak nak guna Google Form boleh ke?”
Boleh saja.
Mana-mana tools itu tidak mengapa.
Saya gunakan Google Form kerana ianya percuma dan boleh dibuat oleh semua orang.
Kuncinya dapatkan leads.
2. TAWK
Taktik ini makin banyak digunakan.
Sistem online chat.
Kelebihan menggunakan online chat adalah pelanggan dapat meninggalkan mesej kepada syarikat.
Atau berhubung terus (live chat).
Seterusnya syarikat boleh menghubungi kembali pelanggan itu.
Lihat contoh online chat yang digunakan oleh TheLorry.
Ada banyak sistem online chat yang ada di pasaran.
Yang paling terkenal adalam Intercom.
Intercom mempunyai bayaran mengikut pakej yang dipilih.
Bagi pemilik bisnes yang baru mula, saya cadangkan Tawk.to.
Tawk.to mempunyai fungsi online chatting dan tinggalkan mesej.
Yang paling menarik, Tawk.to percuma.
Bagi mengggunakan Tawk.to, daftar di website mereka.
Kemudian install plugin Tawk dan aktifkan.
3. SUMO
Ada yang sebut taktik ini sebagai taktik Dropbox.
Ada yang panggil teknik Viral.
Ada juga yang kata teknik Sharing is Caring.
Taktik ini sebenarnya merupakan satu bentuk referral.
Apabila pengguna mendapatkan servis atau membaca artikel di website, kita minta mereka share.
Kebiasaannya pengguna tidak sanggup untuk copy link dan paste di media sosial mereka. Ini terlalu banyak kerja.
Namun mereka akan share andai kata ada satu butang share.
Poinnya mudahkan pengguna untuk menyebarkan maklumat.
Caranya adalah menerusi penggunaan plugin media sosial.
Salah satu plugin yang boleh membantu melaksanakan fungsi ini adalah Sumo.com.
Plugin Sumo ini boleh dimasukkan secara terus ke website.
Taip "Sumo" di bahagian plugin.
Klik activate.
Sumo boleh terus digunakan selepas pengaktifan akaun.
Sumo ada menawarkan pakej berbayar bagi pengguna yang mahukan lebih fungsi.
4. THRIVE ARCHITECT
Saya terima satu soalan.
Dia tanya, “Macam mana nak buat landing page yang simple dengan mudah”.
Landing page ini halaman khas yang mempunyai misi tertentu.
Contoh misi landing page: membuat jualan, mendapatkan data.
Servis mencipta landing page ini boleh tahan harganya.
Andai kata Tuan ada satu produk, boleh upah pencipta landing page buatkan.
Cara ini lebih pantas dan mudah.
Namun apa jadi andai kata ada 10 produk?
Kos upah 10 landing page boleh tahan harganya.
Jadi penyelesaian kepada cabaran ini adalah Thrive Architect.
Thrive Architect merupakan satu plugin yang mesra pengguna.
Tidak perlu tahu coding.
Hanya drag dan drop.
Saya tunjukkan dalam bentuk video betapa mudahnya Thrive Architect.
(video ini dirakam oleh Authority Hacker)
Thrive Architect bukan setakat digunakan untuk mencipta landing page.
Bahkan blog post!
Kesemua artikel terbaru di blog saya ditulis menggunakan Thrive Architect.
Plugin ini sangat memudahkan kerja.
Berbaloi mencubanya.
5. WP SUPER CACHE
Majoriti pengguna hari ini melayari website guna smartfon.
Pengguna smartfon hanya boleh bersabar 3 saat saja.
Andai kata lebih 3 saat, pengguna smartfon akan keluar dari website.
“Apa punca website perlahan?”
Dalam artikel ini saya terangkan dengan panjang lebar punca website perlahan dan cara mengatasinya.
Ada 9 cara kesemuanya.
Sekarang saya ambil satu.
Gunakan plugin WP Super Cache.
Plugin ini mempercepatkan pelawat akses konten website.
1. Pergi ke Plugins > Add New > WP Super Cache
2. Setkan kepada mod Caching On (Recommended)
Alternatif kepada plugin ini adalah WP Rocket.
“Apa bezanya?”
WP Rocket berbayar manakala WP Super Cache percuma.
WP Rocket mempunyai lebih banyak fungsi.
Andai kata ada peruntukkan, saya cadangkan langgan WP Rocket.
6. REDIRECTION
Percaya atau tidak ini merupakan salah satu di antara masalah yang paling banyak melanda website bisnes lokal.
Masalah ini biasanya timbul kerana berlaku pertukaran kuasa.
Apabila webmaster baru ambil alih website, mereka bawa idea baru.
Kesannya ada halaman-halaman terdahulu yang sudah jadi nombor satu di Google dipadamkan. Lalu audien tidak dapat masuk.
Dalam istilahnya disebut sebagai “broken link”.
Secara analoginya, ibarat kedai yang sudah berpindah alamat.
Namun tidak diwarwarkan kepada pelawat.
Bagi mengelakkan masalah ini, gunakan Google Search Console untuk melihat broken link.
1. Google Search Console > Crawl > Crawl Errors
2. Lihat Response Code. Perhatikan kod 404.
(Kod 404 memberitahu konten itu tidak wujud)
3. Log masuk ke website > Plugins > Quick Redirection
4. Masukkan link yang bermasalah tadi dan gantikan link yang baru
7. HIERARKI KONTEN
Di internet, ramai skimmers.
Skimmers ini lompat-lompat.
Mereka tidak baca satu persatu.
“Habis tu macam mana?”
Di sini peri penting teknik memegang perhatian audien.
Apabila perhatian mereka dipegang, mereka akan baca sampai habis.
Teknik ini namannya Hierarki Konten
Setiap konten dalam website disusun mengikut hierarki.
Dari atas ke bawah.
Ada banyak variasi Hierarki Konten.
Prinsip asasnya adalah setiap konten disusun dengan teliti.
Supaya audien tidak terlepas pandang.
KESIMPULAN
Sekarang sudah tiba masa aplikasi.
Pilih teknik mana satu yang mahu digunakan.
Mula buat sekarang.
Conversion merupakan elemen kritikal bagi website bisnes.
Apabila proses ini dijaga baik, kita akan melihat peningkatan pada jualan.
Boleh boleh?
p/s: Bantu saya untuk sebarkan artikel ini.
Klik butang "Share" di bawah =)
azrinros
Seingat saya dahulu siapa guna WordPress ada email untuk melanggan posting blog. Setiap kali posting baru publish secara automatik mereka yang melanggan akan menerima alert posting baru telah publish.
Dahulu ia dianggap penting setiap blog mempunyai form subscriber.
Malangnya ia kurang digunakan pada zaman sekarang berbanding dahulu kerana alert posting baru lebih mudah diketahui melalui Facebook, Twitter, Google Plus dan Twitter kerana link up dengan blog.
Ada cara lain untuk menambah Subscriber selain mendapatkan email dengan memberi free report dan sebagai?
mrhanafi dot com
banyak benda yang saya belum tahu jadi tahu bila baca artikel ini..
terima kasih tuan sifu..
soalan.
Adakah pop up box memberi kesan pada SEO sesuatu artikel ?
Belang Tarung
selain bisnes tips sebegini boleh diaplikasi juga dengan niche lain..untuk cari visitor tetap barangkali
Noriza Rahman
Banyak benda baru yang saya belajar hari ni selain yang memang dah tahu
Mohd Zainalabidin B Mohd Jamil
terima kasih tuan Wan Yusof di atas perkongsian hebat ini. Semog ALLAH membalas budi baik tuan dan selamat maju jaya
happysus sait
Cara Meningkatkan “Conversion” di Website satu lagi perkongsian yang baik terima kasih. Part ini yang saya rasa saya kurang nak faham. Terimakasih atas perkongsian Tuan Dr