Saya melihat dan memerhati contoh copywriting power iklan-iklan daripada 12 jenama terkenal di Malaysia. Dari niche fesyen, marketplace, umum, elektronik dan training.
Hasilnya saya kongsikan dalam artikel ini. Ada 6 poin penting.
Sebelum teruskan bacaan, saya terangkan istilah-istilah yang digunakan.
Definisi
Fashion Valet
Sekali imbas, Facebook Ads bukan sumber trafik utama Fashion Valet.
Hanya ada satu kempen conversion yang dijalankan.
Dan kempen ini sudah bermula sejak Februari 2020.
Kempen lain yang sedang berjalan adalah pertandingan dan kempen awareness 10 tahun Fashion Valet.
Tidak ada pattern khusus untuk copywriting dan creative.
Cuma nampak variasi dari sudut format creative iklan yang digunakan.
Ada carousel, video dan image.
Fashion Valet menggunakan emoticon di dalam copywriting mereka.
Copywriting yang digunakan adalah dalam bentuk short form.
Oxwhite
Oxwhite mempunyai banyak produk.
Kesemua kempen yang dijalankan adalah kempen conversion.
Apabila klik, kita akan dibawa ke landing page produk berkenaan.
Dari sudut copywriting, Oxwhite menggunakan satu jenis copywriting sahaja.
Mereka mendapatkan winning copywriting.
Kemudian copywriting ini dipadankan dengan beberapa jenis kreatif.
Jadi kuncinya terletak kepada kreatif!
Oxwhite juga menggunakan emoticon dalam copywriting mereka.
NAELOFAR
Iklan-iklan Naelofar ada dalam dua bahasa, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Jadi ini menunjukkan iklan-iklan ini target audien berbeza.
Berbanding Oxwhite, Naelofar mempunyai beberapa variasi copywriting.
Copywriting yang digunakan bersifat short form.
Dari sudut creative, Naelofar tidak menggunakan banyak variasi creative yang berbeza-beza untuk koleksi Dian.
Creative yang digunakan menggunakan konsep yang sama.
Kalau melihat kepada iklan-iklan yang dijalankan, boleh dikatakan untuk satu produk, hanya 2 jenis creative yang diguna pakai.
Penggunaan emoticon masih digunakan dan ianya konsisten untuk kesemua jenama fesyen yang saya lihat.
Mr DIY
Kempen yang dijalankan oleh MR DIY adalah sangat banyak.
Ada kempen awareness dan conversion.
Antara kempen awareness adalah “Like Us On Facebook”.
Kempen ini mungkin boleh dinilai balik relevan atau tidak.
Pada ketika ini iklan FB bukan lagi kepada likers, tapi kepada engagers.
Engagers bermaksud orang yang berinteraksi dengan iklan anda.
Tidak kisah sama ada dia like atau tidak page itu.
Iklan Mr DIY disesuaikan dengan creative.
Format copywriting adalah short form.
Elemen branding konsisten untuk majoriti iklan Mr DIY.
Untuk monitor iklan pada jumlah ini boleh tahan...
SENHENG
Kempen iklan dari SENHENG lebih senang diukur berbanding Mr DIY.
Kempen SENHENG bawa audien terus ke website mereka.
Dari sudut copywriting, SENHENG hanya menggunakan teknik yang simple.
Short form copywriting.
Untuk creative, SENHENG menggunakan satu konsep yang sama untuk satu kempen. Saiz disesuaikan mengikut placement iklan.
Apa yang menarik tentang iklan dari SENHENG adalah audien yang klik iklan akan dibawa ke landing page khusus.
Landing page itu penuh dengan voucher.
Dan gambar yang digunakan jelas, menarik.
Jadi jangan main-main klik, nanti terbeli pula.
Photobook
Ada beberapa kempen yang sedang djalankan serentak.
Copywriting disesuaikan mengikut kempen.
Bagi setiap kempen, Photobook menggunakan 1-2 copywriting yang sama.
Yang berbeza adalah pada creative.
Konsep tema Christmas dikekalkan.
Apabila klik iklan, kita akan dibawa ke landing page.
Landing page ambil masa untuk loading.
Jadi ini boleh mencacatkan conversion.
Lazada
Lazada mempunyai banyak sangat produk di dalamnya.
Jadi Lazada akan menggunakan teknik yang biasa digunakan oleh jenama-jenama besar.
Pertama mereka akan tentukan minggu atau bulan ini mereka mahu fokus pada kempen apa.
Kemudian dari situ, mereka akan ambil produk mengikut kempen yang diputuskan.
Lazada banyak fokus kepada creative berbanding copywriting.
Biasanya copywriting Lazada akan sama saja mengikut kempen.
Copywritingnya bersifat umum, menggunakan emoticon.
Untuk butang call to action, Lazada menggunakan Shop Now.
Lazada juga menampakkan lagi tawaran menerusi free shipping label.
Lazada juga menggunakan beberapa jenis format creative seperti image, video dan carousel.
Shopee
Shopee pun menggunakan kaedah yang lebih kurang sama dengan Lazada.
Cuma Shopee dilihat lebih konsisten menggunakan elemen branding.
Hampir kesemua creative Shopee menggunakan warna oren.
Warna oren adalah warna brand Shopee dan warna ini juga sangat menyerlah.
Copywriting yang digunakan adalah short form copywriting.
Untuk placement Instagram, Shopee akan menggunakan #hashtag yang relevan.
Sekarang mari kita lihat copywriting iklan-iklan dalam niche training pula...
SifuBads
SifuFBAds dalam proses menjenamakan semula nama brand mereka.
Dari SifuFBAds kepada SifuBads.
Pada ketika ini tidak ada product launch yang berjalan.
Jadi tidak banyak iklan yang aktif.
Kempen yang berlansung pada ketika ini adalah waiting list ke program Marketing From Zero 2.0.
Dari sudut copywriting, iklan yang digunakan bersifat education + testimonial.
Disampaikan dalam bentuk storytelling.
Untuk menguatkan cerita iklan ini, ada gambar yang berkaitan dimasukkan bersama.
Ada iklan yang fokus khusus untuk placement insta atau FB story.
Jadi ini mungkin antara satu channel yang efektif yang anda boleh cuba.
Untuk format copywriting, kita boleh nampak jelas SifuBad akan memulakan dengan headline yang CAPS LOCK. Format yang biasa digunakan adalah long form copywriting.
Hasbul Brothers
Pada ketika ini Hasbul Brothers akan melancarkan seminar terbaru mereka, Grow Your Business Extended.
Copywriting yang digunakan oleh kebanyakan iklan Hasbul Brothers bersifat long form copywriting.
Copywriting Hasbul Brothers juga bersifat education based marketing.
Kemudian mereka padankan copywriting ini dengan kepelbagaian creative.
Apa yang menarik tentang iklan-iklan Hasbul Brothers adalah mereka mengekalkan elemen branding mereka.
Maksudnya, apabila kita lihat iklan-iklan ‘style’ begini, kita akan terus dapat tangkap yang iklan ini dari Hasbul Brothers.
Sama seperti yang saya sebutkan di iklan Shopee tadi.
Hasbul Brothers juga melancarkan banyak iklan berbentuk testimoni.
Testimoni diadun dalam bentuk storytelling.
Mohd Asri
Tuan Haji Mohd Asri adalah guru saham tersohor di Malaysia.
Pada ketika ini hanya 3 iklan yang aktif.
2 iklan yang dijalankan membawa audien ke landing page.
Dari sudut copywriting, format yang digunakan adalah short form.
Format ini berbeza berbanding SifuBad dan Hasbul Brothers.
Untuk ketiga-tiga niche training yang saya lihat, kesemuanya konsisten menggunakan pendekatan education based marketing.
Mereka berikan value terlebih dahulu.
Serantau Muslim
Ini merupakan NGO yang sangat aktif menggunakan platform media sosial untuk mendapatkan sumbangan.
Ada banyak iklan yang dijalankan serentak.
Secara keseluruhannya, iklan dari Serantau Muslim menggunakan short form copywriting.
Butang call to action jelas "Donate Now".
Copywriting Serantau adalah berbentuk emosi.
Elemen branding juga konsisten untuk iklan-iklan yang dijalankan.
Selain daripada iklan sumbangan, ada juga iklan education based content.
Iklan-iklan ini menggunakan video.
Kemungkinan besar iklan-iklan ini adalah untuk cold audience ataupun top of the funnel.
Penonton video-video ini akan melihat iklan retargeting sumbangan.
Hasil Pemerhatian
Apa yang anda dapat tangkap daripada contoh copywriting dan iklan-iklan ini?
Ada poin-poin menarik?
Ini adalah hasil penelitian terhadap copywriting dan iklan-iklan jenama di atas...
- 1Apabila buat iklan, cari satu format atau template copywriting yang berjaya secepat yang boleh. Format dan template ini digunakan berterusan sehinggalah hasilnya sudah menurun.
- 2Hasilkan banyak creative. Cuba eksperimen dengan pelbagai jenis format dan bentuk creative seperti video, carousel, gif, image dan macam-macam lagi.
- 3Masukkan elemen branding secara konsisten dalam iklan anda supaya audien ingat jenama anda.
- 4Bagi E-Commerce yang banyak produk, pilih kategori atau produk yang ingin dijadikan iklan. Fokus kepada produk-produk ini terlebih dahulu. Iklan produk-produk anda mengikut tema kempen yang ditetapkan.
- 5Bagi iklan training atau seminar, gunakan format Education Based Marketing (EBM). Selitkan unsur mendidik. Gabung jalin menggunakan testimonial dan sampaikan dalam bentuk storytelling.
- 6Bina landing page yang khusus. Landing page ini mestilah relevan dengan iklan yang dibuat.
DON'T MISS OUT: Saya ada kongsi Koleksi Copywriting Formula. Dalamnya ada formula-formula headline untuk anda guna dalam beriklan. Klik sini untuk open new tab dan baca.
Imran Berjayaweb
Mantap tuan. terima kasih.
qisya
ada buat upah copy writing tak?saya ada poster cumanya takda idea nak buat copywriting.. Boleh wasap saya 0173212404