Dalam artikel ini saya akan dedahkan 8 Teknik Tulis Artikel Bagi Meningkatkan Masa Pembaca di Website.
Supaya mereka tidak lari keluar.
Malah mereka ulang baca dan ulang tiba.
Kesemua teknik sudah saya cuba.
Berkesan dan menjadi.
Teknik tulis artikel ini tidak memerlukan sebarang tools yang pelik dan ajaib.
Sekarang saya perturunkan kepada anda.
Kita mulakan sekarang.
Teknik Website Kurus
Mari kita buat eksperimen.
Selepas eksperimen ini anda akan terus faham apa maksudnya.
Baca ayat 1 dan ayat 2.
Ayat 1:
Hari ini hari Ahad
Ayat 2:
Menurut akhbar, hari ini merupakan hari yang pertama dalam minggu ini, iaitu hari Ahad.
Manakah yang lebih mudah dibaca?
A atau B.
"A"
Yesza.
Apabila kita membaca, kita baca dari kiri ke kanan.
Mata kita bergerak dari kiri ke kanan. Satu persatu.
Apabila ayat pendek seperti dalam contoh A, mata kita suka.
Senang membaca, tidak penat.
Berbeza apabila contoh B ditunjukkan. Mata kita bekerja keras.
Dan dalam contoh B, saya hanya tunjukkan satu ayat pendek.
Bagaimana dengan ayat di bawah ini?
Link memunyai gred yang tersendiri. Kualiti link ditentukan oleh Autoriti dan Kredibiliti. Link yang berkualiti dikira sebagai buah mulut yang positif. Sebagai contoh, jika artikel anda dikeluarkan oleh Berita Harian, maka link itu dikira berkualiti kerana website Berita Harian adalah website yang berautoriti dan berkredibiliti dalam industri penulisan.
Jadi jika website anda mendapat ‘referral link’ dari Berita Harian, ranking website anda akan naik. Tetapi jika link itu datang dari website NtahApaApaNtah, link itu dikira lemah dan tidak berkualiti jadi kesannya tidak seberapa. Lebih malang lagi jika link anda datang daripada website spam, maka anda ada potensi untuk dikenakan penalti.
"Berapa ramai yang baca contoh di atas?"
Tak laratkan.
Jadi teknik pertama, kuruskan lebar website
Kelebaran optimum adalah 400-700 pixels.
Lihat website Neil Patel. Lebarnya adalah 700 pixels.
Dan ini pula website Appsumo.
Lebar websitenya hanya 570 pixels.
Bagaimana Nak Kuruskan Website?
Proses ini berbeza mengikut theme yang digunakan.
Jadi saya tak dapat nak tunjuk langkah demi langkah.
Cuma andai tak dapat kuruskan lebar website, jangan bimbang.
Guna trik kedua.
Teknik Bukit Bukau
Sekarang kita akan lakukan sedikit aktiviti.
Lihat teks C dan D.
Baca C dahulu.
Seterusnya baca teks ini.
Sudah?
Sekarang, bayangkan begini.
Letakkan noktah pada awal ayat dan setiap hujung ayat.
Kemudian bina satu garisan yang menyambungkan noktah itu.
Sekarang ulang buat untuk teks D.
Anda akan dapati di teks C, satu bangunan terbentuk.
Manakala di teks D, ada bukit bukau.
Apa kesannya?
Apabila audien baca teks C, lama kelamaan mata audien penat.
Ttulisan jenis teks C cenderung jadi panjang. Meleret-leret.
Dan membosankan.
"Kenapa bosan?"
Sebab susunannya sama.
Apabila sesuatu itu sama saja, manusia cepat bosan.
Berbeza di teks D.
Hujungnya berbeza-beza noktah.
Lalu pattern-nya juga berubah-rubah.
Secara diam-diam, audien jadi seronok membaca artikel.
"Erm...ada satu perkara saya nak beritahu"
Anda sudah baca sampai ke sini.
Tahniah.
Artikel ini ditulis menggunakan Teknik Bukit Bukau.
Menarik?
Lagi menarik teknik seterusnya.
Gabungkan teknik Bukit Bukau dengan teknik ketiga.
Teknik SLS
Apakah beza paparan website di smartfon berbanding laptop?
"Saiz skrin"
Saiz skrin smartfon biasanya dalam 4 hingga 5 inci lebar.
Tidak besar.
Ditambah lagi dengan pancaran biru.
Pancaran biru ini secara senyap-senyap buatkan mata manusia sakit.
Jadi makin banyak teks dalam satu paparan,
Makin perit mata menahan.
Bagi mengatasi masalah ini, wujudkan ruang antara baris.
Begini nampak lapang.
Senang memandang.
Teknik ini dipanggil Teknik SLS.
Teknik Single Line Spacing.
Lihat contoh dari DigitalMarketer.
Ada ruang (line spacing) antara perenggan dengan perenggan.
Bagaimana Nak Buat Teknik SLS
Buka wordpress macam biasa.
Klik New Post.
Masukkan konten artikel seperti biasa.
Pada perenggan yang ingin dijarakkan tekan enter pada keyboard.
Siap.
Bagi sesetengah theme, developer ada menyediakan fungsi ini pada ruang menu.
Jadi boleh juga gunakan fungsi yang telah disediakan.
Sekarang kita ke teknik keempat.
Sebelum itu saya terangkan sedikit.
Majoriti pembaca blog bermula sebagai scanners.
Mereka scan (lompat) dahulu ke hujung artikel.
Kemudian mereka buat keputusan.
Nak baca atau tidak baca.
Bagaimana nak tukar scanners kepada readers?
Teknik Re-Engage
Cerita, Filem sangat digemari orang.
Terutamanya action-packed movie.
Apa beza action-packed movie berbanding dengan movie biasa?
Action-packed movie menampilkan aksi-aksi menarik dan luar biasa.
Mereka menonjolkan aksi-aksi dengan menukar angle kamera.
Ini dalam cerita.
Boleh tukar-tukar angle kamera.
Bagaimana nak tukar angle menerusi artikel?
1. Subheadline
Cipta subheadline.
Subheadline biasanya bersaiz besar dan warnanya terang berbanding tulisan konten.
Subheadline akan terus menangkap perhatian audien.
Jadi mereka akan berhenti seketika.
Untuk baca dan lihat apa yang tersedia.
Sebagai contoh, artikel dari ViperChill biasanya sangat terperinci.
Sehingga boleh cecah 30 minit untuk habiskan satu artikel.
Bagi mengekalkan perhatian pembaca, artikelnya dipecahkan kepada subheadline.
2. Divider
Apabila divider digunakan, ianya memberi isyarat, konten di bawah adalah konten baharu.
Apabila konten baharu, audien mahu tahu.
Perhatikan ini.
Artikel di blog Brian Dean biasanya mengandungi 4000 patah perkataan.
Sangat panjang!
Jadi bagi mengekalkan mata pembaca, Brian Dean menggunakan divider.
Divider boleh dilakukan menerusi ikon, warna, teks atau kombinasi antara beberapa elemen.
3. Gambar
Kajian dari Nielsen Norman Group mengatakan mata audien hampir 100% akan melekat pada gambar. Terutamanya apabila gambar itu relevan dan kena dengan mesej.
Gambar semacam gam.
Menangkap perhatian.
Menurut Blog Pros, gambar yang paling diminati pembaca adalah gambar lukisan tangan (hand-drawn).
Ini adalah contoh hand-drawn image yang dihasilkan oleh Shane Melaugh, pengasas Thrive Themes dalam blog beliau (ActiveGrowth).
4. Content Upgrade
Saya ada menulis satu artikel khas yang menerangkan 13 Jenis Content Upgrade dan bagaimana menciptanya.
Content Upgrade fungsinya lebih kepada mendapatkan data.
Namun ianya juga boleh digunakan untuk re-engage audien.
Ini adalah conton Content Upgrade yang saya aplikasikan dalam artikel 13 Teknik Mudah On-Page SEO.
Alternatif kepada Teknik Re-Engage adalah Teknik Listikel.
Teknik ini merupakan teknik yang digunakan Wikipedia.
Teknik Listikel
Sekarang mari kita ulang ingat apa teknik-teknik yang sudah anda dapat.
Apa itu Teknik Listikel?
Teknik ini menggunakan bullet list bagi memudahkan mata menangkap poin-poin.
Malah list memberi isyarat seolah-olah ini poin penting.
Apabila pengguna skroll ke bawah dan mereka jumpa list,
Pengguna cenderung untuk berhenti seketika.
Mereka mahu lihat list apa.
Bagaimana Mahu Buat List?
Ada dua cara.
Cara pertama masukkan konten ke dalam ruang editor.
Highlightkan bahagian yang ingin dijadikan list.
Kemudian klik ikon bulleted list.
Cara kedua pula spesifik kepada theme yang digunakan.
Sebagai contoh, Thrive Themes menyediakan setting khas bagi mencipta list seperti yang anda lihat di atas tadi.
List sangat digemari oleh scanners.
Ada perasaan 'jimat masa' apabila membaca list berbanding membaca artikel teknik bangunan.
Jadi teknik listikel akan menyebabkan scanners bertukar jadi readers.
Kita sudah hampir ke penghujung.
Teknik seterusnya adalah Teknik T_____________.
Teknik Typhography
Ini adalah satu daripada 7 perkara kecil yang pemilik website sering terlepas pandang.
Font beri kesan kepada audien.
Kesilapan memilih font yang salah menyebabkan audien lari keluar.
Font ada dua jenis yang utama:
Menurut kajian, font jenis serif lebih senang dibaca dalam media bercetak.
Manakala font jenis sans-serif lebih mesra digital.
Jadi gunakan font jenis sans-serif.
Bagaimana Mahu Tukar Font?
Di wordpress, pergi menu Appearance dan klik Theme.
Kemudian klik Customize.
Cari tab Font.
Dan pilih font yang mahu digunakan.
Bagi memilih font, saya cadangkan guna fontpair.co.
Website ini memberikan cadangan kombinasi font yang sesuai.
Seterusnya saiz font.
Ini sangat kritikal.
Kerana majoriti pengguna hari ini membaca menerusi smartfon.
Saiz font yang terlalu kecil menyebabkan mereka sakit mata.
Lalu mereka keluar.
Saiz optimum yang dicadangkan adalah 16 px hingga 20 px.
Saiz font ini boleh diubah menggunakan kaedah yang sama seperti mahu menukar jenis font.
Baik.
Saya sudah dedahkan 6 teknik menulis artikel.
Supaya pembaca akan baca sampai habis.
Sekarang saya persembahkan satu lagi teknik yang mencipta revolusi kepada website ini.
Apabila saya menggunakan teknik ini, jumlah shares artikel meningkat berganda-ganda.
Perkenalkan...
Teknik Perbualan
"Perbualan?"
"Maksudnya?"
Ya. Perbualan. Dialog. Percakapan.
Teknik ini tidak ada sembunyi apa-apa.
Saya menulis dengan membayangkan anda ada di hadapan.
Jadi gaya penulisan yang digunakan adalah gaya percakapan.
Bagaimana anda bercakap,
begitulah anda menulis ayat.
Straight forward.
Apabila kita menulis dalam bahasa bercakap, pembaca rasa sangat dekat.
Mereka rasa macam kita berada di sisi.
Teknik Perbualan ini biarpun nampak biasa, kesannya luar biasa.
Terutama apabila digabung dengan teknik terakhir.
Teknik Inkuiri Penemuan
Teknik ini Cikgu Sejarah Tingkatan 3 yang ajar.
Punca perkembangan zaman renaissance.
Cikgu beritahu, “Zaman Renaissance merupakan zaman kebangkitan bangsa Eropah. Pada zaman ini manusia mempunyai rasa ingin tahu yang luar biasa”.
Apabila tercetus rasa ingin tahu,
Mereka terdorong untuk klik.
Mereka terdorong untuk baca.
Rasa ingin tahu ini boleh dicetuskan menerusi:
1. Headline atau Subheadline
Perhatikan subheadline dari blog Backlinko.
Setiap subheadline-nya mendorong pembaca untuk baca.
Kita mahu tahu apa yang dia tulis.
2. Bucket Brigade
Pernah tengok cerita bersiri?
Apa yang berlaku dihujungnya?
Ada perkataan "bersambung..."
Secara psikologi, penonton ternanti-nanti episod seterusnya.
Jadi kita boleh guna teknik yang sama.
Bahagikan artikel kepada beberapa siri.
Atau gunakan bucket brigade.
Bucket brigade adalah perkataan mendorong.
Perkataan ini semacam memberikan pembayang apa yang ingin diceritakan seterusnya.
Lalu pembaca nak baca lagi, nak baca lagi dan nak baca lagi.
Sepanjang artikel ini saya banyak menggunakan bucket brigades. Antaranya:
Kesimpulan
Ada satu soalan cepu mas.
Mengapa penting sangat pembaca baca sampai habis?
Apabila pembaca baca artikel sampai habis, kesannya pada tiga perkara:
Ketiga-tiga perkara ini adalah indikator website kita disukai pengguna atau tidak.
Apabila website disukai pengguna, ranking website akan mula meningkat naik.
Kajian dari Backlinko mengesahkan teori ini.
Kesimpulannya, pilih teknik mana yang mahu dicuba.
Mula aplikasikan dan lihat sama ada menjadi atau tidak.
SOALAN: Apa Teknik Yang Anda Mahu Cuba Dulu (komen dibawah)?
p/s: Apa pendapat anda tentang artikel ini? Berbaloi dibaca? Bantu saya untuk sebarkan artikel ini. Share dengan kawan-kawan ya.
azrinros
Ada beberapa teknik yang saya baru ketahui boleh dicuba. Terima kasih Dr. 🙂
mrhanafi
banyak juga teknik yang diajar telah saya cuba..
memang best sangat.
Nazifa Mazni
Saya baca sampai habis dan kepeningan.
Ilmu tuan banyak untuk dihadam 🙂
Wan Yusof Wan Jeffery
Hehe. Cuba buat dan praktis. Lihat keberkesanannya =)
anazarin
Info yang menarik.terima kasih atas perkongsian.
Wan Yusof Wan Jeffery
Sama-sama =)
ahmad riezal
Terbaik ni tuan, boleh apply semua ni, sebelum ini guna kaedah single line spacing saja.
Wan Yusof Wan Jeffery
Tuan boleh cuba satu persatu dan lihat kesannya.
Kebiasaannya kombinasi antara teknik-teknik ini yang menjadi.
Cuma kombinasi mana satu?
Kena cuba dahulu.
mrhanafi
Saya baca sampai habis dan didapati saya akan gunakan teknik kuruskan website dan bukit bukau
Wan Yusof Wan Jeffery
Yesza. Nanti Tuan Hanafi berikan laporan ya =)
mrhanafi
in shaa Allah.
Ada masa yang terluang akan saya update dalam artikel blog ..
semoga ianya membantu ramai orang
Fahmi Raazali
Alhamdulillah. Ada beberapa teknik saya sudah amalkan.
Ada juga belajar tips baru.
Wan Yusof Wan Jeffery
Cool. Terima kasih datang melawat.
Rahimah
Sangat-sangat menarik. Saya nak cuba teknik bukit bukau tu dulu. Blog pun lama tak update ni.
Wan Yusof Wan Jeffery
Nanti saya pergi melawat blog Cikpuan Rahimah.
Belang Tarung
bentuk perenggan pun menjadi penyebab juga..menarik..paling risau bila taip panjang2 masih ada bounce rate..kena betulkan gunakan apa yg tuan terangkan mungkin masalah selesai
Wan Yusof Wan Jeffery
Pasangkan sumo.com dan gunakan Content Analytics. Nanti kita akan dapat laporan.
mrhanafi
oh..ya.
sumo.com .
masih terlalu baru juga untuk saya tu..
cikpinz
Memamng menarik terutamanya yang fobia nak tulis panjang-panjang. Kena praktikkan ilmu ini untuk mantapkan blog.
Wan Yusof Wan Jeffery
Betul.
Junaidy Jaimi
Saya sendiri baca banyak kali dan cuba kaitan perkongsian dari Dr.Wan, mengapa saya boleh habis baca sampai perenggan ayat terkahir…rasanya saya kena bookmark blog Dr.Wan…terima kasih sudi kongsikan tips-tips premium kepada kami..
Wan Yusof Wan Jeffery
Sama-sama. Jemput datang lagi ya =)
mrhanafi
perkongsian info yang cukup hebat dan menarik..
saya baca berulangkali pun tak kisah supaya boleh faham kaw-kaw..
dah faham senang la nak amal
terima kasih Dr Wan Yusof
Faris Osman
Serius berbaloi baca. Insyaallah, saya akan praktikkan dalam penulisan blog mazhab copywriting ???
Wan Yusof Wan Jeffery
Terima kasih banyak Tuan Faris Osman. Sudi melawat ke teratak ini =)
Azwan
Dalam banyak – banyak artikel yang saya baca minggu ini,
Artikel ini yang paling berguna dan boleh terus praktikkan.
Terima Kasih sebab bagi ilmu free.
Wan Yusof Wan Jeffery
Alhamdulillah. Gembira saya mendengarnya. Makin bersemangat untuk menulis =)
Sani
Saya belajar beberapa teknik baru hari ini . Insyallah akan di appikasikan terus. Terima kasih ya 🙂
Wan Yusof Wan Jeffery
Sama-sama. Nanti kongsikan hasilnya ya.
farah
tq.. its very useful
SA Insyirah
Saya suka theme dan cara tuan tulis artikel ni ada bold, italic dll. Semua elemen digunakan sebaiknya
Cara Headline dipresent pun lain – text dalam kotak.
Menarik!
Bdw terima kasih untuk content yang sangat bantu untuk perbaiki struktur blog saya.
Ada sebahagian yang saya dah buat
Azhani Azhar
Perkongsian yang sangat menarik dari tuan..
Dan teknik-teknik yang tuan kongsikan semua applicable..
Tertarik dengan teknik bukit bukau..
Jadi yang itu yang pertama saya cuba..
Sangat teruja nak mencuba teknik-teknik lain yang tuan konsikan..
Terima kasih..
Maya hayat
Subhanallah, banyak inputnya dari tuan.
Baru saya faham.
Sebelum ini guna teknik caca merba.
Guru saya pernah pesan “ilmu perlu dikongsi, dan tuan berkongsi dengan sangat baik”.
Selepas ini kena set tulisan san seriff.
Saya tumpang tinggal jejak, tapi kalau tuan melawat blog saya, jangan digelakkan.
Lagi satu tuan seorang penulis teknikal yang bagus.
Ohh… Lupa, ini blog saya
http://www.mayalacottage.wordpress.com
Tuan rasa adakah saya patut upgrade .com sahaja.
Saya tertinggal lagi satu perkara yang saya perlu bagitahu tuan.
Kalau tuan perasan saya sedang cuba aplikasikan teknik yang tuan ajar.
Agak-agak betul ke cara saya aplikasikan teknik tuan.
Terima kasih tuan, semoga Allah rahmati tuan.
Laila Raihana
SLS, re-angage, teknik perbualan dan inkuiri penemuan.
Izza Shuhaimi
Teknik perbualan tu sangat betul tuan.
Selepas pelbagai blog yang saya research penulisan begitu Sgt mudah pembaca fahami dan hayati.
Saya akan praktikkan semua ilmu diatas.
Terima kasih atas ilmu bernilai ini tuan.
Wan Ahmad Fadhil
Terima kasih Dr Wan Yusof atas perkongsian. Banyak lagi yang boleh diperbaiki selepas ini.
www,cuckoonano.com
kerjaya2u
terima kasih, banyak info yang saya dapat kt sini..
saya perlu tukar jenis font kt blog jgk ni
Rek Blogging
ilmu saya bertambah dapat teknik baru dari artikel ni. terima kasih.
Ema
Selama ini mesti nak justify.. Rupanya satu kerugian.. Thanks for sharing.
Rosmi Zamzuri
Sungguh berguna untuk blog dan juga menulis ebook
Terima kasih Tuan Dr
happysus sait
Saya suka Teknik Listikel untuk menangkap pembaca scanner, yang guna cada scan bila membaca dengan cepat. Mereka ini menggunakan speed reading. Membaca tanpa menyebut dimulut mahu pun dalam hati tetapi terus digambarkan di otak.
Tun Mahadhir dikatakan menggunakan cara speed reading ini.
RankBrain adalah senjata Google untuk mengalahkan spammer dan Black Hat SEO. Nampaknya Google telah berjaya menjinakkan para black hat ini. Banyak nama besar SEO dulu adalah Black Hat atau mereka kata Grey Hat. Antaranya adalah Alex Becker yang terkenal dengan blog PBN-private blog network.
Ramai follower beliau dah habiskan beribu dolar menggunakan teknik ini dan tiba-tiba Google masukkan Grey hat teknik ini ke dalam senarai Black hat.
Ramai menangis tidak berbunyi. Saya dah tidak follow lagi Alex Backer ni walaupun Alex Backer ni, selalu bergaya dengan Ferrari kuning.
sofar ahmad
alhamdulillah . info yang sangat bermanfaat
James
Hi tuan,
Nak tanyer…bole ker kita cuber semua teknik dlm satu artikel? Dan juga, berapa panjang seharusnyer sesebuah artikel yg ideal?
TQ
Wan Yusof Wan Jeffery
boleh je. lagi panjang lagi bagus.
Amin Idris
First time baca benda begini. Memang idea yang bagus untuk di implementasi. Terima kasih tuan
Amazenesia
Tulisannya sangat keren dan bermanfaat sekali
Trialtechno
Sangat bermanfaat bagi blogger pemula seperti saya