Macam mana nak spend besar? Kenapa bila anda naikkan bajet iklan, tiba-tiba iklan terus ke laut. ROAS menurun.
Kali ini saya nak kongsi tentang SCALING.
SCALING ertinya menggandakan.
Ada scaling down. Ganda kecil atau semakin kecil.
Ada scaling up. Ganda besar.
Kita mulakan dengan perkara fundamental dahulu.
Sebelum anda mulakan proses scaling, anda mesti dapatkan:
1.Winning ad
2.Winning audience
Anda sudah boleh mulakan proses scaling kalau dapat salah satu.
Kalau dapat kedua-duanya, itu yang terbaik.
Scaling ada dua jenis iaitu vertical scaling dan horizontal scaling.
Vertical Scaling
Ini paling senang.
Anda hanya naikkan bajet.
Berapa nak naikkan bajet?
FB sarankan untuk naikkan tidak lebih dari 20%.
Kalau anda naikkan bajet lebih 20% dalam masa sehari,
FB akan reset balik iklan itu kepada learning phase.
Contohnya begini.
Anda mulakan bajet iklan pada kadar RM100 sehari.
Iklan memberikan respon positif.
Esoknya anda naikkan maksimum 20% sahaja.
Jadi RM120 sehari.
Sekiranya anda naikkan kepada RM150 sehari,
anda sudah lebih 20%.
Iklan anda akan masuk learning phase kembali.
FB akan cari audience baru kerana anda seolah-olah beri signal iklan itu tidak kena dengan audience asal yang FB beri.
“Kalau begitu lambatlah saya nak scale up…terhad 20% sehari saja”
Ya.
Tapi ada beberapa pengecualian.
Pengecualian ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Bukan daripada FB.
Jadi test at your own risk.
Situasi 1 : Audience Statik
Kalau anda iklankan kepada audience yang saiznya tidak akan berubah sangat,
anda boleh langgar peraturan 20% ini.
Anda bayangkan audience anda berada dalam sebuah kolam.
Apabila anda naikkan bajet iklan lebih 20%,
anda tetap akan tembak audience anda.
Sebab kesemua audience anda berada dalam kolam yang sama.
Antara kolam yang anda boleh gunakan:
1. Video Viewers
2. Engagers
3. Website Visitors
4. Likers
Situasi 2 : Tawaran Anda Super Dahsyat
Kalau tawaran yang anda berikan memang tak boleh ditolak,
maka anda juga boleh langgar peraturan ini.
Katakanlah saya buat promosi iPhone 14.
Harganya hanya RM299.
Saya mula dengan bajet RM30 sehari.
Respon luar biasa.
Maka disebabkan saya sudah yakin dengan tawaran ini,
esoknya saya terus naikkan bajet kepada RM1000 sehari.
Sekarang kita tengok horizontal scaling.
Horizontal Scaling
Dalam vertical scaling, anda ubah bajet.
Anda akan naikkan bajet untuk dapat lebih ramai audience.
Untuk horizontal scaling, anda tambah audience.
Bajet mungkin sama.
Sebagai contoh…
Untuk permulaan saya buat 5 ad set dalam 1 kempen.
Setiap ad set ini berbeza interest.
Ad set 1 = interest Cooking
Ad set 2 = interest Education
Ad set 3 = interest Parenting
Ad set 4 = interest Diapers
Ad set 5 = interest Toys
Selepas iklan ini berjalan saya dapati interest Education dan Toys mendapat respon positif.
Saya pun buat hipotesis, audience yang ada ciri-ciri ini ada potensi.
Maka saya akan buat ad set baru menggunakan iklan yang sama,
tapi interest berbeza.
Contohnya…
Ad set 6 = interest Disney
Ad set 7 = interest Pixar
“Berapa interest kena buat?”
Bergantung kepada anda.
Tak ada jumlah yang spesifik.
“Kalau saya buat vertical scaling, adakah tak boleh buat horizontal scaling?”
Dalam realiti, anda akan gunakan kedua-duanya.
Bergantung kepada keadaan.
Dan guru yang anda ikuti.
Kunci asasnya tetap sama,
dapatkan winning ads atau winning audience terlebih dahulu.
Selagi mana anda tak jumpa salah satu ini,
anda tak boleh scale up.
“Macam mana Tuan punya strategi?”
Ini saya cerita di bawah.
Sekarang saya terangkan pasal SCALING DOWN dahulu.
Scaling Down
Apabila iklan anda sudah berjalan untuk satu tempoh masa,
dan tiba-tiba prestasi iklan itu menurun, apa yang anda lakukan?
Kebiasaannya ramai orang akan terus hentikan iklan itu.
Buat iklan baru.
Saya cadangkan untuk anda TIDAK terus hentikan iklan.
Sebaliknya turunkan bajet melebihi 20%
Kenapa pula?
Sebelum itu, sekali lagi saya nyatakan,
ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan tim sendiri.
Sekarang ini, data iklan dari Apple datang lambat.
Data ini ambil masa paling kurang 3 hari untuk dihantar kepada FB.
Akibatnya proses buat keputusan sama ada iklan itu menjadi atau tidak boleh jadi tidak tepat KALAU anda hanya bergantung kepada laporan dari FB semata-mata.
Paling senang, anda gunakan blended ROAS.
Blended ROAS = Jumlah jualan keseluruhan di website / jumlah iklan
Kembali kepada topik asal.
Apabila anda turunkan bajet melebihi 20%,
anda sedang beritahu FB audience itu sudah tidak menjadi.
Maka FB akan carikan audience baru.
Anda tidak tukar iklan kerana iklan itu sudah terbukti menjadi.
(berdasarkan hasil hari sebelum itu)
Dapat? Faham?
Selepas anda turunkan bajet dan masih tidak ada perubahan,
maka anda boleh tutup iklan tadi.
Sekarang saya nak terangkan strategi yang saya gunakan sekarang.
The Rocket Method
Nama strategi ini The Rocket Method.
Dalam strategi ini, saya akan dapatkan winning ads terlebih dahulu.
Saya akan cuba beberapa copywriting dan creative.
Bajet untuk fasa ini adalah RM30-RM50 per ad set per hari.
Yang mana menghasilkan purchase lebih 10 dalam masa 3 hari,
maka saya kira itu sebagai winning ad.
Selepas itu saya akan buat satu kempen baru.
Dalam kempen ini hanya ada satu ad set.
Dan dalam ad set ini ada winning ad tadi.
Bezanya…
Bajet untuk ad set ini adalah antara RM1000-RM5000 sehari.
Bajet iklan ini besar.
Sebab itu saya panggil The Rocket Method.
Apabila anda letakkan bajet besar,
maka anda mesti monitor blended ROAS.
Pastikan blended ROAS mengikut KPI yang anda tetapkan.
Strategi Anda
Macam mana anda buat scaling?
Boleh kongsi di ruangan komen?
Kalau anda belum biasa dengan scaling,
tak payah buat lagi The Rocket Method.
Risikonya boleh tahan tinggi.
Rewardnya pun boleh tahan juga.
Untuk permulaan, fokus pada cari winning ads atau winning audience dulu.
Selepas itu pilih nak scale up vertical atau horizontal atau kedua-duanya.
Apabila sudah biasa, anda boleh meroket!
Leave a Reply