Salah satu punca jualan perlahan adalah kerana masalah iklan fb tak menjadi. Iklan tidak dapat mendapat klik. Maka trafik berkurang. Apabila trafik berkurang, biasanya jualan juga akan menurun.
Dalam artikel sebelum ini, saya sudah terangkan bagaimana mahu kenal pasti punca masalah. Adakah masalah iklan atau masalah lain.
Sekarang setelah anda kenal pasti punca masalah adalah pada iklan, bagaimana mahu baiki masalah iklan ini?
Dalam istilah Facebook, satu iklan itu disebut sebagai One Ad Unit.
Ad unit mempunyai 2 komponen utama:
1. Copywriting
2. Creative
Copywriting adalah ayat jualan.
Manakala creative pula merujuk kepada gambar atau video yang digunakan.
Cara Baiki Masalah Iklan
Ada pengiklan FB main buat saja iklan.
Bila iklan tak menjadi, dia buat iklan baru.
Tak jadi lagi?
Buat lagi.
Sampailah dia jumpa iklan yang berjaya.
Cara ini tidak salah. Cuma membazir duit.
Anda berkemungkinan akan meleburkan banyak duit di FB sebelum bertemu iklan yang berjaya.
Untuk mengelakkan pembaziran yang tidak perlu, anda perlu jawab soalan ini sebelum publish iklan.
POWER QUESTION
Apakah yang anda ingin test dalam iklan ini?
Copywriting atau Creative?
Nak Test Copy vs Creative
Anda boleh rujuk artikel Contoh Copywriting Power.
Dalam artikel ini saya cuba lihat iklan dari big players dan bagaimana mereka beriklan.
Kalau anda tengok jenama-jenama besar atau e-commerce yang ada banyak produk, mereka utamakan test creative.
Copywriting biasanya sama saja dan sangat simple.
Kaedah ini saya lihat lebih mudah untuk dihasilkan dan senang untuk bertahan di bilamana anda scale up.
Manakala bagi anda yang hanya memiliki 1-2 produk, anda boleh memilih cara yang berbeza.
Anda boleh utamakan test copywriting dahulu.
Secara logiknya, kaedah test copywriting lebih mudah dilakukan kepada mereka yang ada sedikit produk berbanding mereka yang ada 1000 produk.
Bayangkan…
Nak test copywriting untuk 1000 produk…berapa lama ambil masa, tenaga dan wang untuk dapatkan copywriting yang winning.
Pun begitu, jika anda tanya saya mana satu nak uji dulu?
Jawapan saya adalah bergantung kepada kapasiti dan keupayaan tim anda.
Kedua-duanya (copy & creative) sudah terbukti memberikan impak.
Macam Mana Proses Testing Dibuat
Sebelum publish iklan, tentukan apakah yang anda ingin test:
1. Copywriting
2. Creative
Apabila anda ingin test copywriting, langkah-langkahnya adalah:
SOP TESTING COPYWRITING
- 1Buat 1 kempen
- 2Dalam kempen itu ada 1 ad set
- 3Dalam ad set itu ada 3 - 5 iklan
- 4Setiap iklan itu BERBEZA copywriting
- 5Setiap iklan itu SAMA creative yang digunakan
- 6Bajet iklan RM30-RM50
Bajet iklan sebetulnya bergantung kepada bajet yang anda ada.
Pun begitu, saya cadangkan peruntukkan RM10 untuk setiap iklan.
Jadi kalau anda gunakan 5 iklan, 5 x RM10 = RM50.
Cuma anda kena ingat, tidak semestinya FB akan mengagihkan RM50 secara sama rata kepada setiap iklan itu.
Untuk menguji creative pula, anda hanya perlu ubah langkah 4 dan 5 saja:
SOP TESTING CREATIVE
- 1Buat 1 kempen
- 2Dalam kempen itu ada 1 ad set
- 3Dalam ad set itu ada 3 - 5 iklan
- 4Setiap iklan itu BERBEZA creative
- 5Setiap iklan itu SAMA copywriting yang digunakan
- 6Bajet iklan RM30-RM50
Saya tunjukkan contoh…
Dalam ad set ini, ada empat iklan.
Keempat-empat iklan ini mempunyai copywriting yang sama.
TAPI creative berbeza.
Saya gunakan kod CR+nombor untuk membezakan creative yang berbeza.
Selepas kesemua iklan ini berjalan, lihat prestasi setiap iklan.
Lihat data CTR dan Purchase.
Iklan yang mendapat CTR tinggi memberikan hint iklan itu disukai oleh audience.
Mungkin anda tertanya-tanya, adakah mungkin CTR rendah tapi purchase berlaku?
Ya. Boleh berlaku dan akan berlaku.
Kalau begitu, saya utamakan purchase.
Iklan yang mendapat purchase akan diteruskan.
Speedy Testing System (Untuk Mereka Yang Sudah Biasa Beriklan)
Kalau anda masih baru dan belum biasa dengan iklan FB, saya cadangkan anda ikut cara di atas terlebih dahulu.
1 kempen >> 1 ad set >> 3-5 ads
Untuk mereka yang sudah biasa dengan iklan FB, anda boleh percepatkan proses ini dengan menggunakan 5 ad sets.
1 kempen >> 5 ad sets >> 3-5 ads untuk setiap ad set
(iklan adalah sama bagi kesemua ad sets tadi)
Kaedah ini akan menguji 2 perkara serentak.
Pertama, kaedah ini menguji iklan.
Kedua, kaedah ini juga menguji audience.
Jadi kaedah ini melakukan 2 jenis testing serentak.
Dari satu aspek cara ini nampak macam bagus tapi…
Kaedah ini berpotensi membakar duit anda dengan cepat.
Terutamanya kalau anda tidak menggunakan winning audience.
Keadah ini juga bahaya sebab ianya cuba menguji 2 perkara dalam satu masa.
Ini bukanlah best practice.
Ibarat nak tembak dua tempat berbeza dengan peluru yang sama.Nanti anda boleh pening ketika membuat analisa.
Sebab itu saya tidak cadangkan kaedah ini untuk mereka yang baru.
Pegang pada cara simple dahulu.
Kemudian apabila anda sudah pandai baca data, sudah biasa beriklan, baharu cuba kaedah kedua.
Disebabkan anda tekun membaca sehingga ke sini, saya nak hadiahkan sesuatu untuk anda...
Digital Brain's Testing Map
Supaya anda tidak pening kepala hadam apa yang saya beritahu tadi, perkenalkan Digital Brain’s Testing Map (DBTM).
DBTM ini adalah panduan yang kami gunakan di Digital Brain.
Setiap kali sebelum buat iklan, setiap media buyer akan buat keputusan nak uji apa.
Selepas buat keputusan, hanya ikut aliran untuk tindakan seterusnya.
Boleh boleh?
Nanti di post yang akan datang, saya akan kongsikan proses mencari audience pula.
Andai ada soalan, boleh komen di bawah.
Ubaidullah Jaafar
Terbaik tuan, antara blog pilihan yang saya selalu follow. Suka baca perkongsian tuan tentang SEO mulanya, Then tertarik juga penulisan tentang Marketing & Facebook Ads. Jemput juga baca Artikel saya: Cara baca KPI Iklan Facebook Ads