Kenapa mahu lajukan website?
Kelajuan website beri kesan terhadap kedudukan ranking di Google. Website yang laju senang muncul di Google.
Ini dinyatakan sendiri oleh Google.
Dalam artikel ini, saya berkongsi tiga perkara utama.
Artikel ini sesuai untuk beginner dan intermediate.
CARA SEMAK KELAJUAN WEBSITE
Bagi menyemak kelajuan website, ada beberapa penyedia yang boleh membantu.
Semuanya adalah percuma.
Dan penyedia ini akan memberitahu apakah punca-punca website perlahan.
Sebelum saya teruskan.
Ada satu perkara penting.
Laporan kelajuan website akan dipaparkan dalam bentuk skor dan gred.
Dari F ke A.
Dari 0% ke 100%.
Kita tidak mengejar 100% seperti peperiksaan zaman sekolah =P
Sasarannya adalah mahukan website yang optimized.
Website yang kelajuannya boleh diterima oleh pengguna.
Baik.
Mulakan dengan yang pertama.
1. Pingdom
Pingdom merupakan syarikat yang memang kerjanya memantau kelajuan website.
Semakan kelajuan website ini diberikan secara percuma.
Laporan di sediakan mengikut gred.
Ambil kisah pada komponen gred F.
Baiki dan teliti masalah itu.
2. GTMetrix
GTMetrix hampir sama dengan Pingdom.
Laporan dipaparkan menerusi gred.
GTMetrix menggunakan dua sistem skor: PageSpeed dan YSlow Score.
Apabila dapat keputusan,lihat bahagian mana yang perlu diperbaiki.
Lihat pada gred F dan prioriti.
Selesaikan yang high dahulu.
3. Think With Google
ThinkWithGoogle adalah tools baru menggantikan PageSpeed.
Beza tools ini berbanding Pingdom dan GTMetrix, tools ini fokus untuk mobile.
Ianya akan menilai kelajuan website dari sudut 3G dan 4G.
Dan ia juga akan memaparkan estimated visitor loss akibat menunggu terlalu lama. (jumlah jangkaan itu dibuat berdasarkan statistik yang diperolehi)
Jadi apa skor website anda?
A?
Mantap! Cemerlang.
Best student.
F?
Usah risau.
Sebab itu artikel ini ditulis.
Ayuh kita tekuni apakah punca-punca yang memperlahankan website.
PUNCA-PUNCA WEBSITE PERLAHAN
Bagi mendapatkan jawapan realiti, saya bertanya dalam group otai-otai WordPress.
Dalam masa sekejap saja otai-otai terus bagi pandangan.
(saya syorkan anda join group Kedai Kopi WordPress ini)
Pandangan otai ini bernilai tinggi.
Mereka ada pengalaman mengendalikan banyak website.
Jadi bermacam-macam kes sudah dihadapi.
Apa kata mereka?
1. Hosting Cap Ayam
Saya pinjam perkataan Tuan Engku Anwar.
Hosting ini hosting tidak berkualiti.
Hosting ibarat rumah.
Bayangkan apabila kita menumpang di rumah yang bocor sana sini.
Sewaktu nak tidur, ada tikus lintas di hadapan.
Sanggup?
Ini gambaran hosting cap ayam.
Hosting begini biasanya mengumpan pembeli menerusi pakej yang murah tak ingat dunia.
Saya pernah tanya Brian Dean pasal tip lajukan website.
Brian memang pesan.
Cari hosting yang power.
Apabila hosting tidak berkualiti, banyak isu terselindung.
Ram tak cukup, tidak selamat, database penuh, shared hosting terlalu ramai.
Dan macam-macam lagi.
Senang cerita, ini semua akan menyebabkan website perlahan.
“Macam mana nak kenal web hosting bukan cap ayam?”
Dalam mencari web hosting terbaik, cuba cari mereka yang pernah guna khidmat hosting itu.
Tanyakan,
1. Apa pakej yang diambil
2. Apa pengalaman berurusan dengan sistem sokongan
Dari dua soalan ini, kita sudah boleh agak adakah hosting itu berkualiti atau tidak.
2. Kena Serangan
Lebih 40% pengguna internet adalah robot!
Apa kerja robot-robot ini?
Banyak.
Antaranya adalah menyerang website-website.
Setiap serangan ada sasaran dan tujuan tersendiri.
SPAM, DDOS, Malicious attack…
Perasan atau tidak, apabila baru selesai install wordpress, tiba-tiba datang komen. Entah dari mana-mana.
Bagi mengurangkan serangan ini, gunakan plugin keselamatan.
Lihat caranya di bawah. (bahagian cara lajukan website)
3. Gambar Yang Terlalu Banyak
Satu gambar di website ibarat beban yang beratnya 1000gm.
Sekarang ada 100 gambar.
Berapa berat yang dipikul website?
1000gm x 100 = 100000gm
10kg!
Dan website itu akan pikul beban 10kg setiap masa.
Ada kata-kata hikmat,
“Berat itu bukan diukur pada jisimnya, tapi pada berapa lama anda memikulnya”.
Dan apa pula yang terjadi apabila gambar makin bertambah.
Patah tulang website. Crashed!
Ini adalah gambaran untuk memudahkan pemahaman.
Setiap gambar mempunyai saiz tersendiri.
Makin tinggi kualiti gambar itu, makin besar saiznya.
Makin lambat juga masa yang diambil untuk website paparkan kepada pengguna.
Jadi bagaimana mahu atasi masalah ini?
Jeng, jeng, jeng. Teruskan skroll ke bawah.
4. Banyak Sangat Script
Ini merupakan kod yang tersembunyi.
Tidak nampak di mata kasar.
Namun ianya berfungsi di balik tabir.
Antara script yang biasa ada di website adalah javascript, font loaders, ads.
Makin banyak script yang digunakan, makin perlahan website.
5. Bad Plugin
Bagi pengguna wordpress, plugin adalah satu kemestian.
Plugin merupakan pelengkap kepada keperluan.
Contohnya apabila mahu setup ecommerce,
plugin yang digunakan adalah WooCommerce.
Plugin ada dua kategori:
- Plugin bagus (good plugin)
- Plugin tidak bagus (bad plugin)
Bagus merujuk kepada bagaimana kod plugin disusun.
Plugin yang tidak dikod dengan baik akan memperlahankan website.
“Hmm…saya beginner. Macam mana nak tahu plugin tu bagus atau tidak?”
Saya gunakan Teknik Skodeng (jangan salah faham)
Tonton video ini dahulu.
6. Bandwidth Sudah Habis
Masalah ini sering terjadi.
Rancangnya mahu adakan jualan mega di website.
Beritahu pelanggan.
Pelanggan semua sudah excited.
“Dengan ini promosi dilancarkan”
Bang!
Website tidak berfungsi. Kenapa?
Website tidak mampu menampung banyak pengguna dalam satu masa.
Dan bandwidth sudah habis.
Bandwidth merupakan had limit data yang diberikan kepada website.
Macam kredit telefon.
Apabila habis kredit telefon, sudah tidak boleh buat panggilan.
Apabila website baru bermula, bandwidth yang diperlukan tidak tinggi.
Namun apabila semakin banyak menerima pengunjung, bandwidth perlu dinaikkan.
7. Tiada Cache
Apabila pengguna buka website, mereka akan melalui beberapa proses.
Data disimpan dalam satu pengkalan data.
Namanya MySQL.
Pengkalan data ini pula berada dalam tempat simpanan, server.
Maklumat dari server disampaikan kepada pengguna.
Proses ini berulang setiap kali pengguna buka page berbeza.
Proses mendapatkan data dari server ambil masa.
Makin jauh server itu berada, makin lama masa yang diambil.
Kesannya, makin perlahan website dipaparkan.
Solusi bagi perkara ini adalah menggunakan cache.
Bagaimana?
Turun ke bawah.
CARA LAJUKAN WEBSITE
Bagi melajukan website, kenal pasti apakah punca yang memperlahankannya.
Saya senaraikan 9 cara bagi meningkatkan kelajuan website.
Anda tidak perlu menggunakan kesemua cara ini.
Pilih yang mana yang sesuai.
Fokus pada masalah dahulu.
Ibarat tayar yang bocor. Tampal kebocoran dahulu.
1. Hosting WordPress-Optimized
Sebolehnya pilih hosting yang mengutamakan kelajuan.
Lihat pada spesifikasi yang ditawarkan dan tanya mereka yang pernah menggunakan.
Saya memilih ServerFreak sebagai hosting.
Pakej yang digunakan adalah WordPress hosting.
Meskipun hosting ini bukanlah yang terbaik di dunia, namun hosting ini sudah memenuhi keperluan saya.
Sistem sokongannya juga terbaik.
Jadi tidak pening kepala.
(p/s: senarai tools yang saya gunakan ada di page ini)
2. Guna Plugin WordPress Cache
Cache berfungsi merakam website.
Dan menyimpan rakaman website di lokasi yang dekat dengan pengguna.
Supaya pengguna tidak perlu berulangkali mendapatkan data dari lokasi yang jauh.
Ada dua plugin cache yang dicadangkan.
Satu percuma.
Satu lagi berbayar.
Percuma : WP Super Cache
1. Klik Add New Plugin dan taip WP Super Cache.
2. Aktifkan. Kemudian pergi ke Settings dan klik WP Super Cache.
3. Set mod Caching On dan klik Update Status.
4. Itu saja. Senangkan?
Berbayar: WP Rocket
Proses installation WP Rocket hampir sama dengan WP Super Cache.
Bezanyanya, plugin ini mempunyai lebih fungsi berbanding WP Super Cache.
Harganya sangat berpatutan.
Bagi satu website, harganya USD39.
Sekarang ada 25% diskaun. (berbaloi)
3. Kecilkan Saiz Gambar
Sebelum muat naik gambar ke website, kecilkan saiznya.
Seeloknya gunakan gambar dalam format JPEG atau JPG.
Kelemahan format JPEG atau JPG adalah kualitinya yang kurang memuaskan.
Berbanding format PNG.
"Saya nak juga format PNG sebab nak jaga kualiti"
Ada dua solusi.
4. Gunakan Plugin Lazy Load Image
Plugin ini menarik dan unik.
Apabila plugin ini diinstall, ia akan mengawal bila gambar ditunjukkan.
Gambar hanya akan ditunjukkan hanya apabila pengguna sampai di tempat itu.
Contohnya di website ini, saya gunakan plugin lazy load image.
Andai pembaca tidak sampai ke sini, gambar di bawah tidak akan muncul.
Menarik?
Ada satu lagi cara optimized-imaged.
5. Gunakan Image Compressor
Image compressor ini akan mengecilkan saiz gambar.
Tanpa mengubah kualiti paparan.
Perkenalkan TinyPNG.
TinyPNG menggunakan teknologi smart lossy compression.
Bandingkan dua gambar di atas.
Tidak ada bezakan?
Namun saiznya nyata berbeza.
Tools ini akan mengenal pasti komponen-komponen yang boleh dikurangkan.
Dalam masa yang sama memelihara kualiti gambar.
6. Guna WordPress Versi Terkini
WordPress merupakan projek bersama. Open source.
Ianya sentiasa berubah dan dikemaskini.
Pada setiap versi ada sahaja penambahan baru dan masalah yang dibaiki.
Apabila wordpress tidak dikemaskini, website berisiko besar untuk tidak berfungsi dengan baik.
Bagi melakukan update, hanyak klik Update Now.
Nota: Seeloknya lakukan backup sebelum proses update.
7. Aktifkan Plugin Keselamatan
Serangan di website boleh melumpuhkan website.
Serangan boleh datang dari pelbagai sumber.
"Website saya tidak terkenal sangat, takkanlah ada orang nak kacau"
Pengacau website ini biasanya robot.
Robot main terjah ikut suka.
Jadi sebelum dikacau, siapkan kubu kawalan.
Gunakan plugin keselamatan.
1. Cari plugin All in One Security. Klik Install Now dan Activate.
2. Pergi ke All in One Security dashboard dan klik On pada semua pilihan.
3. Tandakan checkbox yang perlu. Kemudian klik Save Settings.
4. Proses yang sama diulang. Andai ada istilah yang tidak difahami, rujuk dokumentasi yang diberikan.
7. Guna Theme Speed-Optimized
Website cantik.
Namun ambil masa 10 minit untuk loading.
Sah tidak ada orang masuk.
Semuanya keluar.
Kajian menunjukkan fokus manusia sekitar 7 saat saja.
Jadi anda ada masa 7 saat saja untuk tangkap perhatian pelawat.
Apabila memilih theme website, lihat adakah theme itu ambil kira aspek kelajuan.
Saya cadangkan theme Genesis dan Thrive Themes.
Kedua-dua theme ini mempunyai kod yang tersusun dan ringan.
Juga sistem sokongan kedua-duanya sangat efektif.
8. Aktifkan Content Delivery Network (CDN)
Berapa lamakah masa yang diambil untuk menerima barang yang dibeli dari US?
Sekitar 7-14 hari.
Berapa lamakah masa yang diambil untuk menerima barang yang dibeli dari Selangor?
Sekitar 1-2 hari.
Ini adalah gambaran konsep CDN.
Konten website akan disimpan dalam server di beberapa tempat.
Contohnya di Singapura, Australia dan US.
Apabila pengguna dari Selangor buka website, data akan dihantar dari server di Singapura.
Apabila pengguna dari New Zeland buka website, data akan dihantar dari server di Australia.
Terdapat banyak penyedia CDN.
Saya gunakan CloudFlare.
Sebelum menggunakan fungsi ini,
- Lakukan backup terlebih dahulu
- Dapatkan khidmat nasihat dari web developer atau mereka yang mahir
Supaya prosesnya berjalan lancar dan sempurna.
Kesimpulan
Kelajuan website beri kesan kepada pengguna dan Google.
Ianya adalah satu signal yang berbaloi diberi perhatian.
Dalam erti kata lain, komponen ini sebenarnya adalah SATU daripada 13 teknik on page SEO berkesan.
Anda tidak perlu melakukan kesemua 9 cara ini.
Mulakan begini.
[1] Lakukan ujian semakan kelajuan menggunakan Pingdom atau GTMetrix.
[2] Kemudian lihat apakah punca yang menyebabkan website perlahan.
[3] Atasi masalah itu dahulu.
[4] Seterusnya baharulah fokus pada optimisasi kelajuan.
Kita sudah tiba di penghujung.
Dan saya ada satu soalan.
Apakah cara melajukan website yang anda mahu cuba sekarang?
Gum Arabic Al-Manna
Salam ukhuwah. Panduan yang sangat berguna untuk lajukan website.
Wan Yusof Wan Jeffery
Wsalam, terima kasih Tuan. Semoga mendapat manfaat =)
mrhanafi
Alhamdullilah..
saya memang banyak mendapat manfaat tuan.
Ribwan
T kasih. Sangat membantu
Wan Yusof Wan Jeffery
Sama-sama. Selamat mencuba Tuan =)
Roket WP
Perkongsian yang sangat menarik dan membantu 🙂
Wan Yusof Wan Jeffery
Terima kasih =)
ahmadyani
Sedang berkira-kira mahu guna theme Genesis. Setakat ini guna theme percuma sahaja. Atau Tuan boleh kongsikan theme percuma yang bagus?
Wan Yusof Wan Jeffery
Learning curve bagi kedua-dua theme boleh tahan. Theme percuma yang bagus adalah theme yang diberikan oleh WordPress Twenty 17.
Fahmi Ishak
Terima kasih tuan, sebab kenalkan tools ni. Lepas ni nak kena improve blog saya.
Wan Yusof Wan Jeffery
Sama-sama =)
anuar
Terima kasih di atas perkongsian info…
Gambar yang banyak tu memang kena betul dekat batang hidung saya… huhuhu..
Nazifa
Saya selalu semak blog, tetapi tak pernah nak repair, sebab tak dak ilmu jadi mekanik
mrhanafi
setakat ini ok la..
dari segi teknikal ..
cuma konten sahaja belum powerful
akubiomed
Dapat ilmu tambahan nak lajukan blog. Dahulu pernah guna W3 Total Cache akhirnya guna cache plugin paling simple iaitu Super Cache plugin.
Mohd Rasul
terima kasih utk info yang berguna 🙂
Syuhaid
Terima Kasih atas info yang berguna
mrhanafi
semoga kita dapatakan tool yang boleh melajukan website ..
ada banyak juga
Jiarizaira
Nampaknya blog saya memang berat lepas measure guna think with Google.
MOHAMAD SIDDEEQH ( Penjual Biskut )
Such A Great Website. Thanks For Sharing.
Masterjie
Kelajuan website memang menjadi tentu ukur website yang ingin bertahan lama dan disukai ramai. Lebih-lebih lagi bila dah capai trafik harian yang tinggi.
Simple & lightweight adalah pilihan yang terbaik. Tips yang Sifu Wan Yusof beri memang banyak kebenarannya. Terima kasih keluarkan checklist yang best ni.
Cikgu Khairul
Perkongsian yang menarik. Boleh saya guna untuk lajukan web saya selepas ni.