Digital Marketing Strategist Malaysia

I think in frameworks. I tell in stories.

(dari 2006 — still learning, still building.)

Cara Buat TikTok Ads (Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah)

Dalam panduan ini, saya akan terangkan cara buat TikTok ads langkah demi langkah. Siap ada rahsia untuk hasilkan iklan TikTok yang convert lagi. Anda sudah sedia?

Panduan TikTok Ads ini saya bahagikan kepada tiga bahagian utama.Anda boleh skip terus ke bahagian yang anda mahu.

Bahagian 1: Setting Asas TikTok Ads

1. Pergi ke ads.tiktok.com dan klik Cipta Sekarang.

2. Masukkan maklumat untuk pendaftaran dan klik daftar. TikTok suka kalau sekiranya anda mempunyai syarikat yang betul sama ada Enterprise atau Sdn Bhd.

4. Masukkan email dan password. Anda boleh gunakan akaun TikTok yang sudah ada kalau anda mahu.

5. Sekarang kita akan create pixel untuk mendapatkan tracking yang lebih tepat. Pergi Assets dan klik Events.

6. Pilih Web Events dan klik Manage.

6. Klik Set Up Web Events untuk memulakan proses installation.

7. Berikan nama pixel dan pilih Connection Method. Saya menggunakan TikTok pixel.

cara buat tiktok ads - isntal pixel

8. Kalau anda menggunakan wordpress atau onpay, pilih Manually Install Pixel Code. Kalau anda menggunakan shopify, boleh pilih pilihan automatik.

cara buat tiktok ads - set up event

9. Kemudian pilih Event builder dan klik Next.

cara buat tiktok ads - event builder

10. Ini langkah penting. Salin (copy) code ini. Tinggalkan tab TikTok ini sekejap. Buka tab baru dan  buka website wordpress anda. 

tiktok ads - copy pixel code 2

11. Anda perlu memasukkan kod tadi ke ruang header di website. Sekiranya anda tidak tahu macam mana nak masukkan kod ini, gunakan plugin. Saya gunakan plugin PixelYourSite. 

pixelyoursite

12. Masukkan kod tadi di ruangan Any Device Type dan klik save. Selepas itu kembali ke TikTok Ads Manager.

pixelyoursite - tiktok ads

12. Skroll down ke bawah dan klik Enable Automatic Advanced Matching. Kemudian klik next.

advanced matching tiktok

13. Pilih Enter URL Keywords.

url keywords tiktok

14. Sekarang anda kena masukkan kata kunci URL yang membolehkan TikTok kesan apa yang berlaku di website anda. Contohnya untuk event Add To Cart, TikTok dapat kesan event ini berlaku apabila ada perkataan “checkout”.

event add to cart

15. Untuk event purchase, kata kuncinya adalah “order-received”.

order-received

16. Kata kunci “checkout” dan “order-received” adalah default setting untuk pengguna WooCommerce. Kalau anda tak pasti website anda macam mana, senang saja. Cuba lakukan test purchase di website anda dan salin URL dari checkout hingga ke purchase.

checkout url

17. Klik menu Campaign dan pilih Create

create campaign

18. Kemudian pilih Custom Mode

custom mode tiktok

19. Anda akan paparan mirip Facebook Ads. Pilih objektif anda. Saya menggunakan website conversion.

website conversion

20. Beri nama kempen anda. Kemudian klik continue.

naming campaign

21. Berikan nama Ad Group. Pilih pixel tadi dan pilih event optimization. Saya menggunakan Complete Payment. Kalau anda baru pertama kali guna pixel ini, boleh juga gunakan Add To Cart.

first section tiktok ads

22. Untuk placement, pastikan anda pilih TikTok sahaja.

tiktok placement

23. Kalau anda mempunyai banyak video dan mahu TikTok tentukan video mana yang kena dengan selera audience, tandakan option ini.Recommended: Tandakan option ini. Biarkan TikTok optimized dahulu.

automated creative optimization

24. Untuk target demografi, anda juga ada 2 pilihan. Sama ada anda tentukan sendiri atau TikTok cari.

demographic targeting

25. Masukkan budget anda. Saya biasanya akan mulakan dengan budget awal antara RM30-50/day.

budget

26. Di bahagian ini anda ada beberapa pilihan. Biasanya antara conversion dan value. Tapi kalau anda baru mula, biasanya hanya pilihan conversion yang aktif.

conversion

27. Upload atau pilih video iklan anda. Kemudian masukkan copywriting simple.

ad creative

28. Masukkan URL landing page website anda dan pastikan pixel yang betul dipilih. Kemudian klik submit. Done!

url page

Bahagian 2: TikTok Ads Optimization

Sekarang kita masuk ke bahagian taktikal.Macam mana nak rancang strategi iklan untuk TikTok.

Apa yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan hasil yang saya perolehi.Result mungkin berbeza.

InsyaAllah saya akan tambah input-input baru dalam panduan ini.Kalau anda ada penemuan menarik, boleh kongsikan di ruang komen di bawah.

Broad vs Automatic Targeting

demographic targeting

Anda ada dua pilihan untuk targeting. Sama ada custom atau atumatic.

Untuk permulaan, saya akan create dua ad set.

Ad set 1 = Automatic TargetingAd set 2 = Custom Targeting

broad vs automatic targeting

Untuk custom, saya akan buat se-broad yang boleh.Biasanya hanya pilih julat umur atau jantina.

Iklan dalam kedua-dua ad set ini adalah sama.Kemudian biarkan iklan jalan dan lihat kempen mana yang lebih berkesan.

Ada ketikanya automatic lebih perform.Dan ada masanya broad lebih perform.

Automated Creative Optimization

Kalau anda ada video yang banyak, adakah anda patut biarkan TikTok optimize atau anda mahu optimize sendiri?

Anda boleh test kedua-duanya.

Caranya buat dua kempen.(katakanlah anda ada 5 video iklan)

Kempen pertama, ada 5 ad set.Dalam setiap ad set ada video berbeza.Audience adalah sama.

format 1

Untuk kempen kedua,kesemua video tadi dikumpulkan dalam satu ad set sahaja.

format 2

Kemudian tandakan Automated Creative Optimization.

automated creative optimization

Anda biarkan kedua-dua kempen itu berjalan.Satu nota penting.Untuk kempen pertama, budget anda adalah RM20 untuk setiap ad set.Ini bermakna akan habiskan RM100/day.Untuk kempen kedua pula, bajet anda adalah RM100.Jadi secara keseluruhan anda akan habiskan RM200/day.Sekiranya anda belum mempunyai bajet yang cukup untuk iklan,anda boleh lakukan ujian ini di kemudian hari.

Berdasarkan hasil iklan yang saya jalankan, saya dapati Automated Creative Optimization adalah lebih bagus.

Kemudian selepas dapat tahu video yang paling convert,saya akan scale up hanya menggunakan iklan yang paling convert.

flow tiktok ads

Bahagian 3: Cara Guna TikTok Creative Centre

Ini nama hype sikit…hehe.

Sama macam FB Ads Library, anda boleh juga lihat iklan orang lain.Tapi yang lebih menarik tentang TikTok adalah datanya lebih tersusun.

Anda dapat tengok iklan-iklan yang perform based on objectives!

Pergi ke TikTok Creative Centre.

Skroll down ke bawah. Cari bahagian ads. Kemudian klik view more.

tiktok ads creative centre

Di sini ada banyak pilihan untuk anda buat carian.Biasanya saya akan pilih Objective = Conversion, Duration = Last 30days.

filter tiktok

Kalau anda ingin go deep lagi, klik saja pada iklan yang anda ingin tahu.TikTok berikan macam-macam data untuk anda.

data tiktok ads

Kalau anda masih clueless nak belajar apa dari video pengiklan lain,gunakan cheat code ini.

Quick Ads Study

  1. 1Apa hook yang digunakan
  2. 2Berapa lama durasi keseluruhan video
  3. 3Berapa klip yang digunakan
  4. 4Berapa kerap setiap klip bertukar
  5. 5Adakah video ada subtitle
  6. 6Apa jenis muzik yang digunakan
  7. 7Adakah video ada voiceover
  8. 8Apakah format video? native? studio? slideshow?
  9. 9Apa tawaran istimewa yang diberikan

Bahagian 4: TikTok Copywriting Hacks

Berbeza dengan FB Ads, kekuatan utama TikTok Ads terletak kepada video anda.Kalau video tak menarik atau tak kena dengan audience, tak menjadi.

Pun begitu, copywriting boleh jadi pemangkin (booster) kepada klik.Ini adalah senarai perkataan copywriting yang berpotensi membantu kadar klik iklan anda.

Kebanyakkan ayat copywriting iklan TikTok fokus pada tawaran.

  • COD
  • Barang sampai baru bayar
  • Free shipping
  • Diskaun X%
  • Jimat RM X
  • Buy 1 get one/two/three…

Bahagian 5: Nota TikTok Ads

Adakah TikTok Ads lebih bagus dari FB Ads?Jawapan saya, gunakan kedua-dua channel ini selagi mana anda dapat buat duit.Jangan tinggal channel yang sudah pasti dapat buat duit hanya kerana terpesona dengan result orang lain.

Lagi satu, jangan dengar sangat cakap-cakap orang macam, “tiktok ni untuk orang muda je”.

Anggap cakap-cakap sebegini SALAH melainkan dibuktikan betul.

Test sendiri. Buat iklan dan lihat hasilnya.Kos iklan anda yang tentukan.Takkanlah tak boleh nak allocate bajet sikit untuk testing.

Hmm…kalau anda tak cukup bajet untuk testing, maksudnya jualan anda belum cukup bagus.

Jadi kalau macam itu baiki kemahiran membina tawaran yang menarik.

Saya akan tambah konten di post ini dari masa ke masa.Kalau anda ada cadangan atau soalan,boleh komen dibawah.