Digital Marketing Strategist Malaysia

I think in frameworks. I tell in stories.

(dari 2006 — still learning, still building.)

Cara Buat Iklan Wasap dan Iklan Sales di Facebook. Langkah Demi Langkah. | Digital Marketing Strategist Malaysia

Dalam panduan ini, saya akan tunjukkan cara buat iklan wasap dan iklan sales untuk FB Ads. Panduan ini langkah demi langkah. Anda hanya perlu ikut setiap langkah yang saya tunjukkan.

Sebelum itu saya terangkan asas iklan di Facebook secara simple.

Objective Campaign

Apabila anda mahu cipta kempen baru, anda akan diberikan 6 pilihan:1. Awareness2. Traffic3. Engagement4. Leads5. App promotion6. Sales

Setiap objektif mempunyai tujuan tersendiri. Objektif akan menentukan audien bagaimana yang Facebook akan cari.

Kalau saya pilih objective sales, FB akan berikan saya audien yang berkemungkinan besar akan melakukan jualan.

Manakala kalau saya pilih objective traffic, FB akan berikan audien yang berkemungkinan besar akan klik dan masuk ke website.

Biasanya…

Anda hanya akan menggunakan objective Traffic dan Sales sahaja.Jadi dalam tutorial ini, kita akan fokus pada 2 objectives ini saja.

Objektif Traffic

Traffic maksudnya leads. Tujuan utama kempen ini adalah mendapatkan prospek.

Teori di sebalik ini kempen ini adalah:Banyak trafik >> Banyak leads >> Banyak sales

Pada kempen ini anda boleh pilih sama ada trafik itu akan datang dari:1. Whatasapp2. Messenger3. Ads4. Lain-lain  Antalya escort

1. Klik Create New Campaign dan pilih Objective Traffic.

cara buat fb ads

2. Berikan nama pada kempen anda.

cara buat fb ads 2

3. Di bahagian conversion location, pilih Whatsapp sekiranya anda ingin gunakan Whatsapp.

cara buat fb ads 3

4. Pilih page anda. Pastikan page yang dipilih sudah membuat pengesahan nombor whatsapp.

cara buat fb ads 4

6. Pilih optimize for conversation.

optimize for conversation

7. Masukkan bajet anda. Saya cadangkan untuk permulaan, letakkan bajet antara RM20-50 sehari.

bajet iklan

8. Di sini bahagian yang penting. Anda perlu beritahu FB siapa target anda. Pilih julat umur yang sesuai. Pada bahagian interest targeting, masukkan interest yang berkaitan.

interest targeting

9. Pilih placement atau tempat iklan anda akan muncul. Biasanya saya hanya pilih Facebook dan Instagram Feed/Stories sahaja. Selepas itu klik Next.

placement

10. Sekarang anda berada di Ads Level. Bahagian terakhir untuk ads. Skroll ke bawah dan pastikan anda pilih Manual Upload.

ads manual upload

11. Masukkan gambar atau video, copywriting untuk iklan. Kemudian klik PUBLISH.

ads creative

12. Selesai proses buat iklan traffic. Iklan anda akan disemak oleh Facebook terlebih dahulu. Selepas iklan lulus, iklan akan berjalan secara automatik.

Objektif Conversion

Ini adalah objektif kegemaran saya. Hampir 90% kempen yang saya buat di FB menggunakan objektif ini.

Kelebihan objektif ini adalah FB akan carikan audien yang cenderung untuk membeli.

Cara setup objektif ini lebih kurang sama dengan objektif traffic.Cuma bezanya destinasi conversion adalah website.

1. Create New Campaign dan pilih objektif Sales

objektif sales

2. Berikan nama kempen anda dan klik Next.

nama kempen sales

3. Tandakan pada pilihan website dan pilih pixel anda.

pilih pixel

4. Kemudian pilih conversion event. Kebiasaannya saya akan pilih Purchase. Perbezaan event lain nanti saya terangkan kemudian.

conversion event

5. Di bahagian optimization, boleh pilih conversion.

purchase optimization event

7. Masukkan bajet anda. Saya cadangkan untuk permulaan, letakkan bajet antara RM20-50 sehari.

bajet iklan

8. Di sini bahagian yang penting. Anda perlu beritahu FB siapa target anda. Pilih julat umur yang sesuai. Pada bahagian interest targeting, masukkan interest yang berkaitan.

interest targeting

9. Di bahagian placement, pilih Manual Placements > Mobile > Facebook, Instagram dan tandakan pada Feed dan Stories sahaja. Kemudian klik Next.

manual placements

10. Sekarang anda berada di Ads Level. Bahagian terakhir untuk ads. Skroll ke bawah dan pastikan anda pilih Manual Upload.

ads manual upload

11. Masukkan gambar atau video, copywriting untuk iklan. Di bahagian Call To Action, anda boleh pilih Learn More atau Shop Now.

sales setting

12. Masukkan link website (sales page) anda dalam kotak Website URL dan Display Link. Kemudian klik PUBLISH.

website url

Next Chapter

Sekarang anda sudah boleh buat iklan traffic dan iklan sales.Untuk bahagian seterusnya saya akan kongsi beberapa strategi iklan FB.

Macam mana nak hasilkan iklan yang mendapat klik yang tinggi….Macam mana nak dapatkan ROAS yang tinggi…