Pada suatu hari seorang guru memberitahu anak muridnya untuk membawa kentang. Jumlah kentang itu bersamaan dengan berapa banyak orang yang dibencinya.
Andainya murid ada 5 orang yang dibenci, maka murid itu perlu bawa 5 biji kentang.
Ada murid bawa 3, 5, 10 malah 20 biji kentang pun ada.
“Sekarang masukkan kentang itu dalam plastik. Guru mahu kamu bawa plastik itu setiap hari. Jangan tinggalkan walau sesekali”
Murid akur. Maka setiap hari dibawanya bungkusan berisi kentang.
Hari berlalu. Kentang bertunas. Kemudian berkulat. Jadi busuk.
“Guru, kentang saya makin busuk. Berat pula tu nak bimbit 20 biji ini”
Murid mula mengadu. Guru senyum sahaja.
“Anak-anak muridku, ini yang akan terjadi seandainya diri kita dipenuhi dengan kebencian. Makin banyak kita simpan kebencian, makin berkulat dan busuk dirimu. Justeru, buanglah benci itu jauh-jauh”
Leave a Reply