Pernah tak anda beli satu produk. Kemudian rasa menyesal.
Kemudian untuk kurangkan penyesalan itu, anda cari bukti atau fakta atau sebarang logik untuk justifikasi pembelian anda.
Sebenarnya bukan anda seorang saja yang alami fenomena ini.
Asasnya, kita buat keputusan menggunakan emosi,
kemudian justfikasi menggunakan logik.
Saya ada satu teka-teki:
Berapa harga bola?
$0.10?
Teka-teki ini telah dicuba kepada ramai orang.
Dan majoriti memberikan jawapan $0.10.
Walaupun itu adalah jawapan yang salah! (jawapan yang betul ada di bawah)
Kenapa?
Ini berkaitan dengan System 1 dan System Thinking.
Idea ini dicetuskan oleh Daniel Kahneman dalam bukunya Thinking, Fast and Slow.
System 1 nak keputusan dengan cepat.
System 2 pula sangat perlahan.
Dari perspektif marketing, kita kata system 1 = emosi dan system 2 = logik.
Kalau sekiranya pelanggan anda menggunakan system 2 untuk buat keputusan,
kemungkinan besar pembelian itu gagal!
Kalau sekiranya pelanggan anda menggunakan system 1 untuk buat keputusan,
itu yang anda mahu!
#1 Emosi vs Logik
Perhatikan iklan-iklan di sekitar anda.
Terutamanya dari jenama-jenama besar.
Kebanyakkan di antara mereka akan fokus pada unsur emosi.
Kemudian baru diselitkan unsur logik.
Kalau iklan atau sales page anda banyak memaparkan logik,
maka anda sedang membawa bakal pelanggan ke arah system 2.
Berbanding…
Kalau anda memperbanyakkan unsur emosi,
maka bakal pelanggan terus klik butang beli.
Sekarang kita go deep lagi…
#2 Features vs Benefits
Saya gunakan contoh dari Apple.
Ini adalah deskripsi iphone 15.
48MP adalah features.
Breathtaking, smile-making picture adalah benefits.
Feature = system 2 = logik
Breathaking, smile-making = system 1 = emosi
In fact, anda tengok gambar bukit itu dulu.
Kemudian baru baca tulisan.
Kebanyakkan iklan suka terlebih cerita tentang features.
Sehingga melupakan benefits.
Sedangkan faktor yang memujuk pelanggan adalah benefits.
Jadi…
Sekarang cuba tengok balik iklan anda.
Adakah banyak guna system 1 atau system 2?
Akhir sekali sedikit highlight tentang Q4…
Penting untuk pengiklan Facebook…
#3 Q4 Season Finale
Sekarang kita berada di Q4.
Ini adalah musim Black Friday, Cyber Monday.
Apa yang anda boleh expect?
Kebiasaannya CPM akan meningkat di musim orang berbelanja.
Jadi anda boleh jangkakan kos iklan akan meningkat.
Cara yang praktikal untuk menurunkan kos ini adalah:
- Mengaktifkan pelanggan sedia ada
- Memaksimumkan belian dalam satu transaksi (AOV)
Dalam pengumuman terbaru, Meta memberikan 5 nasihat kepada semua pengiklan untuk meningkatkan prestasi iklan:
- Menggunakan CAPI (conversion API)
- Menggunakan broad targeting
- Struktur kempen iklan yang simple
- Mengutamakan uji cuba creatives
- Sentiasa lakukan testing
Baiklah.
Kita sudah sampai ke penghujung.
Sehingga berjumpa lagi diminggu hadapan 🙂
By the way, jawapan kepada soalan teka-teki tadi adalah $0.05 sen.
Ini cara penyelesaiannya:
Bat + Ball = 1.10
Bat = 1 + Ball
Jadi…
(1 + Ball) + Ball = 1.10
1 + 2Ball = 1.10
2 Ball = 1.10 – 1
2 Ball = 0.10
Ball = 0.10/2
Ball = 0.05
Untuk semakan:
Bat = 1 + 0.05 = 1.05
Ball = 0.05
Bat + Ball = 1.05 + 0.05
= 1.10
(sekarang anda tahu kenapa pelanggan tak suka system 2!)
Nota untuk bacaan lanjut:
Leave a Reply