Banyak carian pada masa kini dibuat menggunakan telefon pintar (mobile). Malah dijangkakan carian guna telefon pintar akan terus meningkat.
Google mempunyai satu cabaran apabila carian dibuat guna telefon pintar. Ada website yang tidak mesra telefon pintar. Akibatnya pengguna terpaksa ke kiri, ke kanan, zoom masuk dan zoom keluar. Ini menjadikan pengalaman pengguna tidak bagus. Pengguna telefon pintar hanya suka naik ke atas dan ke bawah sahaja.
Jadi Google perlu asingkan website mesra telefon pintar dan website yang tidak mesra telefon pintar. Apabila carian guna telefon pintar dibuat, website yang mesra telefon pintar akan muncul di atas dalam hasil carian di Google. Website yang tidak mesra telefon pintar akan jatuh kedudukannya.
Bagi menyemak sama ada website kita mesra telefon pintar atau tidak, gunakan servis percuma dari Google. Masuk ke website https://www.google.com/webmasters/tools/mobile-friendly/.
Masukkan alamat website anda. Google akan paparkan hasilnya.
Bagaimana Jadikan Website Mobile Responsive
Ada dua cara untuk jadikan website kita mesra telefon pintar. Kaedah pertama adalah gunakan theme yang mesra telefon pintar. Theme sebegini disebut sebagai mobile responsive. Pencipta theme akan beritahu sama ada theme ini mesra telefon pintar atau tidak.
Cara yang kedua adalah dengan menggunakan plugin. Install plugin dan website akan ditukar kepada mesra telefon pintar.
Adakah Saya Akan Jadi No 1
Google tidak membuat kenyataan secara rasmi. Cuma berdasarkan pemerhatian, website yang mesra smartfon akan mendapat kredit tersendiri. Maksudnya, website mesra smartfon berpotensi muncul di halaman pertama Google apabila carian dibuat menerusi telefon.
Sebetulnya perkara yang lebih penting adalah website mobile responsive memberikan keselesaan pada pengguna. Apabila pengguna suka, mereka baca website kita berulang kali. Hasilnya mereka percaya. Lalu mereka mahu jadi pelanggan kita.
Leave a Reply