URL bermaksud Uniform Resource Locator. Ada yang menggelarkan URL sebagai alamat website (domain). URL sebetulnya lebih umum. Ianya adalah alamat kepada semua perkara yang wujud di dalam Internet. Untuk tujuan kefahaman artikel ini, kita mengehadkan URL sebagai alamat website atau page website.
Terdapat beberapa kategori cara URL ditulis. Cara ini akan menentukan sama ada URL itu mesra SEO atau tidak. Walaupun URL bukanlah pemberat yang besar, tetapi ianya tetap menyumbang kepada kedudukan website kita. Jadi dicadangkan untuk ktia menghasilkan URL yang mesra SEO.
Jenis-jenis URL
Sekiranya kita menggunakan wordpress, pergi ke Settings > Permalinks. Di sini kita akan dipaparkan jenis-jenis URL yang boleh digunakan:
Plain: http://www.wanyusof.com/?p=123
Day and name: http://www.wanyusof.com/2016/03/30/sample-post/
Month and name: http://www.wanyusof.com/2016/03/sample-post/
Numeric: http://www.wanyusof.com/archives/123
Post name: http://www.wanyusof.com/sample-post/
Custom Structure: http://www.wanyusof.com
Antara jenis URL berikut, yang manakah yang dikatakan mesra SEO?
Bagaimana Robot Google Membaca
Dalam artikel apa itu Sitemap, saya ada menulis artikel khas untuk menerangkan bagaimana robot Google melihat dan membaca website kita. Daripada artikel ini, kita jelas bahawa robot Google tidak suka membaca nombor. Tetapi robot Google gemar membaca sesuatu yang berstruktur dan mudah difahami.
Atas sebab itu, ramai pakar SEO di Malaysia atau di dunia menyarankan kita untuk memilih URL jenis Post name sebagai pilihan utama. Selain daripada menjadikan struktur URL itu nampak cantik dan kemas, ianya juga membantu robot Google untuk memahami maksud URL tersebut.
Selain itu, digalakkan juga untuk kita memasukkan kata kunci pada URL berkenaan. Sebagai contoh:
Kata kunci: kedai kopi malaysia
URL: www.restoran.com/kedai-kopi-malaysia
hidayah abdul kadir
Assalamualaikum Tuan Wan Yusof,
Terima kasih atas perkongsian ilmu di atas. Persoalan saya, bagaimana cara untuk membuang url post yang ada tarikh?
contoh: http://www.restoran.com/2016/7/kedai-kopi-malaysia.html menjadi http://www.restoran.com/kedai-kopi-malaysia.html
Jazakallahu khayr ^^,
Wan Yusof Wan Jeffery
Waalaikumussalam. Sekiranya Cikpuan Hidayah menggunakan blogspot, maka kita tidak boleh buang tarikh dan tahun. Namun usah bimbang, tarikh dan tahun tidak akan menjejaskan SEO. Yang lebih utama adalah perkataan di belakang itu ‘kedai-kopi-malaysia.html’.
Neil Patel seorang pakar dalam SEO telah melakukan kajian dengan membandingkan jenis-jenis permalink yang digunakan. Antaranya
1) website.com/kedai-kopi
2) website.com/2016/7/kedai-kopi
3) website.com/2016/7/19800
Yang mesti dielakkan adalah nombor 3.
Tehokaw.com
Terima kasih tuan, banyak ilmu dpt dipelajari hasil perkongsian…sy ade soalan bagaimana kita nak mengetahui atau semak url kita yang tidak mesra seo..? Pening kepala juga klau content melebihi 1k ..jenuh rasanya..