1. Saya baru pulang dari trip Hanoi-Sapa, Vietnam.
2. Suhu di Hanoi agak sejuk. Sekitar 10-13 darjah. Tapi suhu di Sapa jauh lebih sejuk. Antara 3-4 darjah. Belum kira angin yang bertiup kencang.
3. Jarak antara Hanoi dan Sapa sekitar 6 jam menaiki bas.
4. Sapa terkenal dengan keindahan kawasan pergunungan. Ala-ala Cameron Highland versi Malaysia. Cuma lebih sejuk.
5. Sapa berada di penghujung musim sejuk. Jadi, pemandangan tidak berapa jelas disebabkan oleh kabus. Tak berapa sesuai untuk bergambar OOTD.
6. Di Sapa ada sekurang-kurangnya 3 restoran Halal. Harga makanan berpatutan.
7. Di Hanoi penduduk lebih padat. Seronok berjalan di sekitar Hanoi sebab tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.
8. Kalau anda minat membeli belah, mesti berani tawar harga. Terutamanya di kawasan Old Street.
9. Orang Vietnam kebanyakkan kurus. Susah nak jumpa yang obes. Walaupun orang Vietnam suka makan nasi.
10. Porsi makanan mereka sedikit. Biasanya satu mangkuk. Mereka suka makanan stim dan rebus.
11. Mereka juga suka bersenam. Ini adalah inspirasi daripada bapa kemerdekaan mereka, Ho Chi Minh.
12. Ho Chi Minh meninggal pada usia 79 tahun. Tour guide kami beritahu, rahsia panjang umur Ho Chi Minh adalah kerana suka bersenam.
13. Di Hanoi hanya ada 1 McDonald dan 2-3 KFC. Orang Vietnam tidak gemar pada fast food versi barat.
14. Kenderaan utama di sini adalah motorsikal. Mereka tidak kisah pada Zebra Crossing. Apabila anda mahu melintas jalan, terus lintas cepat-cepat. Motorsikal akan berhenti atau elak daripada melanggar anda.
15. Vietnam merupakan antara pengeksport biji kopi terbesar di dunia. Biji kopi Arabica, Robusta, Blue Mountain, Weasel, Vietnam – merupakan antara biji kopi yang banyak dijual di Hanoi.
16. Kopi yang terkenal adalah Egg Coffee dan Coconut Coffee. Harga kopi ini sekitar RM9 segelas.
17. Orang Vietnam agak peramah dan suka membantu.
18. Sewaktu makan di sebuah restoran Halal, kami minta sedikit ruang untuk solat. Pemilik restoran terus bagi satu bilik untuk kami solat. Siap mop lagi.
19. Vietnam adalah negara membangun. Mereka memiliki keindahan semulajadi. Dan mereka ada rakyat yang rajin.
20. Mungkin beberapa tahun lagi, pengalaman ke Hanoi-Sapa akan menjadi semakin bagus.
21. Oh ya, di Sapa, anda akan banyak berjalan kaki. Banyak naik turun tangga.
Leave a Reply