Apabila kita menulis pos terbaru di blog, kita perlu peka kepada satu elemen seo yang penting terutamanya untuk tahun 2016. Elemen ini dikenali sebagi ‘Permalink’.
Permalink adalah pautan untuk ke pos anda. Lihat contoh dibawah untuk memahami dengan lebih terperinci apa itu permalink:
http://wanyusof.com/apa-itu-permalink-dan-kenapa-anda-perlu-tahu (contoh 1)
http://wanyusof.com/1232139090 (contoh 2)
http://wanyusof.com/blog/seo/2012016 (contoh 3)
Ini contoh jenis-jenis permalink yang boleh dijumpai. Ada banyak variasi lagi yang boleh didapati di dunia internet.
Kenapa Anda Perlu Ambil Kisah Permalink?
Sebagaimana yang anda sedia maklum, Google akan menghantar robot mereka untuk membaca isi kandungan website kita. Setiap kandungan akan ditapis dan dianalisa oleh Google. Seterusnya kandungan itu akan diletakkan dalam kategori tertentu.
Sekiranya permalink kita bersifat jelas seperti contoh 1, maka ini sangat disukai oleh Google. Ianya memudahkan proses Google mencari kandungan halaman kita.
Tetapi jika permalink kita tidak mempunyai maksud yang jelas seperti contoh 2 dan contoh 3 maka ianya tidak digemari oleh Google. Akibatnya kita susah untuk muncul di hasil carian.
Seterusnya, apabila dipaparkan hasil carian, pengguna mempunyai kecenderungan untuk klik contoh 1 berbanding contoh 2 dan 3 kerana contoh 1 lebih telus dan jelas. Maka permalink juga mempengaruhi Click Through Rate (CTR).
Sekiranya anda menggunakan wordpress sebagai platform website, anda boleh mengubah struktur permalink dengan cara Settings>Permalink dan pilih Custom atau Post Name:
Leave a Reply