Tujuan kebanyakkan bisnes adalah untuk mendapatkan pelanggan.
Pelanggan ada dua jenis:
- Pelanggan baru (new customers)
- Pelanggan sedia ada (repeat customers)
Ingat lagi pada formula-formula ini?
Dalam formula 1, ada perkatan “new customers”.
Dalam formula 2, ada perkataan “repeat sales”.
Macam Mana Nak Dapatkan Pelanggan?
Ada 4 cara utama:
- Lorong berbayar (paid)
- Lorong viral
- Lorong konten
- Lorong jualan (sales)
Lorong 1 straight forward. Senang faham.
Bayar iklan > iklan muncul.
Lorong 2 menggunakan fungsi viral.
Viral boleh pecah 3 komponen utama:
a. Viral berinsentif
b. Viral organik
c. Word of mouth
Cara viral ini cepat untuk capai audiens.
Tapi nak mendapatkan viral itu tidak semudah yang disangka.
Lorong 3 pula fokus pada konten.
Contoh paling mudah Khairul Aming.
Dia menggunakan lorong 3 sepenuh-penuhnya.
Kerjanya buat konten sahaja.
Cuma kena ingat…
Kerja buat konten boleh tahan mencabar.
Ganjarannya juga besar apabila menjadi.
Lorong 4 pula menerusi jualan.
Kerjanya cari leads kemudia tukar kepada jualan.
Anda Nak Pilih Lorong Mana?
Pilih lorong yang audien anda berada.
Dan anda suka pada lorong itu.
Fokus pada satu lorong dulu.
Selepas lorong itu betul-betul optimize, baru buka lorong kedua.
Leave a Reply