Tahukah anda sebanyak 8100 carian bagi kata kunci ‘homestay’ dibuat setiap bulan. Ada ketikanya permintaan carian ini boleh mencecah 18000 carian. Ini menunjukkan bahawa homestay adalah satu perniagaan yang sentiasa mendapat permintaan. Untuk itu, ianya sesuatu yang perlu diberikan perhatian.
Percaya atau tidak, jumlah pemilik homestay yang menggunakan internet sebagai alat pemasaran masih rendah. Kebanyakkannya tidak tahu atau tidak mahu. Bagi golongan yang tidak mahu, maka ini tidak boleh dibantu. Tetapi bagi mereka yang tidak tahu, artikel ini boleh membantu anda. Artikel ini mengandungi 7 panduan khas menggunakan Internet untuk memasarkan homestay anda.
1. Bina Website
Setiap homestay wajib mempunyai website. Ini penting untuk kredibiliti dan autoriti. Bagi membina website, mulakan dengan servis percuma seperti blogspot.com dan wordpress.com. Sekiranya anda mempunyai kemahiran dan bajet, bina website yang nampak profesional. Website homestay anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya maklumat berikut:
A) Latar belakang homestay
B) Gambar-gambar homestay seperti bilik tidur, tandas, ruang tamu
C) Kemudahan di sekitar atau tempat menarik di sekitar homestay
D) Peta lokasi
E) Borang tempahan (gunakan Google Doc untuk peringkat awal)
2. Daftar Google Business
Selepas memiliki website, daftarkan bisnes anda di Google Business. Proses ini akan membantu homestay anda untuk muncul dengan lebih mudah di Google. Ianya percuma. Apa yang diperlukan hanyalah alamat untuk verifikasi. Anda boleh rujuk artikel Cara Percuma Untuk Iklankan Bisnes Anda di Google.
3. Iklankan Homestay Anda di Mudah
Di peringkat awal, homestay anda mungkin belum dikenali lagi. Untuk itu kita perlu cari tempat di mana pencari homestay berkumpul. Antaranya mudah.my, ibooking.com, ibilik.my, agoda.com. Daftarkan homestay anda di website ini. Saya cadangkan mulakan dengan mudah.my. Kemudian tambah direktori secara perlahan-lahan. Pastikan anda membaca peraturan dan syarat yang dikenakan untuk mengelakkan masalah di masa akan datang.
4. Bina Profile Facebook Anda
Cadangan ini mungkin jarang didengari. Kebiasaannya orang akan mencadangkan untuk membuka Page. Berdasarkan maklum balas yang saya terima, profil adalah tempat yang efektif untuk anda menarik pelanggan terutamanya di peringkat awal. Kredibiliti profil tinggi. Justeru kita boleh memanfaatkan peluang ini. Kemudian barulah dibina Page khas homestay itu.
5. Gunakan Fungsi Group di FB
Buat carian di Facebook group homestay. Kemudian masuk group itu dan mulakan sesi promosi anda. Ini kaedah biasa. Ada juga pengusaha homestay yang mencipta group baru. Mereka kemudiannya menjemput semua kawan mereka ke dalam group berkenaan. Sesiapa yang ingin keluar, boleh keluar. Mereka yang kekal dalam group itu akan menerima info homestay anda.
6. Iklankan Homestay di FB
Ini adalah langkah yang terkehadapan. Pun begitu jika anda sudah biasa dengan iklan di Facebook, maka boleh mulakan. Pilih target yang betul. Seandainya anda ingin mendapatkan kos iklan yang murah, hasilkan video homestay. Pastikan video itu tidak melebihi 60 saat. Tonjolkan kelebihan dan keindahan homestay anda. Kemudian jadikan iklan. Video sebegini boleh menarik perhatian audiens dengan mudah (viral).
7. Berkongsi Info
Seandainya anda ingin mengambil satu mesej utama dari artikel ini, maka amalkan yang ini. Banyakkan berkongsi info berkaitan apa yang pelanggan anda inginkan. Sebagai contoh, jika homestay anda disasarkan kepada keluarga, maka kongsikan info seperti tempat-tempat menarik, restoran yang mesti dicuba, tip keselamatan. Ini secara tidak lansung akan menarik minat mereka. Kaedah ini dipanggil soft-sell atau native ads. Kaedah iklan secara terus gunakan sekali sekala.
Ini adalah 7 panduan khas pemilik homestay untuk menggunakan Internet sebagai medium pemasaran. Sejauh mana keberkesanannya? Anda perlu cuba. Kebanyakan panduan dan tip di atas tidak menggunakan duit. Zero-cost marketing. Jadi usah takut mengambil risiko. Selamat mencuba.
mohd fairuz bin abd majid
inspiring,infomative dan interesting. very much lovely its. thanks.
Scahayamurni
Terima kasih atas segala info yang diberi.sangat berguna untuk promosi homestay saya
pocong
Tuan cari keyword tu guna apa? Analytics?
Wan Yusof Wan Jeffery
Boleh gunakan Google Adwords, Autosuggestion.
hasbuddin
di mana nak dapatkan perkhidmatan buat google adwords?
Pak Tom Homestay Elisha
Very informative…sangat membantu untuk pengusaha homestay
Faridah Abdul Aziz
Terima kasih atas segala info yang dikongsikan di atas….. ianya sangat berguna untuk promosi homestay saya juga.
Awesome
Sy ada homestay dan ingin mempelajari cara untuk iklankan dalam google sekiranya carian dibuat dan public akan mudah menjumpai homestay sy.
TQ
Wan Yusof Wan Jeffery
Tuan boleh ikuti tips di atas dan boleh mulakan dengan artikel 13 Teknik On Page SEO.
Bebas
Kalau saya ada homestay, saya nak promote kat Trivago dengan Airbnb.
Francesca Fidler
Hello
YOU NEED QUALITY VISITORS FOR YOUR: wanyusof.com ?
WE PROVIDE HIGH-QUALITY VISITORS WITH:
– 100% safe for your site
– real visitors with unique IPs. No bots, proxies, or datacenters
– visitors from Search Engine (by keyword)
– visitors from Social Media Sites (referrals)
– visitors from any country you want (USA/UK/CA/EU…)
– very low bounce rate
– very long visit duration
– multiple pages visited
– tractable in google analytics
– custom URL tracking provided
– boost ranking in SERP, SEO, profit from CPM
CLAIM YOUR 24 HOURS FREE TEST HERE=> ventfara@mail.com
Thanks, Francesca Fidler
Lonnie Becher
When I originally left a remark I surface to possess clicked to the -Notify me when new reviews are extra- checkbox and from now on every time a remark is additional I get 4 e-mail with the exact same remark. Perhaps There may be a fairly easy strategy you’ll be able to eliminate me from that services? Several many thanks!
http://moving04443.bligblogging.com
Mohd Fauzi M Zain
Tuan, saya nak iklanhomestay saya dan bina website dan iklan di google business.boleh tolonng buat dan berapa fee ?
Saya cuma ada astu homestay saja.
Thanks