Ini adalah siri #1 Weekly Wisdoms(WW).
Dalam siri ini saya akan catatkan apakah perkara-perkara menarik yang saya belajar minggu ini.
Edisi WW akan bersiaran sekali seminggu.
Kita terus kepada pelajaran pertama…
#1 The Brandformance Era
Baru-baru ini buat pertama kalinya Facebook anjurkan Brandformance Summit.
Sebelum ini mereka hanya anjurkan Performance summit.
Brandformance = brand + performance
FB kata mereka adalah platform yang terbaik untuk brandformance.
Well…tiktok pun kata benda yang sama.
Teknik lama dalam advertising adalah performance marketing.
Kaedah ini mensasarkan short-term gain. Result terus.
Manakala brandformance melibatkan
1. brand building
2. performance marketing
Menurut data dari WARC,
A recent study conducted by WARC in collaboration with TikTok found that there was a 36% increase in cost-per-acquisition(CPA) efficiency and a 33% higher conversion rate (CVR) when marketers used this strategy.
WARC
Persoalannya macam mana nak buat iklan brandformance?
Brandformance adalah kempen yang mensasarkan kepada long-term gain dan short-term gain.
Maksudnya…
Anda tidak buat iklan single-objective a.k.a conversion semata-mata.
Tetapi anda betul-betul buat iklan mengikut sales funnel.
“Tapi saya company kecil…tak cukup bajet…”
Terpulang kepada anda.
Anda boleh peruntukkan sedikit bajet untuk buat iklan brand building.
Kemudian tingkatkan secara perlahan-lahan.
#2 Thinking Time
Saya sedang baca buku The Road Less Stupid.
Ditulis oleh Keith Cunningham.
Buku ini memang padu. Penuh dengan insightful lessons.
Saya kongsi satu poin penting dulu.
Kata Keith, orang bisnes adalah orang yang sering buat keputusan salah.
Makin banyak keputusan salah, makin gagal bisnesnya.
Jadi macam mana nak kurangkan buat keputusan salah?
Keith beritahu, “the more emotional you are, the less intellectual your decision will be”
Untuk mengurangkan emosi, Keith suruh schedule thinking time.
Thinking time adalah masa khusus untuk anda berfikir.
Semasa thinking time, hanya bawa pen dan kertas.
Sediakan soalan yang bermain di fikiran anda.
Jawab soalan itu dalam masa 30-40 minit.
Thinking time ini mesti buat paling sedikit sekali seminggu.
Paling bagus, setiap hari.
#3 The Feynman Technique
Macam mana anda nak go deep dalam satu-satu topik?
Shane Parish kongsikan teknik ini.
“Siapa Shane Parish?”
Kalau Google terus keluar profil dia.
Secara mudahnya, Shane adalah orang yang belajar macam mana orang hebat-hebat boleh jadi hebat.
Dan bagaimana orang biasa nak jadi luar biasa.
Shane kongsi salah satu teknik efektif untuk menguasai satu perkara baru adalah menggunakan The Feynman Technique.
Caranya:
- Tetapkan satu topik yang anda nak kuasai
- Ajar topik itu kepada kanak-kanak
- Semak balik kefahaman anda
- Susun nota dan ulang kaji kembali di masa akan datang
Apabila anda kena ajar orang tentang sesuatu perkara,
anda akan belajar sungguh-sungguh.
Apabila anda kena ajar budak-budak, lagilah kefahaman anda kena padu.
Kalau tidak, budak-budak tak faham.
It’s Your Turn…
Ini adalah 3 pelajaran penting yang saya belajar minggu ini.
Anda boleh komen kalau nak tambah atau beri cadangan.
Kita jumpa lagi minggu hadapan.
Nota untuk bacaan lanjut:
Leave a Reply