Pada tahun 1900, hanya ada 3000 buah kereta berlegar di jalan raya di Perancis.
Michelin, syarikat pencipta tayar, mula berfikir.
"Makin banyak kereta dihasilkan, makin banyak tayar digunakan.
Makin tinggi juga jualan mereka".
Lalu Michelin buat satu perkara.
Michelin cipta Michelin's Guides.
Dalam ini bukan panduan tukar tayar.
Dalam Michelin's Guides ada tempat makan, tempat isi minyak, senarai hotel dan senarai kedai tayar Michelin.
Mudahnya, Michelin's Guide = panduan jalan-jalan cari makan.
Panduan ini diberikan percuma.
Supaya semua orang dapat guna.
Lalu...
Berlaku banyak pergerakan.
Banyak guna kenderaan.
Banyak tayar digunakan.
Kesannya jualan tayar Michelin mencanak naik.
Michelin menggunakan konten sebagai senjata pemasaran 😊
Menarik?
Begitulah kekuatan konten.
Bersahaja namun berbisa.
Leave a Reply