Ada satu eksperimen pelik.
Peserta direkrut dan dibahagikan kepada dua kumpulan.
Peserta kumpulan A dikehendaki menyiapkan origami.
Memandangkan kesemua peserta adalah orang yang baru dalam origami, maka Prof Ariely menyediakan arahan dan cara-cara untuk buat origami dengan terperinci.
Selepas peserta siap, Prof beritahu bahawa hasil karya origami mereka berpotensi untuk dijual.
Peserta diminta meletakkan harga yang dirasakan sesuai.
Untuk kumpulan B, mereka tidak buat origami.
Sebaliknya mereka diminta untuk menilai hasil origami peserta kumpulan A dan meletakkan harga yang sesuai.
Apabila dibandingkan harga kumpulan A berbanding B, peserta kumpulan A meletakkan harga 5X lebih mahal berbanding harga yang diberikan oleh kumpulan B!
Eksperimen ini kemudiannya diulang lagi...dengan sedikit perubahan...
Kali ini peserta baru tidak diberikan arahan melipat origami dengan terperinci.
Mereka harus cuba-cuba dan fikir sendiri.
Hasilnya origami mereka tidak berapa nampak rupa.
Kemudian mereka diminta menilai hasil karya mereka.
Dan...
Kumpulan ini memberikan nilai harga lebih tinggi berbanding kumpulan A!
Kenapa jadi begitu?
Pertama, macam yang saya terangkan dalam The IKEA Effect, apabila sesuatu produk itu melibatkan campur tangan pengguna, mereka lebih menghargai produk itu.
Jadi mereka cenderung untuk memberikan nilai yang tinggi.
Daripada eksperimen ini, kita dapati semakin banyak atau semakin susah pengguna perlu buat, semakin tinggi nilai yang diberikan.
Syarikat-syarikat gergasi makin banyak menggunakan teknik ini.
Mereka sebut sebagai "PERSONALIZATION".
Personalization bukan sekadar menunjukkan produk itu khas untuk pengguna.
Bahkan personalization berfungsi memberikan rasa milik bersama yang lebih kuat.
Di Starbucks, anda boleh cipta air minuman ikut suka. Ada nama anda lagi.
Di Subway, anda boleh pilih kombinasi sandwich apa yang anda mahu.
Di Apple, anda boleh tulis nama anda pada produk seperti iPad.
Apabila sesuatu produk itu mempunyai sentuhan anda, maka anda lebih sayang dan meletakkan nilai yang jauh lebih tinggi dari yang sepatutnya.
Jadi...
Mulakan personalization dalam kempen anda.
Hasilnya berbaloi-baloi.
Leave a Reply