Kenapa anda perlu ada teknik copywriting? Antara masalah yang marketer sering hadapi adalah tak ada idea copywriting. Tak dapat inspirasi. Clueless.
Kesannya iklan lambat terhasil. Ini bahaya.
Salah satu kunci besar dalam kejayaan marketing adalah timing.
Bayangkan permainan bola sepak. Anda adalah penyerang.
Bola tiba di kaki anda. Penjaga gol sudah terjatuh di sebelah kanan.
Anda di sebelah kiri.
Kalau anda tidak sepak sekarang, pemain lain akan datang.
Apa anda akan buat?
Sama saja konsepnya dalam marketing.
Idea yang hebat kalau salah masa tak menjadi juga.
Macam kisah Palm.
Pernah dengar?
Palm merupakan ‘smartphone’ terawal muncul.
Tapi dia muncul di waktu yang salah.
Waktu istilah smartphone tak wujud lagi...
Waktu itu jangan kata nak dapat WIFI...
Internet pun perlahan yang amat.
Akhirnya tamatlah riwayat Palm.
Begitu juga kalau anda ada idea yang hebat tapi tidak dilaksanakan.
Pun akan menerima nasib yang sama.
Sebagaimana Kodak tidak mahu beralih kepada digital photography.
Walaupun semua orang sudah mula pergi ke situ.
Berbalik kita kepada copywriting…
Adalah menjadi perkara biasa untuk copywriter mengalami writer’s block.
Idea tak datang-datang.
Jadi untuk mengatasi writer's block, anda mesti ada 3 senjata.
Tiga senjata ini adalah teknik copywriting yang saya gunakan setiap hari.
3 Teknik Copywriting Atasi Writer's Block
Baiklah.
Sekarang kita terus kepada senjata pertama.
Teknik 1: The Ads Library
Ads Library adalah koleksi iklan-iklan yang anda suka.
Boleh jadi anda suka kerana hook, gambar, video…
Yang penting anda mesti simpan di satu tempat.
Apabila saya lihat iklan menarik di FB, saya akan cepat-cepat klik SAVE VIDEO.
Kemudian masukkan iklan itu dalam satu collection.
Collection ini macam folder.
Nama collection anda boleh namakan ikut suka.
"Macam mana nak cari balik collection yang saya saved tadi?"
Senang saja.
Bila anda perlukan, hanya pergi ke menu dan cari SAVED.
Sama juga di instagram,
anda klik SAVED dan masukkan ke dalam collection.
Untuk TikTok pula, kalau saya jumpa iklan menarik,
saya akan terus download iklan itu.
Jadi sekarang ini anda sudah ada 3 Ads Library:
1. Facebook Collection
2. Instagram Collection
3. TikTok Video
Mudahkan?
Langkah seterusnya adalah pilihan.
Saya suka untuk kumpulkan data di satu tempat.
Jadi apa yang saya buat biasanya, selain dari save ke dalam collection,
saya juga akan hantar ke dalam group telegram.
Di group telegram lebih mudah dan senang untuk akses.
Group ini saya kongsikan dengan tim.
Dan mereka pun hantar juga.
Jadi kita akan sama-sama bina Mega Ads Library.
Sekarang kita tengok senjata kedua.
Teknik 2: The Flow State
Perasan tak ada waktu anda dapat idea mencurah-curah.
Waktu itu tulis copywriting senang saja.
Tapi ada waktu blank terus.
Macam mana nak dapat waktu yang idea mencurah-curah?
Inilah yang dikatakan sebagai The Flow State.
Saya cadangkan anda baca buku The Art of Impossible dari Steven Kotler.
Buku ini sangat powerful dan praktikal.
Flow State adalah keadaan di mana kita betul-betul fokus. 110%!
Apabila atlet-atlet profesional bertanding, mereka mahu berada di flow state.
Apabila berada dalam flow state, anda tidak sedar penat, lama masa berlalu.
Yang anda tahu siapkan kerja yang perlu disiapkan.
Jadi sebagai copywriter atau marketer,
waktu yang terbaik untuk buat iklan adalah waktu anda berada dalam Flow State.
Bagi orang biasa, flow state datang tiba-tiba.
Atau datang sekali sekala.
Tapi…
Kalau anda belajar bagaimana mencipta flow state,
Anda boleh masuk ke flow state setiap hari!
Sebab itu saya cadangkan anda baca buku Steven Kotler atau
tonton video ini.
Kalau anda tak masuk-masuk juga flow state, jangan bimbang.
Saya akan kongsi dengan anda satu lagi senjata rahsia.
Hacking the flow state!
Nak ke nak sangat?
Teknik 3: Ads Inspiration Tool
Marketer yang power mereka pandai ‘mencuri’.
Bukan mencuri barang, tapi curi konsep.
Anda tahu beza antara chef dan tukang masak?
Kedua-duanya boleh masak.
Tapi tukang masak hanya tahu masak resipi yang dia belajar sahaja.
Sedangkan chef boleh mencipta resepi menggunakan bahan-bahan yang ada.
Sebab chef faham konsep atau asas.
Sama juga dalam kes kita.
Seorang copywriter yang hebat apabila dia nampak iklan,
dia nampak konsep yang digunakan.
Kemudian dia cuba replicate konsep itu ke dalam iklan dia.
Bukan tiru bulat-bulat!
Mungkin anda tertanya-tanya di mana anda ingin ‘mencuri’.
Inilah tempat-tempat kegemaran saya belajar iklan-iklan power.
1. Facebook Ads Library
Ease of use
Data Quality
Price
Percuma
Facebook Ads Library adalah tempat rujukan utama saya.
Anda boleh tengok iklan-iklan dari semua orang.
Tidak terhad kepada Malaysia saja, bahkan anda boleh pergi ke serata dunia.
Contoh saya nak tengok iklan yang Mr DIY buat. Taip saja Mr DIY.
Kemudian saya akan cuba kenal pasti apakah konsep iklan yang digunakan.
Dalam artikel Contoh Copywriting Power, saya ada buat kajian perbandingan bagaimana 12 advertisers besar di Malaysia beriklan.
Anda boleh baca untuk lihat bagaimana saya ambil konsep iklan dari mereka.
Kelemahan Facebook Ads Library adalah anda kena tahu page mana yang anda ingin lihat.
Kalau anda tidak tahu siapa pesaing, maka anda tidak dapat cari mereka.
Lagi satu, anda juga tidak boleh filter iklan-iklan mengikut objektif.
Jadi anda tidak dapat tahu secara spesifik adakah iklan yang ada sekarang ini iklan yang perform atau testing.
2. TikTok Creative Centre
Ease of use
Data Quality
Price
Percuma
Sekarang ini TikTok Creative Centre merupakan tempat inspirasi kegemaran saya. Hampir setiap hari, saya akan buka website ini untuk cari idea-idea baru.
Apa yang menarik tentang TikTok Creative Centre adalah semua kelemahan Facebook Ads Library tadi sudah diatasi oleh TikTok.
Anda boleh lihat iklan orang lain mengikut objektif dan industri. Ini sangat power.
Anda boleh klik pada iklan yang anda mahu kalau nak lebih info.
3. Meet AdBox
Ease of use
Data Quality
Price
Berbayar
AdBox memantau Top 3000 advertisers di Facebook.
Kemudian iklan-iklan dari advertiser ini disusun ikut kategori yang relevan.
Selain dari itu AdBox juga ada menyediakan laporan kes studi, hooks untuk anda baca.
Secara keseluruhannya, AdBox ini memudahkan kerja anda.
Cuma kelemahannya data yang ada tidak sebanyak FB Ads Library ataupun TikTok Creative Centre.
Dan fokus AdBox lebih kepada US Market.
4. SwipeFile
Ease of use
Data Quality
Price
Percuma
SwipeFile merupakan tempat yang menarik untuk belajar dan ambil inspirasi.
Berbeza dengan tiga platform di atas, SwipeFile lebih menyeluruh.
Ada printing ads, magazine, outdoor dan macam-macam lagi.
Tidah terhad kepada iklan di Facebook atau TikTok sahaja.
Dan ada fungsi filter. Anda hanya klik saja kategori yang ada dan konten-konten akan berubah.
Kekurangan SwipeFile adalah kekerapan data ditambah agak perlahan.
Juga ada kemungkinan anda boleh lari fokus dek kerana terlalu asyik melihat pelbagai iklan yang dipaparkan.
5. Copy.Ai
Ease of use
Copy Quality
Price
Percuma/Berbayar
Copy.Ai merupakan tool baru yang sedang meningkat naik.
Tool ini menggunakan fungsi artificial intelligence untuk menghasilkan ayat jualan.
Sebenarnya bukan setakat ayat jualan, anda boleh gunakan untuk tulis blog dan ayat dalam email.
Saya gunakan tool ini untuk mendapatkan idea-idea copywriting.
Saya tunjukkan contoh. Mula-mula buat New Project.
Masukkan maklumat berkaitan produk anda.
Pilih tone. Tone merupakan lenggok atau gaya ayat yang akan digunakan.
Kemudian klik create copy.
Dan tadaa…anda dapat cadangan-cadangan idea copywriting.
Kalau anda perhatikan, saya masukkan penerangan tentang produk dalam Bahasa Malaysia dan Copy.Ai boleh faham input itu.
Power ke power sangat?
Bagi saya tool ini berbaloi untuk anda cuba. Lagipun ada pelan percuma.
Anda tak rugi apa-apa.
Cuma macam biasa...
Jangan serah bulat-bulat kerja copywriting ini pada robot.
Anda perlu semak dan masukkan kreativiti anda juga.
Teknik Idea Copywriting Berkesan...
Copywriting adalah satu kemahiran.
Kemahiran perlukan latihan.
Makin kerap anda berlatih, makin bagus kemahiran anda.
Syaratnya...
Ada maklumbalas ataupun feedback.
Maklumbalas ini kita dapat daripada hasil iklan.
Kalau result iklan makin lama makin bagus, maksudnya kemahiran anda makin bagus.
Boleh kongsikan apa teknik cari idea copywriting kegemaran anda?
Leave a Reply