Ada 3 kunci penting dalam kempen marketing yang berkesan.
“Tiga saja?”
Betul. Hanya tiga. Yang lain itu adalah komponen-komponen kecil saja.
Apabila kempen tak menjadi, puncanya adalah kerana rosak salah satu antara tiga elemen ini.
Pertama dan yang terutama adalah audiens. Salah target audiens, iklan tak convert.
Ambil masa untuk kaji siapa audien. Apa ciri-ciri mereka. Di mana mereka berkumpul.
Jangan tangkap ikan keli di lautan!
Kedua adalah tawaran. Ada 7 komponen dalam tawaran. Bukan terhad pada diskaun semata-mata.
Tawaran yang betul akan menyebabkan audien yang tidak mahu beli terus beli.
Tawaran yang salah akan menyebabkan audien yang mahu beli tawar hati.
Ketiga barulah creative dan copywriting. Atau mudah disebut sebagai iklan.
Mereka yang baru terjun dalam dunia marketing biasanya akan obses dan fokus pada elemen ketiga dahulu.
Sedangkan kuncinya terletak pada elemen pertama dan kedua.
Leave a Reply