Siapa tak pernah makan mi segera?
Kenapa orang suka makan mi segera? Senang dan cepat dimasak. Rasa ok.
Itulah sifat semulajadi manusia. Sukakan sesuatu yang tidak perlu banyak usaha. Yang penting menjadi dengan segera. Banyak masalah hari ini lahir daripada sifat ini.
Ada pemimpin mi segera…
Ada skim mi segera…
Ada kursus mi segera…
Macam-macam. Sebagaimana banyaknya perisa mi segera di pasaran, demikian juga banyaknya produk ‘mi segera’ ini. Dan setiap produk ada peminatnya. Anda mungkin tidak berminat, tetapi orang di sebelah anda mungkin penyokong tegar.
Adakah salah produk mi segera? Produk tidak salah. Yang salahnya adalah kalau pengeluar produk itu memanipulasi ‘mi segera’ mereka. Contohnya, mi segera keluaran A perlu dimasak selama 10 minit, tapi diberitahunya 2 minit siap!
Menipu boleh melariskan jualan. Tetapi tiada keberkatan. Apabila tiada keberkatan, sebagaimana cepatnya duit masuk, cepat juga ianya keluar. Lebih menarik lagi, duit yang tidak berkat keluar dengan pelbagai macam cara. Demikian bagaimana baiknya Tuhan ingin menyucikan harta hambanya.
Jadi berhati-hati dengan ‘mi segera’
Leave a Reply