Iklan sudah cantik. Banyak klik. Kos per klik pun murah. Cuma tak ada yang membeli. Adakah sebab ayat copywriting tak power? Atau Sales Page tak menarik?
Dalam artikel ini saya akan berkongsi 12+2 Step Sales Page Sequence.
Apabila digunakan anda akan melihat perubahan pada conversion rate sales page.
Kalau anda nak cepat, pilih terus elemen mana yang anda nak baca dulu.
Cuma jangan lupa baca elemen laaaasst sekali
(hint: ada bonus)
#1 Cakap Kepada Siapa
Panggil atau sebut terus siapakah audien yang kita mahu.
Ini akan menyebabkan audiens yang relevan akan berkata, “Ya saya…”
Lihat bagaimana Todd Brown menggunakan elemen call out dalam sales page.
Call out ini biasanya diletakkan di bahagian atas sekali dan warnanya kontras berbanding yang lain.
#2 Grab Attention - BHAH
Big, Hairy, Audacious Goals - dipopularkan oleh Jim Collins.
Big, Hairy, Audacious HEADLINE - ini adalah elemen untuk tangkap perhatian audien.
Headline yang biasa-biasa tak ada siapa nak baca.
Headline BHAH adalah headline yang memberikan apa yang audiens mahu.
Bukan hype. Bukan overclaim. Headline ini mesti benar dan betul.
Sekarang kita lihat dulu contoh-contoh headline BHAH.
Pertama dari Russell Brunson.
Yang ini pula dari The 21.7 Billion Dollar Man, Jay Abraham.
Cuba kenal pasti apakah yang menyebabkan headline ini dikenali sebagai headline BHAH.
Kalau anda nak belajar lebih dalam bagaimana membina headline BHAH, saya ada ajarkan dalam kelas Super Sales Page.
Saya terangkan dan tunjukkan step by step bagaimana nak bina headline BHAH. Ada teknik dan caranya.
Headline BHAH akan ada sistem sokongan.
Sistem sokongan ini dikenali sebagai...
#3 Sokong Headline
Penyokong headline adalah subheadline.
Subheadline berfungsi membantu menguatkan lagi headline.
Subheadline boleh berada di atas atau di bawah headline.
"Adakah saya patut menggunakan subheadline?"
Jawapan yang paling mudah adalah cuba a.k.a test.
Jawapan yang lebih saintifik adalah belajar market sophistication.
Apabila anda faham market sophistication, anda akan lebih jelas bagaimana memposisikan produk anda dan apakah subheadline yang sesuai.
Video dari founder Mindvalley, Vishen Lakhiani, menerangkan dengan baik tentang market sophistication.
Sekarang anda sudah dapat tarik perhatian audien.
Audien sudah baca headline dan subheadline.
Maka terus sahaja kepada hot spot audiens...
#4 Kenal Pasti MASALAH Audien
Kesilapan sales page yang sering kali dilakukan oleh ramai orang adalah asyik bercakap tentang produk mereka sahaja.
Sedangkan audien mahu tahu adakah produk ini boleh menyelesaikan masalah mereka.
Sampaikan masalah audien itu dalam bentuk cerita.
Cerita akan membuatkan audien terpesona.
Perkara penting yang mesti dilakukan apabila bercerita tentang masalah:
“Tapi kat mana saya nak cari cerita masalah-masalah ini?”
Lakukan kajian.
Bercakap dengan pelanggan sedia ada.
Hanya apabila anda betul-betul kenal audien, baru anda dapat tahu masalah mereka.
Dan hanya apabila anda tahu apa masalah mereka, baru anda dapat...
#5 Persembahkan Solusi
Pada ketika ini, audien yang membaca sales page anda akan mula teruja dengan produk anda.
Mereka mahu tahu lebih lagi...
Jadi terangkan dan tunjukkan kepada mereka bagaimana produk atau servis anda boleh menyelesaikan masalah mereka.
Persembahkan solusi kepada mereka dalam bentuk yang jelas sejelasnya. Antaranya,
1. Demo Produk
2. Kes Studi
3. Free Trial
Alternatifnya, anda boleh gunakan teknik F.A.B juga untuk mempersembahkan solusi anda.
Teknik F.A.B
Ada satu teknik lagi.
Teknik ini apabila digunakan akan menyebabkan prospek semakin terliur.
Bayangkan selepas dia baca tentang solusi produk anda, dia akan terus berkata “Yes! This is it. Aku nak sekarang!”.
Teknik ini saya dedahkan dalam Super Sales Page.
Sekarang kita move on ke elemen seterusnya.
#6 Siapa Anda
Satu kunci penting dalam sales page adalah kepercayaan.
Audien hanya akan serahkan duit apabila,
- 1Mereka percaya produk itu boleh bantu mereka
- 2Mereka percaya dengan siapa mereka berurus niaga
Jadi anda perlu beritahu siapa anda.
Sama ada syarikat atau individu.
AWAS!!!
Saya pernah jumpa ada orang letak di sales page:
AJK Persatuan ....
AJK Kelab ...
Alumni ...
Paparkan anugerah-anugerah, gambar bersama tokoh, acara yang anda rasmikan atau dijemput sebagai speaker...
kuncinya gambar bukti-bukti kejayaan.
Lihat contoh dari SifufBads.
Kunci dalam memberitahu siapa anda adalah berpada-pada.
Jangan sampai separuh sales page itu cerita pasal diri anda saja.
Ini orang kampung saya panggil “jeng kreng!”.
Selepas audien kenal anda, kini masanya untuk…
#7 Manfaat, Manfaat, Manfaat
Manfaat adalah apa yang audien dapat.
Bukan ciri-ciri produk itu.
Tadi saya beritahu teknik F.A.B.
Kita lihat bagaimana Apple gunakan FA+B.
Features : Ceramic Shield
Advantage : Clearly Tougher Than Any Smartphone Glass
Benefit : 4x better drop performance
Lihat satu lagi contoh.
Dari ClickFunnels. Bawah sekali.
Selepas anda tunjukkan manfaat,
tunjukkan pula elemen seterusnya.
Audien akan terus tergamam!
#8 Mana Bukti Anda
Ini berkait dengan poin di atas.
Selepas anda tunjukkan kredibiliti, tunjukkan bukti produk anda boleh melakukan apa jua claim yang anda buat tadi.
Cara yang paling mudah untuk menunjukkan bukti adalah testimoni.
Anda mesti jadi gila untuk mendapatkan testimoni.
Testimoni adalah bukti produk anda deliver the results.
Ini contoh yang ditunjukkan oleh The Ultimate CEO.
Mereka menjual kelas training Shopee.
Dalam sales page, mereka menyatakan salah satu manfaat yang akan didapati setelah mengikuti kelas adalah dapat jana duit menerusi Shopee.
Sekiranya anda belum mendapatkan testimoni, hubungi pelanggan sebelum ini.
Wujudkan bank testimoni.
Kumpulkan testimoni di satu lokasi.
Sebaiknya dapat diakses oleh semua tim.
Pada saat ini audien yang teruja sudah bersedia untuk beli produk anda.
Maka muncullah…
#9 Tawaran Yang Tak Dapat Ditepis
Ini adalah peringkat yang paling penting.
Pada ketika ini, anda akan tunjukkan tawaran istimewa.
Tawaran ini mestilah tawaran yang tidak dapat ditepis.
Irresistible. No brainer.
Tawaran yang menarik biasanya mempunyai gabungan komponen-komponen berikut:
Tawaran Menarik
Anda tidak perlu menggunakan keempat-empat elemen.
Cuma apabila keempat-empat ini bergabung, kesannya memang luar biasa.
Kalau anda ada masalah nak bina tawaran yang menggiurkan atau nak susun macam mana tawaran, saya cadangkan anda sertai Super Sales Page.
Dalam kelas ini, kita akan go deep bagaimana membina irresistable offer.
Apabila anda menguasai kemahiran ini, audien memang terpaksa beli.
Mereka akan cakap, orang gila saja yang tak grab peluang ini.
“Macam mana kalau offer biasa-biasa saja? Saya ejen. Kena ikut HQ”
Kalau begitu, gabungkan tawaran biasa-biasa anda dengan elemen seterusnya.
#10 Beri Mereka Jaminan
Di awal tadi saya beritahu kunci untuk jualan berlaku adalah kepercayaan.
Apabila audien percaya, mereka mudah membeli.
Bagaimanakah ingin buat mereka lebih percaya?
Berikan jaminan.
Jaminan dalam bentuk pemulangan wang.
Jaminan dalam bentuk tukaran barang.
Mudahnya, kenal pasti apakah bentuk jaminan yang prospek mahu dan anda boleh berikan.
“Saya risau kalau bagi money back guarantee nanti ramai customer tipu…”
Setakat pengalaman saya, kes pelanggan tipu ini tidak banyak.
Yang minta refund pun sangat-sangat sedikit.
Kalaju jual 100, mungkin yang refund 1-2 kes sahaja.
Kalau anda takut pada refund, letakkan CONDITIONAL REFUND.
Conditional refund adalah pemulangan bersyarat.
Contohnya anda akan pulangkan kembali wang selepas mereka cuba produk itu dan terbukti tidak ada hasil.
Macam yang ditunjukkan oleh Neuroversiti oleh Dr Rizal.
Jelas?
Ok. Sekarang kita perkenalkan elemen seterusnya
Elemen ini akan menjadikan audien bertindak segera!
#11 Saya Nak Ke Toilet Dah Ni
Bayangkan anda sakit perut yang amat.
Tiba-tiba bos panggil meeting.
Apa anda buat?
Tak jadi ke toilet? Sorry...
Ini namanya Teknik U.S
Apabila U.S bergabung, audien akan buat tindakan sekarang.
U = urgency
S = scarcity
Caranya adalah dengan memberitahu audien, produk atau tawaran ini:
Teknik U.S
PENTING: Beritahu masa atau kuantiti yang betul. Jangan salah guna teknik ini semata-mata untuk paksa audien ambil tindakan sahaja.
Teknik U.S ini biasanya dibuat menggunakan Countdown Timer.
Di bawah ini adalah contoh countdown timer yang digunakan oleh Tony Robbins.
Pada ketika ini, audien yang baca sampai ke peringkat ini sudah siap untuk membuat belian.
Maka terus munculkan...
#Call To Action
Audien sudah bersedia untuk membeli.
Mereka dah jelas tawaran.
Mereka mahu beli sekarang.
Beritahu mereka buat tindakan sekarang menerusi CALL TO ACTION.
Letak butang CALL TO ACTION sejelas-jelasnya.
Mengikut kajian, warna butang yang paling bagus adalah warna merah.
Berdasarkan pengalaman saya, warna apa pun tidak kisah.
Yang penting mesti BERBEZA dan KONTRAS berbanding elemen lain.
Satu Lagi Rahsia...
Apabila anda gunakan elemen-elemen ini, anda akan dapati perubahan pada kadar konversi.
Kalau anda mahu tingkatkan lagi, saya bagi satu lagi tips.
Susun ikut sequence seperti mana saya susun di atas tadi (tips 13).
Dari nombor 1 hingga nombor 14.
Dan disebabkan anda sudah baca sehingga ke sini, saya dedahkan satu lagi tips. Yang keempat belas.
Gunakan P/S.
Masukkan summary kepada tawaran anda dalam P/S.
Ramai orang suka baca skip-skip (mungkin sebab itu anda baca yang ini dulu kan)
Don’t worry, untuk skippers, ini 14 elemen yang mesti ada pada sales page.
Anda boleh right click dan save as.
Dan andai kata anda mahu belajar macam mana nak transform sales page kepada Super Sales Page, saya akan buat satu training.
Dalam training ini saya akan kongsikan bagaimana nak baiki landing page yang conversion rate-nya (CR) 0.91% kepada 10%.
Bayangkan, kalau ada 1000 orang pelawat,
CR = 0.91% x 1000
= 9 orang pembeli
CR = 10% x 1000
= 100 orang pembeli
Anda akan siap dapat template Super Sales Page Structure lagi.
Klik sini untuk ke waiting list Super Sales Page.
Leave a Reply